Thursday, February 22, 2007

Annual Dinner

Jumaat 16 February 2007
Aku dapat sms dari hunny jam 4.50 petang. ‘Malam ni boleh ikut saya ke dinner opis tak’. Dalam hati aku best jugak sebab aku tak pernah lagi berpeluang berkenalan dengan opismate hunny sejak dia tukar tempat kerja. In fact tak pernah lagi sampai opis dia pun. Tak tahu pun opis dia kat mana, just tahu kat Sungai Long aje. Hati berbelah bagi jugak sebab kebetulan malam semalam ada kelas agama. Since cik abang kata tu annual dinner ofis dia aku pun setuju. Dressing code tak payah sebab bukan buat kat hotel pun J

Siap-siapkan diri anak-anak dan hunny lepas maghrib kami berangkat ke sungai long. Heeh dekat aje 10 minit dah sampai. Masa kami tiba ramai dah staff yang ada, First time tengok company buat dinner kat parking bay office. Well ok apa open air ditemani cahaya bulan dan bintang. First time tiba di Misi Setia Oil and Gas (MSOB). Ramai jugak staff. Sambil memerhati big big boss yang tiba. Good thing about this company MD dia melayu gah tiba dengan Merc yang menjalar gagah. Muda lagi…rasa dalam lingkungan awal 40. Makan sedap-sedap belaka ada satay, chicken mushroom, nasi goreng cina, mihun putih, abc, ikan sweet sour dan macam-macam lagi. Paling best lamb chop…aku memulun. Habis diet aku. Tak de acara atau agenda khusus selain dari makan, makan dan makan. Selepas puas makan-makan, berkenalan dengan isteri staff yang ada (sikit aje yang sempat bersapa sebab meja kami asing-asing) then adalah 2-3 boss Chinese hunny yang menegur sapa. Then adalah one of hubby collogue tegur “wife you ke ni Is, ni anak ye? Wah teror yek kau” Hee hehh sengih aje lah cik abang tu. Good things about this new company. Staff ramai level pun banyak from top management, engineers, technician, clerk. Ada harapan dapat join fa,mily day diorang nanti…heeh heeh…Opis dulu staff setoet aje Big boss, senior engineer, technician itu aje tak sampai 10 orang. Tengok company compartment nampak mcm kilang tapi at one area penuh dengan paip2 gas yang tertanam.

Next agenda ialah pertunjukan bunga api. Sambil makan kami disajikan dengan dentuman bunga api yang cangih giteww ala yang mcm bungapi style KLCC tu but in a small version. Adik man siap tutup2 telinga takut sebab bunyi punya lah kuat. So acara terakhir pada malam itu ialah lucky draw yang memang best tapi untuk staff aje lah. Memang ada banyak hadiah sungguh macam2 ada daripada sekecil hamper kepada setinggi2 hamper plus hadiah barangan elektrik iron sampai lah ke DVD player, TV, traveling beg dan hadiah paling tak best malam tu ialah sekotak limau mandarin. Main prize untuk cabutan bertuah ialah cash money RM5000 yang dimenangi oleh one of the engineer then second prize RM1000 technician menang dan RM500 technician gak menang. Happening giller kalau hunny dapat RM5000 sure mak kenen 50%. But malam tu lucky number 21 nombor hunny telah memenangi slow cooker. Oklah boleh lah buat steamboat nanti. Habis cabutan bertuah ada sekali lagi pertunjuka bunga api. Majlis bersurai pada jam 11.30. Adik man dah keletihan dan terlentuk di pangkuan addy tapi terjaga semula selepas mendengar dentuman bunga api yang kuat. Sampai umah masing2 memang dah lalok giller. So bertemu lagi di annual dinner MSOB tahun hadapan. Tu pun kalau cik abang tak lompat2 kerja lagi.

No comments: