Tuesday, August 22, 2006

Jatuh katil

Hari Ahad lepas..aku sedang sibuk ambik wuduk untuk solat Isyak. Addy kat bawah tengah makan. Terdengar suara riang deena dan ilman bermain2 di dalam bilik. Tiba-tiba dengar bunyi kepala terantuk dilantai dan diikuti bunyi debush benda jatuh. Kedua-dua kanak2 riang tergolek dog dengan tilam kecil deena yang aku letakkan atas katil turut jatuh bersama.Malangnya tilam tak berjaya menjadi pelapik kepada mereka.Dan seterusnya diiringan tangisan kesakitan . Aku apalagi terjerit kepanikan. Ya ALLAH melompat aku berlari keluar dari bilik air. Muka deena dah pucat lesi. Kepala ilman kemerahan dan benjol. Dua-dua dah terjerit menangis kesakitan. Itulah anak-anak. Sebelum ambil wuduk dah pesan pada deena. kakak jangan main lompat2 dengan adik atas katil ni jatuh nanti. Nanti tolong mama tarik tilam ni turun bawah main lompat2 kat bawah aje. Mungkin silap aku juga sebab hanya pesan pada deena tapi aku tak tarik kan tilam tu untuk mereka. Tapi kanak-kanak sekelip mata kita terlepas pandang inilah padahnya. Deena mengadu kesakitan tangan. Ilman lepas dipujuk2 diamlah dia. Tapi deena masih merengek kesakitan dibahagian bahu kiri. Aku periksa tangan deena suruh angkat beberapa kali, pusing, tarik. Alhamdulillah ok. Tapi aku tak berani confirm sebab terigatkan Farish anak saudara aku yang kembar tu patah tulang bahu akibat jatuh semasa bermain-main.

 

Dengan keadaan aku yang tak berapa sihat, selsema sakit kepala sebagainya kadar stress aku meningkat dengan begitu mendadak sekali lebih-lebih lagi bukan setakat anak-anak saja yang buat hal..addy pun sama buat hal yang menyebabkan aku bersolat dengan airmata dan berendam dengan air mata kesudahannya..makan hati berulam jantung sampai giteww sekali tahap kebengangan aku malam itu even sehingga solat subuh pagi itu.. Malam tu deena tak boleh tidur kesakitan mama pun tension dan kesian sekejap2 aku terjaga bila dengar deena merengek...esok paginya aku ke Az-Zahrah...hmmm Az-Zahrah lagi heehh ya Ampun tak de pilihan lagi-lagi untuk kes emergency begini....aku dapat mc dengan keadaan kepala berdenyut kronik dan doc periksa deena. Alhamdulillah doc kata mungkin terseliuh sahaja. Tapi tak xray pun. Tapi sampai pagi ni pun deena masih mengadu sakit dan tak berani nak menggunakan tangan kiri sepenuhnya. Aku tengoklah keadaan deena dalam 2-3 harini kalau masih tak ok mungkin kena xray jugak.

 

Aku memang particular sangat pasal keselamatan anak-anak.Rasa kalau boleh nak 24 jam perhati apa kerja diorang. Anak-anak ni kan kreatif maklum sajalah. Itu yang membezakan antara aku dan hunny yang lebih suka membiarkan anak-anak explore dunia mereka sendiri pada kadar pemerhatian yang terlalu rendah maksudnya tengok2 tu main jeling2 aje…mata dok tengok tv aje. Iskhh tak sanggup kalau apa-apa jadi kat anak nanti kita juga yang susah. Iyelah kalau dah patah dah berdarah dan pecah kepala nauzubillah. Semoga ALLAH selamatkan anak-anakku di dunia dan di akhirat.

 

Cerita lain ahad pagi tu aku ke kelas tajwid aku yang pertama yang dikendalikan oleh Ustzah Sulhi.So pagi tu kelas bermula dengan kelas hadis oleh Ustazah Azizah bercerita tentang kebesaran ayat Laaailahaillah.Seterusnya kami mula dengan muqaddam membaca dan belajar semula huruf dengan sebutan arab yang betul. Oleh kerana ustazah mengajar kami mengikut cara Iqra' maka kira pelajaran baru bagi aku yang selama ini diajar mengeja ala kampung iaitu aliff diatas a, aliff dibawah i, aliff didepan u = aiu. Teknik yang sama aku ajar deena.

 

So pada hari itu aku belajar perkara asas ikut nahu arab: Fathah - baris atas, kasrah-baris bawah, dhammah-baris depan, sukun-tanda mati, shaddah-sabdu. Dan tajwid asas yang kami belajar adalah Mad asli  atau mad taabieei = iaitu ada 3 huruf : aliff, wau ya - dibaca panjang 2 harkat. Cthnya : Ba' kasrah bertemu Ya sukun =  disebut bii (2 harkat) . Faham ke murid-murid heehh heehhhh…kalau tak faham buka balik muqaddam masing-masing ok.

 

 

Iklan kejap: Pada sesiapa yang berminat untuk invest dalam swisscash please do not hesitate to call En. Ishak at 0192481209. He is willing to share his experienced investing in Swisscash for free..

 

Malam Sabtu kami ke De Palma Inn Shah Alam. Diorang ada talk about this Swisscash. Wah ramainya orang yang involved in this investment rasanya banyak yang dah berpangkat besar dan bergaya. Aku terpana aje lah. Kagum dengan bangsaku yang semakin maju. lepas makan aku dok lepak2 dengan anak-anak dalam kereta. Semoga berjayalah dengan pelaburan di dunia dan di akhirat.

2 comments:

zino said...

zino pun cukup teliti dengan budak2 ni.. lebih2 lagi yg suka lompat2 ni.. anak dara tu dulu pernah jatuh sampai retak tulang bahu.. dalam gambar e-ray tu nampak serpihan tulang tu..

tapi dr kata tak payah buat apa2.. dia akan baik sendiri.. sementara nak elok tu nampak le terbonjol kat bahu tu..

NBK466 said...

Kanak2 mmg begitulah...benjol sana, bengkak sini...harap2 idok terjadi kecederaan serious udah.