Monday, June 18, 2007

Anak-anakku memang hyper

I think you should not read this because it will hurt you. Yeahh I’ve no comment on that. Basically as planned sabtu pagi seawal 8.00 aku bertolak dari kajang sebondong2 dengan dua kanak2 hyper itu aku gagahkan juga hati dan perasaan untuk sama2 menyertai majlis amal gotong royong di rumah kebajikan ASDAF bukit bandaraya It will be a bit easier for me if addy was around but sad to say pakcik kerja. It was a new experienced to me. Well not to say new because before this I was involved in program adik beradik angkat with rumah anak yatim yan. Bila sampai sana kereta pun dah banyak. Ramai juga yang hadir ke majlis tersebut cayalah orang2 ICT bravo2. I think more than 70 staffs yang hadir.

Majlis dimulakan dengan taklimat tthen pembahagian tugas then sarapan pagi with nasi lemak isi minyak dulu sebelum kerja then baru le proceed ke area masing2. Aku ikut group asarama puteri.
Rumah ASDAF ni terletak di kawasan Istana. The location is really strategic dalam hutan atas bukit tengah2 kota. Keliling is istana. Then rumah mereka adalah bekas kawasan istana lama negeri kedah. So building asrama diorang memang building zaman dahulu. Quite scary tapi diorang dah biasa kot. Kesemua penghuni ASDAF yang aku jumpa adalah golongan orang asli seluruh negera. Sempat aku interview sorang orang asli from pahang. Namanya Nurhaliza…fuyooo pastu aku jerk2 le adik tu darjah 5 kata ini siti nurhaliza le ni…kena minta sign autograph. Adik tu pun gelak guling2 atas katil kegembiraan.(bab gelak guling2 tak tipu). Seronok bersembang dengan diorang ni. Kelas sungguh sekolah pun sekolah kebangsaan bangsar sekolah elit lagi.

Wah anak-anak ku ittewww humang aiiii anak siapalah yang hyper sangat tu berlari ke sana ke mari..panjat katil keluar masuk asrama. Cannot control much both of them darah mak menyirap aje sampai ke telinga sebab geram betul. Lagi dilarang lagi dibuatnya bila dah berdua tu memang makin menjadi. Si kakak cikgu yang adik pengikut setia. Apa kakak buat semua adik ikut siap sempat main nyorok2 kat asrama orang. Ishhh masing2 dok dalam asrama tu buat macam rumah depa sendiri. Tak boleh nak marah sebab ramai orang iskhh malu lah mak kan. So kenalah hep hep hep aje lah sambil menahan sabar dan kegeraman…uisshh kalau kat umah buat perangai lagu tu mahu kena cubit dah. Itulah anak-anak kalau marah pun bukan depa faham. Kalau dok buat perangai lagu tu nanti orang dok kata mak ayah tak pandai ngajo. Siapa nak disalahkan. Puas dah diajarkan umah. Akhirnya tak banyak yang aku dapat tolong plus asrama bebudak tu pun tak bersepah sangat.

Around 11.50 aku pun chow sebab anak-anak ku ittew membuatkan aku tak selesa nak menolong diorang bekerja. Tak membantu langsung le bebudak berdua ni. Jadi instead of balik umah aku terus menyimpang umah moklong. Lama dah tak menjenguk moklong ngan poklong. Selalu tak berkesempatan. Sempat lah aku melelapkan mata sejam dua sebab malam semalam tu aku memang mengantuk gila bawa cikgu deena ke downtown sampai pukul 1.00 malam baru tiba rumah. Malangnya hujan lebat downtown pun tak buka.Kira malam tu makan angina aje lah.

Anak-anak aku dua-dua pun melepak tidur agaknya kepenatan tolong gotong royong tadi. Bangun tidur lepak2 jap solat makan sambil le sembang2 pastu dapat sms hunny. Katanya nak terus balik muo lepas ofis sebab minggu ni ambik kelapa. Aku call le cik abang merayu nak ikut. Heeh hehh memang le aku suka aje nak mengekor walaupun tahu sure tak kasi punya sebab balik sehari. Call pujuk2 pun tak berjaya jugak. So takpe la…dalam hati sure cik abang balik straight after opis. So melepak le umah moklong sampai pukul 3.30. Hari gelap giller nak hujan. By the time kami berangkat balik hujan lebat sangat. Kat highway aku ni 50-50 iskhhh kalau straight balik melaka ni pun cun jugak sebab boring tul kalau dok bertiga kat umah. Hmm tapi badan letih banget plus tengok jalan jammed giller lepas tol kajang. Last2 tak jadi terus balik umah. Konon dalam hati berkira2 sure cik abang dah sampai muo ni. Sekali sampai umah aiikkk awat si jaguh ada lagi..heeh hehh tak jadi balik le tu. Hmm sedang enak dibuai mimpi. Aku packing jugak takut hunny berubah hati nak balik malam ke. Last2 pukul 9.00 tak de sign so confirm lah tak jadi balik.

Kerana tak jadi balik kampong maka ahad pagi dapat le aku bawak bebudak hyper tu ke swimming pool. Sambil2 tu aku pun tumpang sekaki stroke 3-4 round. Tapi memang le tak puas sebab anak-anakku itu sibuk aje nak main kat kolam dewasa tak bagi peluang kat mama langsung. Tapi tak pe setiap selasa aku memang dok bertekek kat swimming pool lagi-lagi bila ada kaki yang sesama minat ni lagilah menjadi. Memang release giller bila dapat swimming ni.

Wokeyy hunny soh balik awal. Petang ni di ada kerja banyak. Till then

3 comments:

Kaklong Syikin said...

salam

harapnya KS sihat..nape ye shout box tu blh view only?

Kopi Suam said...

kak long KS sihat alhamdulillah.. shout box tu memang dah tak boleh dah nanti le saya masukkan yang free ok.

cikdinz said...

sibuk jugak nih. bebudak pon tumpang sibuk.....