Thursday, July 19, 2007

Free lunch

Aku ingin menyalahkan mereka dalam hal ini. Harini pagi-pagi aku dah berpuasa sunat Rejab. Tapi telah digoda oleh mereka kat opis ni iskhhh berbelah bagi hati ini dibuatnya. Maka hancurlah puasa aku yang sekerat pagi itu dah dekat pukul 11.00 godaan bertimpa2. Kesnya gara-gara nak makan lunch di IOI Resort. Apa-apa pun memanglah sodap makan kat situ dengan shushi dengan ais krim goreng dengan uisshh macam-macam ada cuma antara larat ngan tidak aje nak makan banyak. Lebih sedap lagi sebab ianya adalah makan free.

Geng kami akan hantar dua team sempena bowling terbuka. Cayalah boss baiknya hati salah seorang boss sebab nak sponsor t-shirt lagi. Aim kami mesti nak jadi juara tapi kalau Joe main hmm kita leh menang ke. Hmm but this is game pasukan so harapan tu memang ada kan boss. InsyaALLAH first team kita akan bermain bermati-matian. Bila kita nak start practice ni boss. Bola aku pun dah lama dah bersawang dalam cabinet tu.

Perkembangan terkini KC mak. KC tu yang sepatutnya dipasang hujung bulan ni tapi nampaknya Mr Lee minta tangguh lagi seminggu. Katanya kayu nyatoh yang baru sampai ni bunga kayunya tak berapa cantik. Kayunya mungkin tak cukup matang. Bagi aku kira Mr Lee ni jujur. Kalau dia nak pasang memang dia dah boleh pasang dah sebab material dah ada. Tapi sebab dia nak jaga kualiti dan jaga ni royal customer (sebab berapa banyak dah orang yang aku kenalkan buat KC dengan beliau) dia ni so dia kenalah bagi yang terbaikkan. Baru aje semalam sorang member minta contact number Mr Lee sebab nak pasang KC kat umah dia. Jangan cakap aku takmo tolong anak bangsa. Harga KC Mr Lee murah dan kerja berkualiti. Aku pun tak sabar nak tengok KC mak yang aku design tu jadi elok ke cantik ke mcm yang aku imagine. Ceh ceh wah patutnya aku ni jadi interior designer mr lee siap puji lagi design aku tu…heehh hehh design ceduk sana sini memang aa. Nak harap aku come out with my own design heehh beruban kepala nak berfikir. Cuma until now aku tak tahu camno le nak design wardrobe mak ni…kat internet tak banyak pilihan. Kot korang sudi nak share design built in wardrobe korang sudi-sudikan lah yek…nak tengok.

Wokey hari ni nak balik awal. Thought nak ke econsave nak masak2 sikit untuk kelas malam ni.
Till then.

No comments: