Friday, July 28, 2006

Sport rim oh sport rim

Short one..aku terkejar-kejar ni. Ini lah satu-satunya hari yang aku agak free sikit sejak tiga minggu lalu. So peluang yang ada memang aku gunakan sepenuhnya. Tadi persembahan deena kat sekolah menyeronokkan macam-macam gelagat budak-budak ni...heeh hehh lucu nanti bila sempat aku akan upload gambar. Habis persembahan about pukul 12.00 pi settle duit kete ayah, pastu pi beli barang untuk service kereta. Abis service kereta (yup aku jimat almost RM100) pi buat alignment dan balancing. kan aku dah kata actually silap aku jugak..aku keluarkan duit tadi tu sebenarnya nak bank in dalam akaun is mintak tolong dia maybak2u sebab ingatkan nak settlekan hutang cc yang bersisa. Aku nak tukar guna CC bank Islam pulak lepas ni.
 
Tapi nampaknya aku pun tergoda dengan sport rim 15" dan tayar baru. Pasti korang tahu apa penghujung cerita entri aku ni kan. Maka Mr Avanz harini dapat sport rim baru dan tayar baru dan aku memandu dengan gah dan rasa begitu selesa sekali (Mungkin itu hanya perasaan aku saja kot dan yang sebenarnya nak menyedapkan hati aje ni huarghhhh-rasa bersalah kuo duit banyak sangat harini) walaupun hampir 70 kali aku berfikir sebelum aku membuat keputusan menyerahkan wang tunai dalam wallet aku tadi. Well sebelum betul2 jadi beli tayar baru and sport rim 2-3 kali aku mundar mandir dalam kedai mencari Ilham somemore and also mencari idea dan alasan kalau hunny tanya mati aku.....sambil bercakap sendiri. nak ke tak nak...nak ke tak nak....hmm last2 memang tak tahan godaan pejam mata aje pap tiba2 rasa cash bertukar tangan.
 
Ok promosi terakhir...had ini jangan lupa..jom pakat main bowling dengan kopisuam pada hari ahad jam 10.00 pagi di South City Plaza. Semua dialu-alukan datang occay jom lah sama-sama memeriahkan majlis.
 
Harini adik aku yang lelaki tu nak datang umah. Katanya nak tido umah aku malam ni. Aku ok aje tapi heeh keadaan umah aku yang mcm tongkang pecah sekarang ni faham-faham aje lah. Hehh aku dalam mood malas tapi tak de le sampai macam umah orang pelarian ok. Cumanya kain baju..masalah biasa aku yang masih berlonggok kat sofa yang tak berlipat2 sampai harini plus pinggan mangkuk semalam. Harap-harap hunny tolong basuhkan pagi ni..amin-amin..
 
Kelas agama malam tadi kami belajar tentang rukuk dan iktidal. Keseluruhan rukun yang ke-5 dan ke-6 tu nampaknya praktikal aku selama ini alhamdulillah betul. Ustazah jugak mintak aku buat praktikal rukuk dan betul lah tu cuma kita tak boleh rukuk sambil menoggekkan bont*t atau menolak badan kebelakang. Ustazah ada menambah bahawa masa rukuk tu pastikan kita memegang lutut pegang betul2 bukan setakat meletak tapak tangan dilutut. Baca subhanarabbiyal azhimi tu sebanyak tiga kali (5 kali atau 9 kali atau 11 kali) supaya masa kita pegang lutut dan membaca tu oksigen akan dapat masuk dalam otak kita secukupnya.Afdhal membaca berulang-ulang banyak kali sebab sekali kita baca diakhirat nanti tak makan api neraka sebahagian dari anggota tubuh badan kita. Kalau baca 11 kali makan tak makan api neraka keseluruhan anggota badan kita. Malam tadi pun kami belajar syarat2 menjadi makmum. Sembahyang masbuk..wah mcm2 ilmu yang aku dapat malam tadi.Malangnya harini kitab tertinggal dalam kereta nak sampaikan ilmu sesuka hati pun tak berani...
 
Ok till then..selamat bercuti kepada semua geng2 blog. Esok sapa nak tengok mak main volleyball and terjun kolam moh pakat pi Uniten...heeh hehh acah aje yang ni ajak2 ayam aje...hati susah ni pasai satgi nak balik umah takut laling waaa lampak itu spotlim maaaa...nanti lia tak mau bagi wa luit lagi maaaaa...huaarghhhh

4 comments:

zino said...

dah ada spot rim baru.. jangan terlebih perasan pulak bawa keter macam nak racing.. hehe

kasutVINCCI said...

hmm...my hubby pun sibuk nak tukar sport rim baru. Ingat nak tukar dr 17 ke 16. Bila fikir balik, nak tukar kaler jek la. Takde la tambah byk sgt.
Lagi lawa la mr avanz tu bersport rim baru.;)

maklang said...

Memang seronok kalau nak mencantikkan keletakan...tapi luit perlu manyak lo...so apa kata laling?

Thanks for sharing the ilmu...

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.