Wednesday, June 20, 2007

Surah Ar Ra'd ayat 31

Firstly aku nak minta ampun dulu. Hehh kepada suzi pak wan aku minta maaf sesangat sebab memang aku tak cam sangat muka kau dalam pool semalam. Aku gi swimming petang semalam lepas tu tetiba segerombolan wanita2 yang sedang ada kelas renang buat training kat area yang sama. Selalunya diorang ni training kat area 3.0m tapi hari ni buat kat tempat cetek sikit. Aku dok perati 3-4 faces yang very familiar. Alamak siapa diorang ni. Yang part paling kelakar is Suzi at least Si Azi (junior) tu aku masih kenal. Kami berdua siap main teka2 sebab suzi pun tak cam aku. Masing2 dalam swimming attire mana lah nak cam semua nampak sama aje dalam pool tu. Mula2 bila dia sebut suzi aku cam konpius sebab kepala aku dok imagine dia adalah Azlea kawan monet (roommate aku) pastu aku kata banyak suzi batch kita….huaah huaah huahh pastu bila aku kata suzi pak wan ke…heehh hehh dah gelak2. Ya ALLAH giller tak boleh cam langsung padahal kawan banyak kelas yang sama ngan aku. In fact ada project paper yang kami satu group. Hampeh tul. Ya ampun yek suzi kerana suzi yang aku kenal dulu cinonet aje..yang dia dah besar sikit tu yang aku konpius tu heeh hehh. Azi memang kenal aku pun…so sempat le bersembang kejap. Azi suaminya Rozy heehh yang aku dok mati2 ingat jadi ngan yanti bukan jodoh Yanti. Hah hah pusing2 kat situ jugak.


Then ada satu lagi muka alamak memang familiar but nama dia memang aku tak ingat. She was the one yang tegur aku. Kak zira ni hazlin. Alamak Hazlin yang mana. COIT alamak lagi le aku tak leh recall. Ala yang sibuk buat PHD alamak lagi le aku tak ingat. Ampun yer lin memang akak totally lost memory tentang awak. Iskhh nampak sangat aku ni dah tua giller. CPU lembap nak pick up semua memory2 yang install belas-belas tahun semua dah susah nak recall. Semalam swimming aku sengsorang aje sebab geng yang satu lagi MC. Then aku nak membayar hutang kepada ezzah. http://biz-ezzah.fotopages. Dengan secara rasminya saya ingin mempromosikan fotopages kawan saya yang ada menjual pakaian berjenama untuk bayi dan kanak-kanak pada harga yang berpatutan. Jom serbu ke sana confirm design memang cun-cun belaka.

Dua malam lepas masa kat kelas agama aku cerita kat ustazah tentang kain aku sebanyak 20 pasang yang hilang diambil orang. Malam tu ustazah ajar aku satu ayat yang InsyaALLAH sangat powerful dibaca buat orang2 yang nakal seperti suka ambil barang orang, hutang tak geti-geti nak bayar. Jadi harini aku nak kongsi dengan korang semua tentang kepoweran ayat tersebut. Terjemahannya dalah seperti berikut:

Dan sekiranya ada suatu bacaan (kitab suci) yang dengan bacaan itu gunung-gunung dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau oleh karenanya orang-orang yang sudah mati dapat berbicara, (tentu Al Qur'an itulah dia). Sebenarnya segala itu adalah kepunyaan Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahwa seandainya Allah menghendaki (semua manusia beriman), tentu Allah memberi petunjuk kepada manusia semuanya. Dan orang-orang yang kafir senantiasa ditimpa bencana disebabkan perbuatan mereka sendiri atau bencana itu terjadi dekat tempat kediaman mereka, sehingga datanglah janji Allah. Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji. (Ar Ra’d ayat 31)

Ayatnya ialah ayat 31 surah Ar Ra’d (Juz 13). Cara mengamalkannya ialah membaca ayat ini sebanyak 31x. Seterusnya melukis gambar orang (orang lidi pun boleh) selepas setiap bacaan rotan (gunakan rotan asli) kaki orang lidi tadi bertalu-talu (rotan bahagian kaki sahaja) berniat agar orang tersebut memulangkan semula barang yang diambil atau membayar semula hutang kita. Amalkan seberapa kerap yang boleh. InsyaALLAH yakin dan doa pasti ALLAH akan membantu kita dalam urusan kita.

Ayat ini terbukti kepowerannya bila ustzah ceritakan kisah benar seorang lelaki yang telah meminta bantuan beliau. Lelaki tua ini ke Thailand bersama menantunya untuk melancong. Semasa di Thailand menantu ni minta semua wang pak mentuanya RM3000 kononnya untuk uruskan hotel, makan dan pengangkutan sedangkan menantu itu lesap entah kemana. Akhirnya balik le pakcik ni semula ke kedah. Dari situlah ustazah minta beliau amalkan surah di atas. Sehingga satu hari menantunya datang sambil merangkak ketuk pintu minta ampun tentang kejadian tersebut. Ingat jika baik niat kita insyaALLAH baiklah apa yang kita akan perolehi.
Till then

7 comments:

NBK466 said...

Waaaa...menarik juga pasal amalan ayat itew...

Rasanya lama2 berendam dlm air buleh jadi pelupa kot..he..he.he..

Kopi Suam said...

iye laa betul lama-lama berendam air pun dah berbaldi tertelan tu lah pasal lembap sikit.

Anonymous said...

zira
len kali nak swimming ajak la aku skali. aku selalu takde geng nak swimming!

DeLinn

Mak Su said...

hai.. assalamualaikum, salam kenal. berenang kat ner? bagus ya ayat tu....

Kopi Suam said...

Ina kalau kau nak join jom lah every tuesday and wednesday kat pool uniten. Kau call aje bila selasa tu..kalau aku gi aku inform la..boleh join sekali. Plus ahad aku angkut anak aku tapi usually ahad ada juga orang lelaki 2-3 kerat sebab ahad ni banyak yang family.

Maksu,
jom join kolam uniten..bolalah nak exercise sesikit kan

mydailymumbling said...

Hi zira,

Website tu link dia tak leh nak masuk;ah. ezzah fotopage

Anonymous said...

Tq kongsi ilmu ya . insyaAllah nk Cuba amalkan ayat 31 surah AR rad tu sbyak 31x ..halalkan ya ilmu tersebut ..tema kasih skali lagi ...