Monday, August 14, 2006

Jom kita cuba auctions

Kawan-kawan yang nak menambah hartanah dengan membeli rumah lelong sebagai investment marilah kita pakat berkongsi ilmu dengan mak.Aku belum start lagi tapi dah mula berjinak2 dengan ilmu auctions ni sejak awal tahun dulu. Teringin nak mula tapi belum masuk gear jalan sebab tak berani dan belum ada feeling mcm mana keadaan time bid tu nanti. Dok tanya2 orang yang dah pernah buat benda ni, dok tanya petua dan tips mcm mana nak menang bid. Anyway sesiapa yang nak mewah auctioneers punya listing boleh mintak nanti mak boleh emailkan pada you all.Ini pada yang betul2 berminat sahaja.Jadi aku rasa aku mcm dah sedikit ready untuk start benda ni. Lagipun dah ada hartanah yang pada perkiraan aku harga dan lokasinya sangat strategik. Plus kedudukannya rumah itu pun tak sampai 10KM dari rumah kami sekarang. Dan berjiran dengan rumah kami yang kami sewakan. Dari segi pengurusan lebih mudah sebab dekat dan dari segi pasaran agak tinggi memandangkan situ adalah area berdekatan kawasan kilang. Ini adalah faktor atau aspek2 yang perlu diambil kira sebelum kita membeli hartanah untuk pelaburan.Tapi kena ingat membeli hartanah untuk investment beerti hartanah itu bukan untuk kita duduki. Jadi mencari penyewa kita tak boleh terlalu memilih. Menjadi tuan tanah pun kita tak boleh terlalu berkira dan banyak songeh. Apply tips membeli hartanah then kalau boleh beli hartanah lelong pada harga yang paling rendah. I mean set your target mcm aku set my target membeli apartment below 50K dan disewakan pada harga RM500/kebawah sebulan.Dan ambil kira harga sewa dan installment yang perlu dibayar pada bank setiap bulan. Dan harus diingat sekiranya rumah kita tiada penyewa installment pada bank kita tetap kena bayar jugak. Jadi pandai2 lah menadjust pengurusan wang anda
 
 
Mak email pada Syazwan and Sabri mintak diorang tulis pasal auctions ni dalam blog diorang. Ye lah at least Syazwan ada ayah dia yang memang berjaya dalam bidang hartanah sebagai tempat rujukan. Aku ni masih belajar masih lagi menimba ilmu. Apa-apa pun sebelum nak start auctions at least kita kenalah sediakan 10K liquid cash dalam tangan. Sebab kalau nak auctions banyak rumah dalam satu masa kita perlu cash money. Bukan apa bila kita nak menceburi auctions ni....at least kita kena bayar 5%-10% downpayment bagi harga rumah yang kita nak bid. Kalau nak beli rumah yang harga 70K at least kena bayar 7K. Apa-apa pun kalau kita ada kabel baik insyaALLAH chances untuk kita menang bid memang tinggi pada harga yang ditawarkan.
 
Daripada pemerhatian dan sedikit ilmu yang aku timba dari Syahira dan banyak lagi....huarghhhh Yusmi sad to say loan application aku untuk rumah syahira gagal lagi untuk kali kedua. memang tak de rezeki betul sebab short RM37 sahaja dan terus loan aku tak appove. Anyway tak apa mungkin ada hikmah diatas segalanya. Ada beberapa tips sebelum memilih hartanah untuk kita beli. Actually semua orang kebanyakannya dah tahu tips2 ini plus sebenarnya kalau kita pandai memanipulasi wang yang kita ada tak mustahil untuk kita beli 3 apartment serentak dan bank approve laon kita serentak.
Caranya ada banyak...apa-apa kalau korang baca buku Azizi tentu korang boleh dapat2 tips yang aku sebutkan tadi.
 
Sebenarnya harini nak citer yang aku ada mewah listing tu aje....adusss celaru lah kepala...ok nak pi meeting. tak habis2 meeting ntah bila kerja nak siap gamaknya
 
 
 
 

3 comments:

kasutVINCCI said...

kv pun teringin nak ceburi bidang hartanah ni. Tapi masih takut.

zino said...

bila takut tu nak ilang.. nanti peluang tu habis..

tuanbri said...

dah tak de follow up posting ke pasal auction ni ?



tuanbri.com