Wednesday, August 23, 2006

Kueh Teow kungfu

Yummy yummmyyyyyy finallly dapat jugak melepaskan rindu pada rasa kueh teow Kungfu Kolej EON. Nope bukan aku balik ke UUM occay…hehh setakat nak rasa Kueh teow EON tak kuasa lah mak nak travel sampai Sintok tu kan walaupun sekarang ni banyak iklan yang dok promote minyak yang mampu jimat walaupun travel jauh..hmmm cari mee sup sampai ke Ipoh…siap takmo togeh balik semula ke ipoh…heehh tapi KT kolej EON tu memang menjadi pujaan hatiku..agaknya dia letak buah kas-kas dalam tu kot. Hahh Leen and Zai sure teringat memori kami makan kt kat kolej eon tu. Ramai yang beratur2 menunggu giliran nak dapatkan order. Punyalah famous. Akulah yang selalu  terpaksa merempat dari Perwaja bersama pakweku yang hensem itu  kriss merah WFE 3141 ke kolej EON. . Hmmm iyelah waktu tu both my best friends are penghuni kolej EON so aku memang selalu merempat ke sana pun selain dari kolej Petronas…tidak giteewww ina and ayu….heehh hehehh ezzah, pini, yusmi, fatin, eton, adik, pinky geng study group aku…heehh..maaf le yek nama-nama yang mak lupa mentioned tu jangan merajuk plak…  Pluss sometimes kena ke Eon sebab nak calling itu ex boifren. Public phone so the limited one jadi kenalah merempat sana-sini cari telefon. Berjasa Mr Kriss tu tau tak…

 

Anyway back to my real story kami ada visit ke JUPEM pagi ni. Jabatan Pemetaan Negara di Jalan Semarak. So lawatan pagi ni bermula jam 10.00 pagi sampai pukul 1.00 tengahari. Habis visit tu kami pun meronda2 JJCM lunch time ok plus lunch was not provided by tuan rumah. Kami 3 kereta ke Kampung baru, lalu jalan belakang sekolah nak ke restoran yang agak famous kat kg baru tapi tutup. Bukak waktu malam aje kot. Last-last kami park kat medan selera DBKL belakang stadium. Melilau cari kedai..umat manusia punya ramai sebab lunch hour what do you expect kan. Nasib aku baik sampai depan medan selera aku dapat parking. Satu kereta terpaksa parking jauh kedepan dan satu lagi just straight drive dan balik dulu tak sanggup bersesak2 katakan. Maka kami berempat mencari pot yang tak ramai pelanggan. Ceruk Mak Teh kalau tak silap. Aku order ABC special..yummm yummm lamanya tak pekena…then aku order KT kungfu. Feh memang power. Recommended lah makan kat situ ceruk Mak Teh plus the price murah betul. Habis Giteeww le ceritanya bila aku makan KT tu teruslah aku teringa KT kat Kolej EON tu.

 

Teruslah mengimbau kenangan aku kepada Universiti yang indah permandangannya itu. Mulalah mengimbau kenangan makan nasik lemak makcik kat changlun. Semua nostalgia tak henti-henti menerjah benak fikiran aku hanya kerana sepinggan kueh teow kungfu yang sungguh nostalgic rasanya. Begitulah kisahnya

 

Deena alhamdulillah beransur pulih. Malam tadi aku sempat meronggeng dengan geng2 aku kat TS. Dah nak dekat puasa ni biasalah projek business aku pun dah bermula. Sebelum aku nak hantar 40 pasang kain ela pada adik aku yang cikgu tu aku jemputlah geng2 TS yang sekepala dengan aku datang tengok kain tu dulu. Kot lah depa berkenan. Malam tadi jugak dah laris 8 pasang. Lepas abis melepak kat umah aku kami  berempat melilau ke butik ruby pulak. Ruby pun buat business jual jubah, blouse dan baju opis. Cun-cun jugak dan banyak pilihan. Bera yang paling sakan borong. Kat aku dia borong 3 pasang kat ruby dia borong dua pasang blouse. Sakan makcik. Pastu fifah plak angkut semua kain aku tu untuk bawak gi opis dia pulak…ambik…tapi aku kata kat fifah mana yang tak terjual pulang kat aku hari Jumaat padahal dah janji adik aku 40 pasang tu hmm silap2 Jumaat ni kena pergi ambik lagi kain. Since anak-anak tak mengekor mama meronggeng maka lama lah sikit kami dapat melepak umah ruby. Lama dah tak berkesempatan nak bersosial ngan geng2 aku ni. Maklumlah lately mak balik lambat manalah sempat. Paling tidak pun jumpa time kelas agama dan kelas al-quran ajelah. Sembang punya sembang dekat pukul 12 jugak baru kami beransur.

 

Masa Bera nak hantar aku balik tu kami nampaklah awat banyak sangat kereta2 berkumpul kat umah no 7 deret umah aku. Memang curiga sungguh tengah2 malam  pakcik2 yang dah berumur dan ada juga perempuan dengan kopiah. Fifah kata masa dia nak datang umah aku tu dia jalan kaki lalu depan umah tu. Dia dengar group tu berwirid tapi dalam keadaan bergelap meremang bulu roma kawan dengar cara diorang berwirid tu. Mula tu nak jugak saja2 aku ngan fifah jenguk semula tapi bila ruby dah sampai kami berdua batalkan aje niat kami…risau jugak. Jangan ajaran sesat sudah..nauzubillah…habis le keharmonian taman aku ni nanti

1 comment:

aNIe said...

Kopisuam...kak lady pun suka makan kuew teow...sama lah ngan hubby tu...peminat kuey teow kungfu...tapi kalau nak makan yang best kene cari pot yang betul...sebab ade gerai masak lebih kurang aje...buat rosak selera....

Berwirid dalam gelap...rasa-rasanya kene bagi info kat Jabatan Agama tu...biar diorang siasat...mane ler tau...kalau ade yang tak betul...kita duduk satu taman tu pun bertanggungjawab jugak kan...