.jpg)
.jpg)
Choppp promotion sat. Ni lah baju GAP untuk Ilman yang mak beli pada Ezzah...harga sangat berpatutan murah laaaa...I like!
Alkisahnya masa balik kampong baru ni kami survey tiles di shenion tapi masa tu mak tak beli lagi tilesnya pun. Oleh kerana my mom sungguh berkenan dengan polished tiles heavy duty yang 600 x 600 tu sebab kata mak berkilat mcam cermin, seboleh mungkin kami nak la survey polished tiles supaya dapat harga paling murah dan termampu untuk dibayar tak kiralah made in China ke apa. Malangnya best buy tiles 600 x 600 yang ada kat Shenion Malim yang offer di dalam linkungan budget kami kurang pilihannya yang mahal-mahal memang banyak tapi budget aku untuk tiles ni memang ciput 3K aje pun. Kiranya masa aku ada kat kampong mission membeli tiles tu tak tercapai. So petang semalam aku called mak tanya tentang progress dapur dan tiles yang nak dibeli tu lah. Rupa-rupanya mak masih belum beli lagi.
Tadi aku ke Shenion kajang. Tujuannya adalah semata-mata untuk melihat polish tiles kat situ kot-kot mana tahu ada lebih banyak pilihan yang ada offer. Gedebuk gedebak menawar akhirnya berjaya juga aku mendapat harga tiles yang aku berkenan itu (harap-harap mak pun berkenan la). Tak tahu lah dari segi kos, effective ke tak aku buat begini. Tiles yang aku pilih tu berharga RM18. Oleh kerana ada offer maka harganya jatuh kepada RM13.00 sama dengan harga yang ditawarkan di Shenion Malim tapi masa kat Malim tu memang dah last price tak boleh tawar langsung 50 sen pun takmo berganjak maklum la kedai besar. Tapi tadi puas aku memujuk amoi tu akhirnya dia bagi aku pada harga RM11.50 harga offer untuk tile yang harga RM15 (itu pun puas aku mintak harga RM11 sekeping) dan aku terus order 180 keping terus bayar duit siap2 (kebetulan memang ada bawak duit spare) sekali dan esok akan di hantar ke melaka dengan kos pengankutan adalah FOC. Dari segi matematik aku telah berjaya menjimatkan wang sebanyak RM270. Dari segi masalah jangka panjang aku dah tanya dah kat amoi tu incase ada yang pecah atau retak mcm mana? So dia kata aku boleh ambil tiles ganti kat Shenion Melaka. Jadi aku rasa puas hati at least walaupun aku beli kat kajang aku tak payah pening nak fikir camner nak angkut balik Melaka plus kalau ada problem tak payah pening nak fikir camner nak tukar barang plus corak yang aku pilih tu cantik :)
Actually kalau nak tiles yang lagi murah memang ada satu tiles 600 x 600 yang dioffer pada harga RM10 sekeping tapi sayangnya stok tak ada pulak kena tunggu dalam tempoh sebulan baru barang tu masuk sedangkan tukang umah dah nak start pasang tiles mak hujung minggu ini. Lama dah aku tak buat keja survey menyurvey barang umah ni. Dulu masa nak masuk umah memang sibuk sampai ke Jalan Ipoh tu aku pi semata-mata nak cari tiles. Semangat nak masuk umah. Sekarang ni sibukkan diri untuk rumah mak pulak. Lepas ni nak berurusan dengan Mr Lee tentang kitchen cabinet pulak at the same time project pagar aku (yang dah naik tembok sebelah) pun nak on juga tunggu budi balik semula ke Malaysia hujung bulan ni. Kalau nak buat semua benda serentak peehhh botak kepala mcm ni. But one thing for sure mak dah tak berapa ligat mcm dulu. Kalau tak maklah ratu survey sebelum membeli barang-barang. Zaman sekarang zaman berjimat cermat semua benda yang kita buat kenalah ambil kira value dan cost effective.
Till then
Till then
4 comments:
tile rumah zino dah siap lama dah.. mem suka yg 600X600 tu..
gambonyer dah letak dalam blog ke?...size tile tu 600 yekk heehh silap taip le tu bukan 60 x 60....ye betul tiles besar tu 600 x 600 la kot heeh heehh
salam,
sis..nanti kalau dah siap tiles kat rmh mak tu, tunjukkan kat sini ya..
kak long
ok boleh InsyaALLAH :)
Post a Comment