Thursday, August 24, 2006

Hilang kunci kereta

Pagi tadi aku dah bersiap-siap nak ke opis. Aku capai handbag raba-raba dalam tu nak cari kunci kereta tapi tak ade. Aikk peliknya manalah pulak kunci kereta aku ni. Melilau-lilau aku cari satu rumah merata-rata kot-kot lah masa aku tak sedar diri tidur adik man main handbag aku ke. Semua tempat tak ada habis aku punggah laci-laci yang ada. Habis aku tolak cabinet dan almari..Puas aku punggah kusyen sofa. This is not me ok..aku bukannya jenis letak barang sepah-sepah. Addy dan ilman pun dah berangkat keluar....dah sejam aku mencari aduh rasa mcm nak menangis....aku berishtifar panjang...aku baca subhanallah dan Laailahailallah banyak2 kali just nak dapat gambaran mana tempat terakhir aku letak kunci kereta aku. Rasa masa tu nak bukak semula tudung dan nak buat solat hajat time tu. Tension.

 

Yang peningnya tu...aku dok jugak fikir manalah kunci spare aku ni pulak. Ya ALLAH memang nak meletup kepala aku memikirkan manalah hilang kunci dan kat mana tempat aku letak kunci spare. Kisah kunci spare ni dulu pasal aku takut miss place masa pindah dari balakong ke Kajang. Puas aku selongkar briefcase aku...cari dalam almari...cari dalam tempat barang-barang aku. Masih tak jumpa. Aku macam dah putus asa. Kalau tak jumpa juga aku nak call Toyota terus. Aku duduk sekejap. Deena kejap kejap tanya. Mama kakak tak sekolah ke hari ni…Ya ALLAH sabar aje lah…

 

Aku cari lagi tak puas hati kat bawah aku naik atas pulak..punggah tilam yang ilman dok tidur…malam tadi semalaman aku tak naik atas. Aku flat penat giller. Balik opis cabut tudung dengan kepala yang macam nak pecah aku terus tertidur kat atas sofa tak sedar diri sampailah anak aku bising-bising kat sebelah telinga. Aku bangun solat kat bilik bawah pastu terus sambung tido semula sampai pagi kat bilik bawah. Nak jalan pun rasa mcm nak pitam. Aku rasa aku kena migraine kot. Dengan sakit tekaknya dengan kepala berdenyutnya berat semacam.

 

Dah cari kat atas pun tak ada. Jam dah 8.30 dah sejam setengah aku melilau.tapi masih tak jumpa…7.40 tadi aku dah sms boss kata kunci kereta aku hilang. Memang tak masuk akal sungguh. Mana perginya kunci kereta aku ini. Sungguh pelik. Tak pernah2 dibuatnya begini. Aku terus cari kat cabinet dapur pulak. Memang buntu semuanya takde. Finally aku duduk tarik nafas dan fikir lagi manalah kunci spare aku ni. Hati tergerak nak selongkar beg polo balik kampong pemberian Norizan dulu yang kebetulan masih terletak atas cabinet tv kat living. Ni gara-gara balik kampong tempohari tak sempat lagi nak simpan beg tu. Aku selongkar belah depan. Hampa tak de. Tergerak pula nak selongkar zip belakang. Aku raba-raba alhamdulillah kat situ rupanya aku simpan spare key aku. Lega alhamdulillah. Tapi jam waktu tu pun dah 9.30. Memang tension giller. Feh memang hari ini dalam sejarah.

 

Cuma yang menjadi kemusykilan aku sampai sekarang mana perginya kunci kereta aku yang ghaib dengan begitu misteri. Selepas kehilangan buku bank Amanah Saham Didik Ilman yang secara logiknya kalau nak hilang tentu buku deena pun akan hilang seklai sebab aku letakkan dua buku tu bertindih…kunci kereta aku pulak hilang dengan begitu misteri. Aku risau aje tetamu2 yang tak diundang kat rumah aku tu (Mr T*y*l). Infcat pagi tadi masa kau terjaga pukul 6.00 pagi pintu dapur umah aku terbuka sedikit tapi grill masih berkunci. Aku yang sentiasa berfikiran positive ni rasa pintu tu mungkin sebab angin kot. Wallahulam.

 

Apa-apa pun malam ni nampaknya nak kena mintak nasihat ustazah pasal perkara misteri ni. Iskhh…iskh..iskhh..
 
 

3 comments:

zino said...

relak relak..

mesti ada kat mana mana tu kalau tak macam mana balik rumah semalam..

zino skrg ni sedia kan satu bekas kecil atas meja tu.. balik je letak segala benda dalam tu dan bawak naik atas.. esok angkut turun.. kunci ke bag duit ke talipon ke semua ada dalam tu..mem pun tumpang.. angah pun tumpang.. naik penuh dalam tu hehe

NONIE AZIZ said...

Pelan-pelan cari Zira...kalau dok paksa mencari mmg kengkadang depan mata pun boleh tak nampak..apapun hati-hati pasal pintu rumah ko tu..sekarang macam2 hal!!!Take care sis!!

RaFFLeSiA MeRaH said...

kes ni penah jadi kat member satu opis, ader org masuk umah, amik handbeg wife dia, dgn kunci keter sekali lesap...pasal tuan umah duk kat tingkat atas, kat bwh sape pun takder, meriahla dia wat cam umah sendiri...bahaya tu...tapi harap2 x jadi kat u laa...mungkin silap letak, cari betul2 dulu...kekdg barang ni time kita nak kita xkan jumpa, bila kita dah x nak, muncul la pulak...tensionnyer...