Wednesday, August 16, 2006

duniaku ketika ini

Aku rasa tak berapa sihat sebenarnya namun terpaksa juga aku gagahkan diri dan tabahkan hati ke office kerana timbunan kerja yang perlu diselesaikan. Arghhh tujuan aku menulis sebab nak releasekan tension..tension ke aku ni...tension lah jugak sesikit bila staff admin yang dok uruskan hal surat menyurat mc dua hari...jadi akulah terpaksa ulang alik ke admin area...masuk bilik big boss mintak sign surat....fax surat...photosat buat filing  heehh heeh nasib badan....hmm patutlah kadar antibodi dalam badan aku berkurang sebab aku sedikit stress....stress sebab hmm mcm-mcm lah kan...kalau cerita pun tak habis...termasuklah sedikit kegugupan bila nak meeting dengan orang-orang T petang ni..
 
Aku ada beberapa link yang aku rasa bermanfaat untuk semua orang
 
But don't worry walaupun aku stress tapi aku masih lagi seorang yang happy. Seorang itu mewakili hamba ALLAH, anak, ibu dan isteri yang alhamdulillah tenang dan bahagia (subjective) walaupun kadang-kadang ada gak gaduh ngan hubby tapi bukan itu perkara yang normal ke dalam rumahtangga...heehh heheh infact weekend baru ni pun kami tergelincir jugak (for him benda yang kami argue tu small matter but for me very important) tapi tak lama dua hari aje..syukurlah ALLAH ni memberi aku kesabaran yang maha tinggi...iye ke....iye lah kalau tak sabar ingat boleh baik ke dengan cepat. Kerana aku ini sedia maklum bahawa kaum Adam itu egonya amatlah tinggi dan in my case hmmm kalau hunny salah pun aku orang yang pertama yang akan minta maaf. Anyway at this stage cukup dan syukur dengan apa yang aku ada...apa lagi yang aku nak kan iskhhh poning-poning..aku dok pening kepala pagi tadi dok cari2 buku akuan ASD budak berdua ni..yang aku jumpa buku deena saja. Call hunny dia kata dia pun tak ambik. Manalah pulak perginya buku si bujang ni...claim aku pada LHDN (lebihan bayaran cukai) dah dapat itu pun dekat 3 bulan jugaklah baru dapat..berkurun you heehh heehh tapi dapat jugak lah walaupun tak sebanyak yang aku jangkakan...at east ada rezeki tu kan alhamdulillah. Korang yang ada duit tertunggak kat LHDN tu claim la....ada yang boleh dapat almost 2K...siapa nak kasi kan. Macam-macam boleh buat dengan duit tu.
 
Bad news yang aku terima dari email dalaman raya tahun ni mungkin kami tak akan dibayar bonus. Maka dengan itu hari raya yang bakal muncul dalam masa 3 bulan  lagi memerlukan aku untuk mengetepikan sebahagian perbelanjaan bulanan aku untuk cover perbelanjaan bombastic raya yang bakal berlaku  hujung bulan 10 nanti. Kalau sah tak de bonus memang sah sakit, tapi kalau dah sediakan sesikit mulai sekarang mungkin tak terasa sangat.
 
Good news yang aku dengar ini hanyalah khabar angin belaka tidak pasti kesahihah beritanya, jika diluluskan maka kami akan bekerja 5 hari seminggu.,..yesszzzzaaa dah lama aku nantikan...so aku ada lebih quality time dengan anak-anak. Sempatlah aku nak uruskan rumah yang adakalanya tunggang langgang mcm tongkang pecah ibarat dilanggar geruda.Contohnya macam keadaan rumah aku 2-3 hari ini.Cuma pagi tadi masa aku dok iron baju aku dengar ada orang tengah penyapu kat living area...heeh hehh thank you yang...i luv you..tapi sapu aje lah..yang lain2 tu masih tak terurus lagi...terutamanya kain baju yang aku dah penat2 lipat dan masuk dalam bakul dikembur semula oleh si bujang senang...hangin aje mama tapi tak buleh nak marah sebab nature kanak2 memang cenggitew kan...heheh so abaikan...mak memang penat you
 
Hehhh sah memang aku tak sempat kemas..balik office lately memang lah lewat dan aku memang dah penat. Proposal nak ambik maid kawan Budi tu masih tak dapat kata putus. Actually maid tu Budi yang mintak aku ambik bekerja. Maidnya dah ada cuma tunggu jawapan kami sahaja. Aku 100% nak tapi hunny ada condition dia yang tersendiri. Kalau boleh kami nak maid macam ana maid lama kami yang datang pagi balik petang...tapi maid baru ni nak duduk sekali. Anyone interested?
 
 

1 comment:

aNIe said...

Gaduh2 dlm rumahtangga tu biasalah...hehehe...pastu merajuk...pastu ade yang pujuk...pastu usik2...pastu baik semula....

Kalau isteri yang bekerja ni...memanglah kalau tak larat patut ambil maid...sebab kadang tak larat nak melakukan semua sendirian...rasanya elok juga amik yang datang pagi balik petang...jadi malamnya kita ade privacy ngan famili