Wednesday, April 04, 2007

Saat ujian menjenguk diri

Telalu mengejar dunia kah aku ini. Satu persoalan yang kadang kala aku sendiri tidak mampu untuk menjawabnya. Ketakutan aku tidak pernah berkurang setiap kali mengingatkan saat kematian itu. Terbayang bagaimana hayunan rantai besi mungkar dan nangkir yang mampu membelah tujuh petala bumi membenam tubuh kerdil setiap kali soalannya tidak dijawab. Ya ALLAH sesungguhnya hambamu ini amat takut dengan siksa kubur namun ya ALLAH imanku tidak kuat aku jahil aku tidak berdaya menahan godaaan demi godaan. Adakalanya aku tersedar malah adakalanya aku menjadi alpa dan lalai dengan nikmat dunia. Aku sering tersentak bila teringat bagaimana murkanya ALLAH terhadap hamba-hamabanya. Aku tahu dan aku amat takut sekali. Tapi kenapa keinsafan itu hadir hanya seketika. Waktu itu aku melihat mereka ketawa terbahak-bahak, aku melihat mereka berfoya-foya bergembira aku melihat mereka menikmati dan mengecapi hidup dunia ibarat mereka lupa akan saat kematian yang pasti. Tidakkah mereka itu takut akan siksa ALLAH. Dan begitu sedih kerana aku melihat kedalam cermin dan bayang itu adalah aku yang jahil sebahagian daripada mereka. Ya ALLAH ampunkan lah dosa hambamu ini.

Kelas agama dua hari lepas membuatkan aku terfikir sejenak. Kadang-kadang ustazah ada juga menyelit-nyelit cerita tentang hari kiamat azab kubur dan sebagainya di samping kami belajar solat dan hadis. Memang meremangkan bulu roma dan membuatkan hati aku kecut sebab aku tahu aku banyak dosa. Kita tak tahu bilakah masa kita akan tiba. Aku tak pasti aku berperasaan begini adakah kerana aku mengalami transition period ke peringkat kedua dalam fasa kehidupan. Yang aku pasti semakin banyak aku belajar aku menjadi semakin takut dan menjadi semakin risau kerana semakin banyak aku belajar semakin banyak lagi yang aku perlu kejar. Cuma tidak pasti adakah masa untuk aku mengejar masih bersisa atau akan berhenti begitu sahaja.

Mungkin kita hanya akan tersentak bila mana sesekali ALLAH menguji kita dengan ujian yang maha nipis dan ringan ibarat kapas berterbangan di udara. Aku pun begitu beberapa hari ini aku diuji lagi ya mungkin sejak minggu lepas aku diuji. Mungkin tahap kesabaran aku semakin berkurang. Mungkin ada dosa-dosanya yang masih belum lepas diampunkan ALLAH. Mungkin juga ALLAH menguji aku kerana ALLAH sayangkan aku. Aku sudah hilang ketenangan malah pertimbangan aku juga beberapa hari ini agak kurang wajar. Tapi aku tahu mungkin juga aku tengah bejot sekarang menjadikan perasaan aku 100 kali ganda lebih sensitive dari biasa. Adakalanya bila kita diuji kita seringkali lupa. Kita seringkali mempertikaikan ujian ALLAH itu seperti tidak wajar seperti kita tidak mampu menanggungnya lagi. Sedangkan ALLAH itu maha mengetahui, ALLAH itu maha adil. ALLAH itu tahu apa yang terbaik buat hambanya. Bagi aku ujian yang harus aku lalui ini maha berat mengikut pertimbangan dan perkiraan aku mungkin hanya sekecil hama bagi orang lain sehingga aku memohon agar aku diberi petunjuk dan kekuatan.

Syaitan kau memang hebat menghasut hatiku. Syaitan sungguh licik memperdaya dan membolak balikkan hatiku. Sungguh aku sendirian berfikir wajar ke aku berkelakuan begitu. Wajar ke aku mengambil keputusan seperti itu. Wajarkah aku mengikut kata hati wajar ke keputusan yang ingin ini wajar ke tindakan aku ini. Seminggu ini aku berfikir-fikir semuanya tidak akan memberi kemenangan kepada aku sebaliknya akan memberi kemenangan kepada mu syaitan. Mungkin aku perlu mengalah lagi kali ni (berapa banyak kali lah aku harus mengalah). Tapi tidak mengapa aku tetap berpegang teguh mengalah bukan beerti kalah. Aku tahu ada sesuatu hikmah dan kebaikan yang menanti aku dihujung jalan. Amin.

Till then

1 comment:

kasutVINCCI said...

moga zira dpt selesaikan masalah ni dgn pertimbangan sewarasnya.