*Ni entry semalam ntah nape ntah dah post dah tapi tak kuo2 jugak...post sekali lagi..posmen cuti kot semalam *wink**
Oleh kerana aku beria sangat bermain volleyball dan berenang pada hari sabtu baru ni maka malam ahad tu aku tak boleh tidur. Pusing kiri pusing kanan semuanya sakit dan bisa-bisa usihhh lama tak rasa sakit mcm ni. Inilah bahanamya kalau main terjun aje dengan tak cukup training dengan tak cukup warm up. Akhirnya ahad pagi aku jalan macam pondan terdengkut-dengkut berpapah dinding Tak boleh angkat lutut tak boleh turun tangga tak boleh naik tangga tak boleh duduk kat lantai. Memang parah. Boleh jalan aje..pastu tak boleh duduk lama-lama. Memang siksa yang amat. Bahana sama mcm masa aku main netball lepas 5 bulan bersalinkan deena
Hari sabtu tu memang seronok sakan aku memang lupa daratan. Walaupun volleyball tu ada peluang menang tapi kami kalah jugak akhirnya. Dapat tempat ketiga. Abis volley aku bergegas ke swimming pool pulak. Untuk acara Insane Aqua team kami dapat no satu. Acara relay paling best sebab swimmer semua power2 belaka yeessszaaaa kesudahannya kami johan 7 daripada 13 acara yang dipertandingkan. Maknanya percaturan aku sebagai ketua pasukan menjadi. Dan kami menang acara cheer group yang kami buat secara spontan…yeeessszzz and kedatangan ahli pun team aku jugak yang memang. Walaupun kami memang banyak hadiah (semuanya hamper) tapi secara keseluruhan markah kami tempat kedua. Aku memang puas hati dengan kerjasama, disiplin dan komitmen yang ahli2 pasukan berikan. Balik dari sukan siap-siap hantar deena ke Putrajaya. Mak datang dengan rombongan sekolah tadika makcik ke Aquaria. Mulanya mak ajak ke sana bawak budak berdua tu tapi aku sibuk dengan sukan. Aku post deena balik kampong dulu sebab minggu ni aku masih sibuk dengan training dan presentation. Lagipun weekend ni nak balik kampong sebab cousin aku kahwin
Ahad pagi seperti yang telah dijanjikan kami ada bowling tournament untuk kutip dana surau. Dalam dok terdengkut2 jalan ni aku gagahkan jugak kaki melangkah ke SCP membantu fifah mengangkut hamper dan hadiah. Tapi aku tak main. Aku jaga kaunter pendaftaran. Tapi separuh masa berlalu aku tak senang perut tak boleh nak duduk diam kat registration table tu aku pun melangkah melepak dengan geng2 yang dok memboling. Uisshh sungguhlah tidak tahan hatiku ini dalam kesakitan itu ada hati hendak membaling bola. Tapi rupanya aku memang memboling jugak walaupun keadaan lutut sakit yang amat hantu bowling le katakan. Aku mainkan games untuk kak habsah yang dah start semput (sian kak habsah semalam fifah sms aku kata kak habsah masuk ICU kat ampang putri aku rasa dia baru first time kena asma. InsyaALLAH malam ni kami pi melawat dia) dan juga aku main untuk Azie…kira aku main dua games selang seli..heehh pastu yang best2 depa dua2 tu terus dapat tempat ke-6 dan ke-7. Masing2 dapat le hadiah sebagai buah tangan.
Oleh kerana jalan pun tak berapa nak betul lagi pagi tu aku pergi Az-Zahrah. Aku ada training yang nak kena attend tapi bila fikir masalah besar kalau nak turun naik tangga ni. Dapatlah MC satu hari tapi doctor kat Az-Zahrah tu sekali lagi buat aku bengang. Isskhhh main tanya2 aje kita sakit apa, bagi consultation sket ….hmmm pastu dapat menzza dengan ponstan aje. Sabar aje laaaa…tak de pun nak tengok lutut kita ke apa…iskhh tu yang aku tak puas hati tu…..lepas makan ubat dan sapu minyak urut apa yang patut mulalah keboringan melanda. Puas dah kemas umah, lipat baju…tolak perabot ubah suai (sempat lagi tu J) mop lantai walaupun dengkut2 tu tapi mana leh duduk diam. Hmm dalam hati humang aiii boringnya.
Lepas makan terus naik tingkat 3 hmmm bowling harini 5 games RM10 memang menarik sgt tawaran tu. Dlm hati berbelah bagi…masih awal lagi ni…baru pukul 1.30 nak balik tak de siapa kat umah . So aku layan bowling 5 games…main pun macam org cacat lah tegak aje berdiri sambil bowl..tapi dalam 5 games tu score hebat giller aku pun cam tak caya jugak ahaaak. 150, 146, 139, 164 dan last games 215 6 kali strikes feehhh mcm mengulangi zaman kegemilangan berbowling masa bujang2 dulu. Hmmmm balas dendam sebenarnya games hari sebelum tu plus aku tengah dok berlatih untuk woman league yang akan bermula ahad ini…heehh heehh wish me luck wokkkeeeyyy….abis bowling tak sedar diri lagi pi plak karoke kat juke box kat keai sebelah tu. Layan 5 lagu sorang2. Iskhhh gaya mcm orang tension giller aku ni padahal…heehh perkara2 seperti ini hanya akan berlaku bila angina tak betul aku bertiup kencang heehhh…heehh….harini balik lambat sikit banyak pulak kerja nak kena buat ni….
1 comment:
wah! atlit juga? agaknya di rumah anda ada medal yang bergantungan dan piala tersusun rapi di rak
Post a Comment