Friday, August 25, 2006

Tahniah darling!

Tahniah to hubby… semoga awak sentiasa dimurah rezeki dunia dan akhirat. Hunny is under probation for position Ass Mgr Engineering starting 1 Aug 2006 plus gajinya dinaikkan dengan begitu bombastic sekali ..almost 2 belah tangan I can say. Mak kalah dan dah jauh tertinggal…but tak pe…mak tumpang bahagia walaupun belum tentu ada portion untuk mak kat situ ahak rezeki hubby tempias2 kena jugak kat kami anak beranak… Macam mana aku tahu heeh definitely not from tuan punya badan. My husband seorang yang perahsia..bagi dia semuanya biarlah rahsia…tapi wife dia ni pandai pulak korek rahsia..sure dia tak suka heeh mak kan ada konco2 gak kat opis hubby…so all the rahsia memang dah bukan rahsia lagi laaa kan bila tiba kat mak. Ntah apalah yang nak dirahsiakan sangat dengan partner in crime dia ni. Nanti last2 orang ni jugak yang dicarik-cariknya. Apa-apa pun aku tumpang gembira di atas kejayaan suamiku. Semoga suamiku sentiasa murah rezeki amin. Yang open table laaa… (tahu awak baca ni jangan kata orang no 2 tak menyokong lagi- I tak sokong bab yang satu tu aje…yang lain2 I orang yang paling kuat berdiri dibelakang you selama ni kan).

 

Semalam ustazah tak berapa sihat. Kesian kat ustazah semoga ustazah kami diberi kesihatan yang sempurna. Banyak lagi ilmu yang kami belum belajar ni. So kelas semalam digantikan dengan praktikal solat. Hmm now dah nampak secara keseluruhan terang lagi nyata siap dan praktik batas2 dan pergerakan yang sempurna dalam menunaikan solat. Habis kelas sempat lagi melobi kain kat geng2 kelas. Laku lagi 3 pasang. Heehh heehh tapi tak pe ustazah Sulhi tu baya2 kami aje…sporting infact dia pun rembat sepasang kain tu malam tadi.

 

I cannot story here laaa since my hubby dah tag my blog…sure dia baca hari-hari. Heehh heehh nak puji dia lebih-lebih takut dia kembang semangkuk plak. Apa-apa pun apa yang I discover malam tadi biarlah menjadi rahsia dan biarlah menjadi peransang kepada anak-anak apabila diorang besar nanti. Ceh sejak bila lah pulak mak pandai nak berahsia-rahisa ni kan. I’ll tell them the story suatu hari nanti. Your addy is really good and excellent. So ikut dan tirulah cara addy belajar tapi janganlah ikut perangai addy yang terlampau pendiam tu. Kekadang mama pun jadi pening kepala dibuatnya J. My husband memang technical guy yang payah sikit nak diubah logic dan pemikirannya. Susah nak handle orang yang pure technical ni. Sense of humor memang 0%. Then dulu2 mak pernah story masa mak tengah cintan-cintun ngan hunny mak teman dia pergi interview untuk engineering punya benda sebagai penyelia tapak gas. Hehehh semalam mak jumpa surat interview tu bertarikh 28 Januari 2002. terkenang semasa dulu laaa…heehh kalau tak silap masa I teman dia gi interview tu I pakai tudung yang dia belikan untuk I.

 

Nak rahsia2 sangat pun…tapi ntah mungkin sebab yang nak dirahsiakan pun dari pengetahuan isterinya…I think the best word is tak nak kongsi bukan rahsia lah kot…dah memang nature nya jenis yang tak pandai nak berkongsi dengan orang kan suka sendiri-sendiri aje….so mak kena pandai find tune yang betul dengan hunny ni. You know la like people said isteri ni macam ada magic boleh hidu dan bau pergerakan suami iye tak. Rasanya semalam cik abang tu pergi interview. (betul ke yang) saya agak aje ni sebab semalam balik kerja siap dengan kasut, stokin dan juga resume bagai. Hmm selalu pergi opis pakai sandle aje dari umah kasut semua tinggal kat opis. Kalau gi interview Ranhill mak yang paling gembira. Good luck and all the best darling!

 

 

No comments: