Tak de mood sangat. I’ve got headache since morning. I’m a bit busy with the tender that need to be submitted by next week. Plus another tender for IM yang nak kena discuss on next Monday.
Selamat hari ibu kepada semua yang telah bergelar ibu. Selamat hari ibu untuk diri ku. Selamat hari ibu untuk emak. Tidak ada apa yang boleh along katakan selain dari terima kasih mak. Jasa, budi dan pengorbanan emak selama ini melahirkan, mendidik dan membesarkan along sehingga menjadi seorang insan memang tidak dapat along balas dengan berjuta wang ringgit sekali pun juga tidak terbalas di dunia dan di akhirat. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya. Terima kasih mak.
Bila aku dah ada anak sendiri aku menjadi lebih sensetif dan prihatin. Well baru aku tahu is tough untuk membesarkan anak-anak. For my case tolak tepi semua masalah yang aku hadapi sebab cuba bayangkan waktu dulu mak nak membesarkan kami adik beradik dengan ayah yang waktu mulanya tidak berpekerjaan tetap. Hmm aku dapat merasakan betapa susahnya mak dan ayah waktu itu. Macam-macam kerja mak dan ayah buat semata-mata nak memastikan kami adik beradik menjadi manusia berguna. Cuba bayangkan ibu-ibu di kampong membesarkan anak-anak yang ramai yang hanya memperoleh pendapatan dengan berladang, ke sawah, ke laut. Cuba bayangkan MIL membesarkan hunny adik beradik yang seramai 12 orang dengan hanya menorah getah dan ke kebun. Apalah sangat jika dibandingkan dengan kesusahan kita pada hari ini yang baru saja membesarkan dua orang anak tapi tak habis-habis mengeluh. Yess aku bercakap dengan diri sendiri. Mengingatkan diri sendiri. Ibu kita adalah wanita yang gagah. Wanita yang sanggup melakukan apa saja demi anak-anak mereka. Jadi hargailah ibu selagi mereka masih ada.
This was a story yang aku sempat dengar di radio sinar pagi tadi. Cerita ini telah membuatkan aku mengalirkan airmata sepanjang perjalanan ke opis. Seorang lelaki telah menelefon radio sinar dan bercerita. Lelaki ini dilahirkan buta. Semasa darjah satu dia di hantar ke sekolah biasa tetapi sering diejek dan dikenakan oleh rakan-rakan sekelas. Ibunya yang ketika itu tidak tahan dengan penderaan dan memikirkan tentang masa depan anaknya telah mencadangkan agar beliau dihantar ke sekolah khas kanak-kanak buta di Penang. Bayangkan waktu itu mamat ni baru berusia 8 tahun dan terpaksa berpisah jauh dengan keluarganya dan dijaga oleh orang lain yang berbangsa Inggeris. Sebagai tanda protes mamat ni telah menghantukkan kepalanya hingga berdarah dan menerima 13 jahitan. Namun ibunya tetap berkeras dan tetap menghantar beliau ke Penang.
Dan harini dia menelefon sinar dengan suara yang sebak lalu berkata ibu saya balik sempena hari ibu kali ini semata-mata untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu Saya juga ingin meminta maaf di atas sikap saya dahulu. Saya menelefon hari ini semata-mata ingin memberi tahu bahawa saya kini telah bergelar Dr. beliau adalah pensyarah di UM. Seorang ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Naluri ibu selalunya betul jadi kita sebagai anak perlulah mendapat restu ibu di dalam apa jua perkara yang kita ingin lakukan.
Hormati, sayangi dan hargailah ibu kita.

2 comments:
tetiba aku pun rasa sedih terkenang masa aku sakit dulu mak akulah yang sabar melayan karenah aku!!
Hu..hu..hu..sedihnya kisah itew... Buta pun buleh jadi dr. yek? Bukan MD kot... Selalu kita marah dgn keputusan IBU kita walhal mereka hanya mahukan yg terbaik utk kita..
Post a Comment