Thursday, July 27, 2006

Kasut baru yeahhh

Dua hari lagi ICT technical day akan berlangsung. Aku membayangkan acara2 yang seronok untuk aku wakili but my priority is my favourite games lah iaitu volleyball. Selain dari VB dalam hati dok berangan gak nak main kenu...hmm lama tak test power dengan kenu ni...then kalau sempat nak jugak berendam dalam swimming pool untuk acara aqua insane. Itu semua plan aje kalau lah masa mengiziinkan harus aku berlari ke sana-ke mari. Tapi peralatan dan elengkapan terjun kolam harus aku bawa...lama weii tak turun pool
 
Semalam first mission berurut selesai. Peh lega giller setelah sekian lama mencari tukang urut yang sesuai..memang best betul indon tu mengurut aku . Berkerut2 jugak dahi menahan kesakitan. Sampai sekarang ni belakang aku memang masih terasa sakit tapi ringan sungguh, Kuat betul tangan indon yang urut tu padahal makcik tu kurus aje. So next project urut akan menyusul minggu depan selepas aku berlasak2 dengan ICT technical day. Sebagai permulaan aku kena urut selang seminggu berturut2 sebanyak 3 kali then lepas tu barulah boleh urut sebulan sekali. Dalam banayk2 tukang urut yang ni memang tangan power gilller...rasa mcm dia letak lembut aje tangan kat belakang kita tapi itu pun dah rasa sakit...belum dia tekan lagi...
 
Malam tadi aku ngan deena dok rayau-rayau mencari kasut sukan. Hmm kalau nak cerita pasal kasut sukan ni kekadang aku dok marah diri sendiri. Last time masa kau main netball I think 2 tahun lepas atau 3 tahun lepas coz masa tu Ilman belum ada, aku ada 4 jenis kasut sukan yang berbeza, fsatu kasut joggging Adidas aku, pastu boot umbro yang stat kecik, boot adidas stat besar dan Line7 kasut volleyball aku. Bila aku korek2 balik rak kasut beberapa bulan lepas satu pun kasut2 tu aku tak jumpa...ntah manalah aku sumbat kasut2 tu agaknya. Aku suspek ni masa pindah dulu ni mana ntah aku pi packing kasut2 tu. Ntah2 dalam kotak2 yang masih berseal dalam bilik tu gamaknya. yang kelakar tu dalam rak kasut yang tinggal hanya kasut fung keong yang hitam dengan stat tu plak yang aku jumpa hampeh...heehh kasut fung keong tu banyak berjasa since aku main netball sejak darjah 5 dulu.
 
Dulu kalau kita dapat wakil sekolah dalam acara sukan memang sesuatu perkara yang mengembangkan hidung. Lagi-lagi bila tiba time cikgu nak bagi track suit, track bottom kasut fung keong tu..cewahh balik sekolah dengan kasut beralas dibahu. bangga you. Sebab ialah kitakan atlit sekolah mesti bangga gila. Even masa aku wakil negeri netball dulu pun fung keong hitam tu lah yang banyak berjasa..masa tu aku dan kawan2...tahu ajelah datang dari sekolah kampung...walaupun wakil negeri status tetap bergelar jaguh kampung...boot pun pakai fung keong..semua plak tu satu team mengkayakan en Fung keong. Jadi ada satu malam tu masa latihan pusat kat Sekolah Teknik Melaka team kami 12 tahun plus team 15 tahun dan team 18 tahun duduk dalam dorm yang sama. Masa tu lah kami rasa mcm kagum betul dengan boot akak2 senior yang kebanyakannya datang dari sekolah Notre Dame budak sekolah bandar yang masing2 bergaya dengan boot adidas, nike dan seangkatan dengannnya. Kami ni dok lah kagum2. tapi tu cite dulu...bila aku dah masuk Uni..kasut aku semuanya branded jugak la...sebab nak pakai lebih selesa..nak main pun lebih confident.
 
Actually nak cite yang semalam aku beli sepasang kasut cronos dengan sepasang stokin nike (glamer ke tak glamer brand cronos ni.. heehh hehh brand cikai aje) glamer kot kalau atlet sure tahu brand kronos ni..tapi untuk indoor game cumanya aku berkenan sebab colour kronos tu beach sand ala-ala coklat sikit pastu design dia mcm kasut jalan hhehehh so nanti pi Kuching mak nak ala-ala santai dengan jean so sesuai gitu...kasut tu untuk aku pakai main volley hari sabtu ni-haahh haahh biasalah aku ni bila ada games beli kasut baru..bila ada kelas renang beli cap dengan goggle baru. Harganya boleh tahan jugak lah walaupun lebih murah dari brand2 yang gah yang memang pilihan utama aku bila beli kasut sukan MR Adi la.....tapi sebab sekarang ni kan sengkek beli barang semua kena berkira bagai....dan kebetulan semalam kedai kasut yang aku kunjungi itu sedang mengadakan jualan akhir sampai hujung bulan ni sebab diorang nak tutup kedai. Stock kasut memang limited but aku memang lah bernasib baik coz size aku ada. Harga kasut itu RM129.90 dan ada 30% diskaun. Stokin tu plak RM19.90 dengan 50% diskaun. So yang dok cari barang2 sukan dengan potongan harga runtuh up to 70% you..pakat2 kunjungi The Mines..pasti tak merugikan semua brand kasut2 glemer ada...

2 comments:

NBK466 said...

Best Of Luck tuk acara2 yg KS sertai especially vollyball a.k.a bola tampar tuh...jgn menampar muka players lain mahu umpire udah..ha..ha..ha..

Pandang Dengar Diam said...

Cuaca suka main VB....apa tak tempat kosong hehehe