Tuesday, February 20, 2007

Happy Birthday Irdeena Maisarah

Selasa 20 February 2007

Kami sampai Melaka jam 11.00 pagi Isnin. Addy bawak kereta punyalah santai. Perjalanan yang sepatutnya ambil masa sejam aje jadi 2 jam dek kerana addy bawak kereta mcm orang makan angin tepi pantai. Dari Muar kami lalu jalan lama ikut kesang tua ke merlimau lalu duyung masuk Bandar hilir dan terus keluar tengkera. Best sikit boleh tengok kampong-kampong dan sungai. Sebelah malam bawak Ilman ke klinik Al-Azim. Iskh adik Man ni setiap kali balik kampong melaka mesti kena allergic. Tak tahulah alahan tang mana..kaki bengkak macam water retention dengan one big spot merah kat tengah2 perut. Sabar aje lah sib baik tak meragam..elok aje melasak cik abang tu.

Masa isi form kat klinik malam tu aku tanya kat kaunter tu “kak harini berapa hb?” “19hb” jawab pembantu klinik. Iskhh aku macam tak percaya. Ingat-ingat lupa tarikh sebab dah set in mind 20hb tu hari Rabu. Esok baru Selasa so aku tetap berdegil dan menulis 18hb pada form klinik seperti yang aku percaya. Sure akak ni salah tarikh kot. coz 20th kan birthday Irdeena hari Rabu. Sebab tu lah kami sambung cuti sampai Rabu.

Pagi Selasa tergerak hati nak check calendar. Kita lihat siapa yang kena. Barulah kelam kabut rupanya harini 20hb February. Birthday Irdeena yang ke-4. Kiss kiss kiss and Wish deena happy birthday…suka sanagt cik kak tu lama dah dia menunggu nak potong kek dan bagi party pack pada kawan-kawan. Aku dok termenung kejap atas katil sambil mengenang 4 tahun dahulu. Hmmm harini 4 tahun yang lalu jam 5.50 petang Irdeena Maisarah te Ishak selamat dilahirkan oleh aku yang bertarung kesakitan sejak jam 9.00 selepas di induce sehingga jam 3.00 petang (contraction kuat banget) lepas tu aku tertidur selepas ambil epidural. (mind you aku bukannya tahan sakit pun tu kira terror lah tu boleh bertahan sampai bukaan 7cm) On the spot plan. Lepas sidai baju dam kemas rumah aku cuci kereta..memang kereta aku dah kotor sangat, cuci kereta ayah sekali (one of my hobby untuk keluarkan peluh). Tepat jam 12.00 kami sekeluarga bergegas ke Bandar Melaka. Arah tujuan kami ialah Giant melaka. Beli barang untuk party pack deena, beli kek untuk birthday dan beli makanan untuk majlis birthday deena yang sempoi.

Majlis dibuat ditepi pantai puteri jam 5.00 petang. Birthday party sempoi ala-ala berkelah. Kerana lama sangat menanti tetamu dan VIP (makcik-makcik pakcik-pakcik and cousins aku yang kecil2) datang maka deena dan ilman dah tak sabar nak kecebur ke laut. Siap mandi laut dulu. Lepas ramai dah berkumpul ayah memulakan majlis dengan bacaan doa selamat. Sesi potong kek dan makan-makan bermula (main menu mihun Chinese style, roasted chicken, French fries, meat ball, nugget, curly fries, buah-buahan, goodies, junk food dan adalah dua tiga jenis makanan yang sempoi semuanya. Makcik2 aku makan sambil bersembang sementara aku di lautan melayan Ilman dan deena yang sakan seronok berenang. Bestnyer lama sungguh tak mandi laut. Ilman sampai kecut2 tangan dan menggeletar bibir. Itu pun ada hati tak nak naik. Jam 7.15 kami pun pulang. Bestnya….heeh hehh aku memang suka sangat le mandi laut ni. Tapi antara air laut dan air terjun suka lagi aku mandi air terjun. Hantu air le katakan bintang pun Pisces.

“HOW BAD IS YOUR TEMPER ACCORDING TO YOUR HOROSCOPE?”

PISCES FEBRUARY 19 – MARCH 20

The only thing that can be said about you dreamers is that you appear even more attractive when angry. You are very sensitive to others’ feelings, so you rarely hurt them. But when others tend to hurt you, then things take a nasty turn. You will yell and use harsh words and feel inclined to shake everything and everyone up. Your creative imagination is at its best when angry, and you tend to get pretty dramatic. When upset, you refuse to listen to reason and wish to be left alone. But once you calm down, you repent your tantrums and seek forgiveness. SO nobody can be upset with you for too long.

To Irdeena Maisarah bt Ishak. happy birthday sayang
Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-4. Semoga kakak panjang umur, murah rezeki dan sentiasa bahagia didunia dan akhirat. Mama doakan kakak menjadi anak yang solehah, sentiasa menghormati orang tua, sentiasa mendoakan untuk mama dan addy.Semoga kakak menjadi anak yang berguna kepada agama, keluarga dan bangsa. Semoga kaka menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada adik-adik. Mama luv you forever sayang.

Luv

mama


2 comments:

Kaklong Syikin said...

salam,

hepi besday deena..moga semua doa mama tu makbul. amin

bestnya sambut besday tepi pantai

tak de gambar ke

oh ya, awak dah kena tag tau ngan saya...hihi.

zino said...

happy birthday buat Irdeena maisarah.. semuga menjadi anak solehah kebanggaan ayahbonda..