Monday, July 16, 2007

Hari keluarga






Keletihan yang aku kumpul hampir sebulan masih belum berbayar lagi. Yup aku perlu extra berehat supaya aku akan lebih bertenaga dan bermaya. Mak and ayah sampai dari Melaka malam Jumaat. Hmm dalam keadaan yang dah nak collapse ni aku gagahkan juga mengemas rumah menyapu dan mengemop lantai. Mak kalau tengok umah aku bersepah sure mak bising. So dari bagi mak bising aku korban sikit tenaga dan keletihan yang sedia ada. Masa mak tiba aku masih terbongkok mengemop lantai di dapur. Kalau kami anak beranak aje yang ada bila penat aku biarkan saja umah aku berkepau mcm tongkang pecah bila rajin baru la aku kemas sikit-sikit.. Hmm sekali lagi dilemma orang yang tiada maid bukan yang tak mampu ambik maid tau huargghh.




Hari sabtu kami dah sibuk dengan hari keluarga. So seawal 8.00 pagi kami dah sampai ke HQ bersama-sama dengan anggota kerja yang lain. Memang meriah tapi lebih meriah bila aku terpaksa mengejar Ilman keliling padang ya Hunny kerja hari Sabtu so kira rugilah sebab tak leh nak join sama-samakan plus aku lah yang keletihan sebab kalau cik abang ada aku leh rileks banyak. Anak bujang yang tak gheti2 nak jalan asyik berlari berlari berlari menyelit dalam orang ramai kejap2 hilang kejap timbul kejap cross padang bola yang orang tenagh sibuk bermain. Nasib baik le aunty mona ada tolong sama-sama jagakan Ilman. Tapi memang aku keletihan


Hari keluarga sungguh meriah aku AJK induk tapi tak bertugas untuk menjaga khemah. So kesempatan tu aku ambik untuk main games tapi tak dapat main banyak. Mak ngan ayah memang pulun main games yang ada so banyak juga kupon yang kami dapat 20 kupon semuanya. Part yang paling tak best ialah masa nak menukar kupon kepada hadiah. Almost setengah jam aku beratur untuk tukar 20 kupon. Hadiah2 yang sempat kami bawa pulang beberapa peket meehoon, bebrapa kotak air kotak, air gas, biskut oreo 5, jem 3, kacang panggang dalam tin 3 semuanya sekali 20 barang. Bolehlah suka-sukakan.

Dari hari keluarga terus ke Pantai Dalam umah moklong berkumpul di sana. Tengahari nak ke wedding umah Pok long Lani saudara ayah. Nasi dah tak larat nak makan sebab dah kenyang tapi cendolnya memang tempting tak cukup semangkuk memulun makan cendol sekali lagi habis diet aku. Balik wedding kami masih melepak di umah moklong. Masing-masing keletihan sampai tertidur. Akhirnya malam baru kami bertolak balik Kajang.

Pagi ahad kononnya nak bawa anak-anak pergi swimming. Lepas bangun solat subuh mata bagai ditarik-tarik. Terus tarik selimut sambung tido. Pukul 9.00 baru bangun buat breakfast. Pagi mak ngan ayah nak ke umah pak long di Keramat. Hunny pagi-pagi dah keluar main heli. So aku eksport anak-anak pada mak sebab aku ada bacaan yaasin pukul 11.00. Bacaan Yaasin di umah kak wan geng ngaji diketuai oleh Ustazah. Habis yaasin kami dijamu makan tengahari lauk pauk memang sedap. Habis diet aku lagi heehh lebih-lebih lagi memulun bubur pulut hitam durian.Wah kecur air liur bila diingat-ingatkan lagi lagi bila time2 puasa ni kan. Habis majlis tolong kak wan packing-packing apa yang patut aku melepak lama sikit sebab tak de orang kat umah. Begitulah kisahnya weekend yang panjang. Mana nak sempat berehatkan ada aje aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

****Petikan dari email***

BULAN REJAB KEMBALI LAGI
Assalamualaikuuummm ..
Pada 16 Julai 2007 (Isnin) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

  • barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari allah swt
  • dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 rejab 1428/isra mi'raj (sabtu, 11 ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
  • barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan rejab akan mendapat kemuliaan di sisi allah swt
  • barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 rejab (16,17,18 julai 2007) maka allah swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
  • barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan allah swt..insyaallah
  • barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
  • barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka allah swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka allah swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda baginda lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda baginda "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

2 comments:

Mak Su said...

aduh..... tak leh bayang kelam-kelibut yang dialami ya?

Kopi Suam said...

ya betul termengah2 jugak dibuatnya. Yang kat umah lain yang kat padang lain :)