Kadang- kala bila aku berfikir semula aku rasa bersyukur pulak menjadi warga TS. Apa yang aku cari selama ni tak sangka pula dah terbentang di depan mata. Malam tadi selepas kelas agama ustazah kata setiap ahad mulai bulan Ogos ustazah nak ajar membaca Al-Quran secara tajwid mengikut nahu Arab dan kelas akan diberi secara percuma. pulak tu. Ya ALLAH nak kata apa lagi memang berita yang menggembirakan buat aku dan kawan2 yang lain specially aku lah yang memang dok tercari-cari guru untuk tajwid aku. Syukur alhamduillah semoga ALLAH memanjangkan usia guru kami dan semoga kami dapat ilmu-ilmu yang akan diturunkan. Aku ni bukanlah apa tahu diri ini memanglah jahil bab-bab agama ni, ilmu memang lah tak de pun..at least sebagai persediaan untuk ibadat dan rukun Islam aku yang seterusnya selepas ini insyaALLAH.
Untuk kelas malam tadi kami belajar bab Niat sembahyang dan takbiratulihram. Banyak juga benda yang aku tak tahu rupanya. Masing-masing seakan-akan ternganga. Biasalah ayat yang sama setiap kali ustazah bukak topic baru. Malam tadi aku belajar yang dalam takbir itu ada 21 syarat rukun yang kita perlu ikut. Kalau tersalah atau tertinggal salah satu syarat maka tak sah lah takbiratulihram kita maka tak sah lah solat. Ustazah tanya “senang ke susah solat ni”…:susah ustazah” kami beramai-ramai menjawab. Maka kami diminta bergilir-gilir mengangkat takbiratulihram. Ustazah nak cek bacaan kami betul atau tidak adakah huruh ha. Disebut dan ditekan dengan betul.
Antara lain sebelum memulakan sembahyang ketika berdiri betul (rukun) kita sebenarnya kena refresh dalam ingatan rukun sembahyang yang 13 tujuannya supaya kita dapat menghadirkan diri kita sepenuhnya dan boleh bersolat dengan lebih kusyuk. . Afdhalnya kita mengangkat tangan terlebih dahulu sebelum kita baca takbiratulihram tapi boleh juga kalau tangan dan takbir dilafaz serentak. Lafaz takbir panjang dikira sebanyak 14 kali bilangan jari, sedehana 6 dan 2 bagi takbir yang pendek. Bacaan niat solat dihabiskan sebelum lafaz takbir terhenti.
Pembetulan bacaan doa aftitah. Doa aftitah dimulakan tanpa au’zubillah dan bismillah. Selama ni kita belajar baca doa aftitah “Allahu akhbar kabira”. Tapi malam tadi ustazah ada membetulkan sedikit bacaan awal doa aftitah menjadi “Allahu akhbaru - selama ni kita baca baris hadapan ra itu dimatikan. Jadi bacaan yang betul ialah Allahu akbaru kabira, walhamdulillah hi kasira, wasubhaa nallahi bukratau waasiila – dan seterusnya. Tetapi baris hadapan itu boleh dimatikan jika bacaan ayat seterusnya dibuat dalam nafas yang lain. Cthnya Allahu akhbar (berhenti ambil nafas lain dan sambung) kabira dan seterusnya.. Adakah saya mengelirukan anda..sila maklumkan kalau korang rasa terkeliru ok. Waktu aku tulis ni kitab ada disebelah. Aku pun takut juga kalau tersalah bagi maklumatkan Keseluruhan kelas malam tadi berlanjutan sampai 10.45 itu pun baru bab takbiratulihram belum masuk rukun sembahyang yang lain. Long way to go but definitely aku bersyukur sangat
Lepas kelas aku ngan fifah plan nak melawat salah seorang sahabat kat taman yang kena denggi kat KPMC orang kuat surau. Aku pun dah inform awal hunny dan hunny dah izinkan. Jam dah pukul 11.00 malam. Kami call Ayu, wife yang kena denggi geng kelas agama kami. Bila call rupanya Ayu dah ada kat umah. So kami minta ustazah buatkan air sikit untuk husband dia dan kami pun instead of tengok hubby dia kat KPMC terus ke rumah ayu. Kesian betul ayu bengkak2 mata menangis. Dengan hubby yang kena denggi agak teruk platlet darah setakat sekarang terlalu rendah 9, dengan anak yang demam panas dan dia yang tentunya stress. Semoga Ayu tabah menghadapi situasi ini. Setiap sesuatu kejadian ALLAH itu ada hikmahnya. Semoga Nizam pun cepat sembuh amin.
Esok ada gotong royong bersihkan tapak surau. Nizam orang kuat surau pulak tak sihat dan masih kat hospital. Tentu hati dia tak senang duduk bila fikir kaum adam ramai2 dok gotong royong esok pagi. Hunny tak dapat join gotong royong sebab kerja. Geng pompuan tak terlibat tapi kami just volunteerkan diri untuk sediakan air serta makanan untuk mereka.



1 comment:
Syukur ada jugak yang nak kongsi pengetahuan...TQ KS....
Post a Comment