Tuesday, July 11, 2006

Terubat sedikit

Oklah at least berita semalam Zidane dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan (FIFA Golden Ball Award) mengubat sedikit hatiku yang terluka gara-gara Zidane dilayangkan kad merah ekoran tindakan beliau menanduk hebat dada Matterazzi. Oh Matterazzi aku benci padamu sama seperti aku benci pada Christiano Ronaldo patut pun Portugal dapat gelaran Most Entertainment Team sebab ada pemain2 wayang utama dalam team mereka. Mesti Matterazzi berkata sesuatu yang berbaur provokasi membuatkan pakwe ku yang seorang itu naik hangin. Mak pun masih hangin dan masih bersedih. Zizoe/Zizue akan tetap dikenang sebagai antara pemain terbaik bolasepak dunia specially oleh aku yang suka tengok cara dia berlari dan tackle bole. Sampai officemate lelaki  kata kat aku “manalah tahu satu hari nanti anak Zizoe,  Ilyaas boleh jadi menantu kau”…iskhh sampai ke situ…Memang le mak minat dia tapi tak de le sampai begitu sekali. hampeh betul diorang ni. Habis dah kisah bola tapi aku masih jugak tak gumbira. Bila lah Zidane nak buat penampilan khas di kaca tv gamaknya.

 

Semalam ex boss jumpa aku di bilik boss aku. This was regarding project baru yang aku ceritakan dulu. Just confirmation samada aku nak join atau tak project baru tu. Alhamdulillah memanglah aku nak sebab dah pernah kerja dengan ex boss ni..dan aku suka kerja dengan dia pun. So lepas sembang dengan mereka berdua  waktu tu dalam 8.45 pagi. Aku belum breakfast tapi dah beli sebab paginya 7.20 aku dah sampai office so dah beli kat HQ siap2. Pukul 9.00 ex boss panggil untuk task force meeting. Meeting berlanjutan sampai pukul 12.30. Perut aku dah berkeriang keriut kelaparan. Baru teringat yang kereta aku parking kat luar dalam hati berdoa2 agar janganlah kena saman dengan DBKL.

 

Petang after lunch ada lagi meeting dengan ICT pulak. Dengan task force yang sama plus orang ICT. Dah rasa nak termuntah dah rasa mcm masa kat  project lama. Ex boss kalau meeting memang lama. Dulu kalau project progress meeting every week memang lajak dari pagi sampai lunch kekadang sambung sampai petang. Uisshh zaman itu sudah kembali semula. Seharian meeting aku boleh consider yang calendar untuk Julai dan August dah penuh siap sekali dengan jadual training kat Johor 3 hari plus presentation, plus lawatan teknikal dan juga attachment kerja ke project yang satu lagi. Dan juga attachment aku ke T.

 

So aku plak pening kepala sebab nak adjust anak dara yang aku bawak ke opis. So dah start nak kena planning sebab bila ada presentation kat Ilsa*/ Unit*n or TNB* memang lah nak kena tumpang deena kat taska sebelah. Plus training awal bulan 8 kat Johor nak kena bincang dengan hubby semuanya nak kena rancang dengan teliti.Terutamanya perancangan kos melepas sebab kalau tumpang taska sebelah memang kena bayar RM10 sehari. Taska yang sedia ada pun kena bayar cam biasa jugak. Mungkin dah boleh consider tukar deena ke smart world taska yang baru tu. Aku pun tak larat jugak setiap kali ada training nak kena adjust deena. Dia pun kadang2 nangis jugak kalau kena tinggal kat taska yang dia tak biasa tu. Tapi once project dan jalan office baru dah confirm kat tempat yang aku harapkan…hopefully confirm kat situ senang sikit lah kerja aku lepas ni. For this time being bersabar lah sedikit lagi sehingga hari yang menggembirakan itu tiba. Amin.

 

Sekali lagi aku war-warkan kat sini. Pertandingan bowling amal taman sutera Kajang bagi mengutip dana surau. Sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi mak di talian 019-3107741.

 

 

 

Bowling Amal Taman Sutera

                                                                   South City Plaza

30 Julai 2006

RM25/3 games

Hadiah by kategori – Lekaki dan wanita

 

Semua pemblog tegar dijemput untuk sama-sama bermain bowling ini.

4 comments:

zino said...

bowling ni satu2 nya game yg zino tak pernah cuba lagi..

ada hadiah utk juara longkang tak? hehe

aNIe said...

Heheheh...kalau ade trophy untuk juara longkang...nanti kak lady & zino boleh kongsi...

tee said...

ari tu sampai nak tercabut lengan masa main 3 games.adusss, yang masuk longkang tu tok sah kira le.. :)

love-up-you said...

Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.