Ahad 19 February 2007
Hari Jumaat tu kelam kabut juga aku bersiap. Dengan keadaan rumah yang mcm tongkang pecah aku menutup sebelah mata. Malas kalau nak difikirkan, ikutkan rasa yang nak mengemas tu alamat pukul 10.00 baru boleh bertolak dari kajang. Selepas semua siap baju dah packing susu diaper baju anak dan tutup semua suis kunci pintu tutup lampu tepat jam 8.00 malam kami bertolak balik Muar. Malam yang tenang, mata aku mengantuk sangat tapi memang tak sampai hati kalau nak biarkan hunny drive sengsorang. So aku dalam kelat2 ngatuk tu aku menahan bji mata supaya tak tertutup. Kami sampai di pekan Tangkak. Jalan nak ke Serom dah kena blok dek pertunjukan pentas sempena tahun baru cina. So terpaksa melilau cari jalan belakang kedai untuk masuk jalan ke serom. Pekan Tangkak sungguh meriah pada malam itu. Memang macam pesta dengn lampu tanglung menenrangi sepanjang pekan tangkak
Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan di lebuhraya. Kami selamat sampai Parit Tunggul jam 10.30 malam..itu pun aku suruh hunny bawak kereta slow sikit sebab hari malam. Aku dok perati kat umah mak, lengang tak de kereta sesiapa kecuali kancil Adun. Kereta Dr Su pun tak de dah balik Kota agaknya. Tak sempat nak jumpa anak saudara baru Alyaa. Salam abah, mak tak de katanya ke rumah orang meninggal. Kami punggah barang dan angkut masuk ke rumah. Wah rumah nenek dah cantik. Malam tu kami terpaksa menumpang bilik kak Zie (kak zie tak balik kampong) sebab bilik kami belum dibersihkan. Katil pun tak pindah lagi dalam tu.
Rumah nenek dah cantik semua dah tiles..dari rumah atas dah diturunkan ke bawah dari rumah kayu dinding semua dah batu. Terus nampak besar dan luas. Bilik masih maintain (7 kat atas dulu sekarang tinggal 6 ) kecuali bilik atuk saja yang dah tak de. Pintu bilik addy dari luar dah diletakkan di dalam. Mama sayang bilik kami tu walalupun agak tersisih sikit dari bilik2 lain..(lagi tersisih lagi best sebenarnya hik hik hik). Gambar belum snap tunggu kami balik sekali lagi selepas semua barang dah cantik disusun atur semula. Jumaat lepas mama sempat belikan nenek frame ayat Qursi dan cermin untuk digantung kat dinding. Balik sekali lagi nanti nak belikan nenek carpet untuk ruang tamu dan karpet untuk bilik kami. Mama kan menantu mithali (masuk lift kena tekan sendirik kan)
Boring jugak kalau balik kampong kami sekeluarga aje. Sebab tak meriah. Pukul 4.30 pagi mak abah, paman, bibik dan abang jali bertolak ke Kota Tinggi. Melawat suami bibik As (adik mak) paman yang meninggal dunia akibat kencing manis. Maka tinggallah kami sekeluarga. Addy buat breakfast (nasi goreng jawa style- sedap) Aku plak masak lauk untuk makan tengahari. Pagi tu Ajam tiba orang lain masih tak de yang kunjung. Hmm mungkin diorang balik bulan depan masa cuti sekolah. Maklum lah kakak iparku ramai yang cikgu dan cikgi.
Lepas siap2 kemas aku meronda ke pekan kundang. Biasalah aku ni..kalau balik kampong mesti gi pekan sebab suka tengok sungai. Snap gambar bekas kesan banjir tempohari. Wah memang tinggi banjir yang melanda pekan kundang bulan lepas. Kesannya masih bersisa di tembok2 rumah dan dinding2 kedai. Sekarang pekan kundang dan beroperasi semula seperti biasa. Sepanjang di muar cuaca panas. Suara aku pun macam itik serati jadi serak-serak basah. Kami di Muar sampai Isnin. Hunny petang2 menghabiskan masa di tasik hijau bermain boat F1nya. Satu petang aje aku mengekor…heehh suka gak aku ke sana permandangan cantiknya. Hmm hajat nak bermain air atau bawak budak dua orang tu mandi manda di parit tepi umah mak..sejak banjir tempohari air jadi jernih geram plak aku tengok tapi malangnya hunny malas nak layan heeh heehh…buang tebiat ke cik abang tu kata. Kena sebijik.
1 comment:
salam,
err ari tu rumah mil KS pun masuk air banjir ke? maaflah kalau ketingalan ni
Post a Comment