Biarlah aku start blog aku pagi ini dengan kisah sedih penutupan piala dunia 2006. Huaarghhh pengadil buat aku menangis dikala Zidane dikenakan kad merah dalam permainan masa tambahan tak aci betul. Ala kalau bagi warning dan kad kuning aje pun dah cukup sebabnya insiden tu pengadil tak nampak J. Tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki France tahun ini dan yang paling menyedihkan bila melihat Thuram yang menangis tak sudah kesian pada kebanyakan pemain senior yang nak mengabdikan kemenangan pagi tadi. Adus laahh…tak pe lah France…4 tahun lagi aku akan tetap sokong France jugak walaupun diorang kalah this year. Sedih siooottttt sampai beremosi aku bawak kete ke opis pagi ni. Sampai sekarang pun rasa sedih lagi dan suram rasa jiwa sampai malas nak dengar berita kat radio yang dok ulang2 kemenangan Italy pagi tadi. Aku memang sah terpekik sengsorang tengah2 malam tadi bila bola dah dekat kawasan gol. Kejap berdiri kejap duduk kejap melompat. Tak boleh duduk diam. Setiap kali Italy dapat corner atau free kick kat area gola aku memang dah berdebar2 menjerit sampai terperanjat gak anak-anak yang tidur bergelimpangan depan TV.. hampeh Italy main memang best betul..memang game Italy best masa first half tapi second half France menguasai permaianan..bila masa tambahan Italy dah pancit tapi France gagal menggunakan peluang yang ada. Itu yang paling aku kesalkan. PB tak yah risau husband saya pun tak tengok bola. Pagi tadi 1.45am hunny yang kejut aku. Hehh sib baik le cik abang aku dok tarik2 tangan aku suruh bangun iyelah dah faham yang isteri dia ni memang hantu bola kan nak buat macam mana.. Aku memang dah pesan hunny suruh kejutkan sebab kalau dia tak kejut memang aku lajak sampai pagi walaupun aku siap kunci alarm gittew…penat le katakana Habis kisah bola habis piala dunia 2006 lepas ni aku tak payah bersengkang mata.
Hari Sabtu seperti yang aku war-warkan dalam blog dalam melayu.com dalam wanitamelayu.com maka berlangsunglah Jualan Amal Taman Sutera pada pagi yang begitu hening dan indah. Tapi sebenarnya malam tu seawal 4 pagi angin ribut telah melanda taman kami. Aku punya lah risau sebab dok fikirkan khemah yang geng lelaki dah pasang malam tu. Esoknya paginya masa aku tiba, khemah masih berdiri teguh cumanya payung2 aje yang dah berterbangan dan alas meja semua terbang ntah ke mana. Sepanjang jualan amal memang menyeronokkan. Ramai betul yang turun memberi sokongan termasuk orang luar. Kami tak sangka sambutan amat menggalakkan. Paling best sekali car wash pelepak tegar yang bagaikan goreng pisang panas. Sampai geng pelepak tegar semua melepak kepenatan dan terpaksa tolak kereta yang kemudian. Keseluruhan kereta yang dibasuh pada haritu dalam 25 biji. Mau tak flat kawan dibuatnya.
Malam sebelum tu kami sibuk dengan urusan tagging harga. Kira kaum lelaki sibuk pasang khemah, sound system dan lampu, manakala aku and the geng sibuk susun barang dan buat tagging. Pukul 1.00 malam baru habis semua, tapi Fifah ngan Farid, Tuan penganjur sampai pukul 4.00 pagi tak tidur lagi kebuetulan time rebut tu aku menjenguk ke luar tingkap..pastu sejurus tu nampak kereta diorang lalu. Kesian diorang. Masa mula2 nak buat jualan amal kami risau barang tak cukup…bila dah last2 day tu barang memang banyak alhamdulillah murah rezeki pada mereka yang menyumbang, kami risau orang pulak tak ramai datang. Tapi jangkaan kami silap, tak sangka sambutan hangat. Keseluruhannya alhamdulillah untuk Jualan Amal pada hari itu kami berjaya mengumpul sebanyak RM3,572.55 ini jumlah yang dikutip pada hari jualan tidak termasuk dengan duit2 barang kitar semula yang belum terjual. InsyaALALH target kami nak kumpul RM5000 termasuk duit bowling amal akan tercapai. Tahniah pada semua yang terlibat. Aku memang suka aje aktiviti macam ni.masa ni lah nak berkenal-kenalan dengan jiran dengan lebih rapat dan mesra, nak melihat kerjasama dan memang first class sungguh kerjasama yang diberikan oleh penduduk Taman Sutera dalam menjayakan program kami ini. Besttt…dan kami akan buat bowling kali ini yang paling happening ever. Penyertaan akan dibuka kepada orang luar sebab kami target 100 orang untuk join the bowling. So kalau korang berminat boleh contact mak occay. Ni bukan ajak-ajak ayam ok..ni memang sah ajak-ajak badak. So details untuk bowling Amal Taman Sutera adalah seperti berikut:
Bowling Amal Taman Sutera
Tarikh :30 Julai 2006
Masa : 10.00 pagi
Bayaran : RM25/3 games
Hadiah : Mengikut kategori lelaki dan wanita
Maka marilah pemblog tegar yang budiman, sahabat2 ku yang baik hati marilah bersama-sama beramal dengan kami sambil2 tu boleh gak pemblog tegar buat gathering time tu nanti. Amacam ada berani tak MR, Syikin, kak Wan, kak Lady, Zino, Kak Sya, IV, PB, KV, Ayu, Ina, NBK, Nizam, Tee, Oren, Angah dan semua pemblog tegar semalaya yang KS tak sempat nak sebut nama…banyak le wei nak listkan satu2 nak kena list jugak ke..alamak bukan apa KS takut ada yang emrajuk plak nanti J. So MR hang boleh jadi ketua kontigen pemblog tegar bagi le sokongan kat mak MR…tak ayah fakir arrangement Cuma fakir nak join bowling, buat payament pastu kita meronggeng….kat umah KS pun boleh jugak.
7 comments:
alaaa KS, jauh sgt lah. Kv main kat kb mall jer lah.
OK jugakkan...30hb ni hari Ahadkan? buat kat mana?
main katner tuh? baper inggit kalo nak masuk? cewah... cam berminat jerk..huhuhuhuh
huhu..awal2 menyerah kalah. tak dpt nak dtg, balik rmh mil.
best tul jualan amal tu punya citer. baguslah penduduk2 TS ni, blh jadi contoh kat penduduk taman2 lain ni. go go penduduk TS
Alamak...ilmu didada tak cukup ilmu lah nak turun beraksi..he..he..he.. Anyhow good luck utk event bowling amal KS.
p/s : Mmg kelakuan Zidane tuh agak melampau & patut kena RED card... Tapi sayang pulak sbb mencemarkan record cemerlang beliau sebelum dia bersara....
tahniah le ko sbb berjaya dgn jualan amal ituh. so utk bowling tuh, insyaAllah kalo hubby aku takde hal, dia nak join.tapi tak berani nak confirm lagi le.. ok?
Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.
Post a Comment