Monday, June 11, 2007

weekend

Sabtu lepas seharian kami berkurung dirumah…hunny tak kerja aku pun kekadang pening dengan jadual kerja cik abang tu. Iskhh sampai tak tahu sabtu bila yang dia kerja sabtu bila plak dia cuti,..plan nak tengok shrek 3 atau spiderman 3 tapi cancel sebab adalah orang tu malas nak keluar but we managed to katam Heroes season one sampai episode 10 there are 3 more dvd to go. Petang barulah kami keluar beli groceries then kutip duit sewa then jalan2 ambil angin petang. How boring my life kan but fehh lega sebab aku dapat berehat dan bergolek gelantang anak beranak kat umah memang lega sangat-sangat.

Ahad my jadual memang lah full. Pagi ambik kain dan tudung this week aku ambik banyak giller since design yang baru masuk ni suit my taste very well and I guess sure next week kalau pergi lagi out of stock. Aku suka lebih2 plak kain yang baru ni sebab kebanyakan colour is pastel colour yang lembut dan banyak English style sikit like roses with peach and pink color. Basically semalam plan ambik barang 1k aje tapi terover sampai 2.5k sebab tudung yang nak ambik 2 kodi dah jadi sampai 3 kodi (ni sebab penangan ajam yang dok desak nak tudung sebab banyak yang nak mintak tudung). Kain pun plan nak ambik 2 kodi jadi 4 kodi (to cater chombi punya request bulan ni yang nak banyak). Kain2 ni datang dengan harga modal yang agak tinggi. This new design baru keluar kat kamdar you guys may check the price kat kamdar. Harga kain ni 1 meter RM15. They have promotion 20%. Ada dua jenis 1 is labuci yang kecik2-kecik jenis kain siffon and match with siffon kosong. The other one is siffon with batu match with satin gred A yang kainnya lembut dan cantik.

Balik ambik kain singgah ambik frame yang member dah order then terus zoom balik umah. On the way back singgah KFC beli variety bucket untuk lunch sebab masa keluar pagi tu aku tak masak lauk lagi. Just masak nasi aje. Letih betul lah jadi superwoman ni but kalau addy tak tolong tak leh jugak iye lah mano den nak ngangkut beg tangan den dua tu kalau ke KL, at least thank you yang sebab jaga anak masa saya gi ambik kain…muahh I love you. Tapi mungkin sebab suka dan minat buatlah jugak walaupun letih gila lagi-lagi bila tiba part nak masukkan kain2 dalam plastic. Heehh bukan sikit 80 pasang. Petang tu calling2 regular customer. As usual bila kain tengah panas kak wan will definitely grab 3-4 pasang. Petang semalam she grabbed 5 pasang sekaligus. Then petang ni ada 3-4 orang my regular customers yang akan singgah umah sebab nak tengok kain sebelum kain2 itu diagih-agihkan kepada my supplier dalam masa terdekat ni. Seronok tapi penat sampai aku lepas tiba umah siap semua collapse tak sedar diri sampai pukul 4.00. Hmm sampai harini aku berdoa semoga kain aku yang 20 pasang untuk Ayu yang aku hantar di pejabat pos balakong 2 minggu lepas tu janganlah hilang. Kalau tak jumpa jugak memang tak de rezeki lah Yu kan.

Semalam ambik frame still aku tak dapat belikan lagi carpet for MIL. Memang habis betul karpet kat situ. Don’t know bila hunny plan nak balik kampong tapi memang hujung bulan ni la. Hopefully jangan le 30th sebab mak dah register untuk main bowling sempena sukan muhibbah alumni Sains Muar marah senoi nanti kalau mak tak jadi main.

Benda yang aku baru discover dalam minggu lepas. Hmmm dah lama aku tak masuk bilik mainan hunny malas nak masuk sebab sepah. Hmm tengok2 tup tup dah tambah lagi his heli collection..huargghhhh geramnya. Bukan yang kecik yang gedabak pulak tu..iskhhh camno le nak bagi nasihat kat pakcik ni. Rasa cam sayangnyer duit. Citer pasal ni last Saturday Majalah 3 kan ada tunjuk pasal RC ni..tu lah hobby suamiku yang dah dah berapa banyak le dia berhabisan kat benda2 tu semua. Plus kebetulan pulak majalah 3 tunjuk pasal ternakan keli kanvas yang aku pernah cerita dalam salah satu entry ku sebelum ni. Best jugak kan business tu. Ada sesiapa yang berminat tak nak cari geng laaa?

Till then

2 comments:

NBK466 said...

Wah..en abe mmg ada satu bilik khas utk barang2 permainan dia yek? Ni yg dikatakan 'Big Boy Toys' tuh yek? KS kena slalu buat spot-check tuh..he..he..he..

Kopi Suam said...

tu laa..nak spot check tak larat asal besepah betul bilik tu