Monday, July 09, 2007

Kisah Ajam

Salam, hola selamat petang selamat siang selamat hari Isnin. Ni kira cam tarik nafas untuk berehat seketika ooo demi blogku yang menjerit-jerit minta untuk di update plus demi batinku yang terasa ingin menghamburkan segala tok nenek yang terbuku di hati dan bersarang di minda. Last Friday we went back to Muo. 2 bulan tak balik sana. MIL ingat aku merajuk agaknya sebab ditunggu-tunggu menantu yang satu ni tak kunjung tiba selalunya sebulan sekali terjengol aje muka kami anak beranak. Senonya minggu lepas aku balik melaka sebab cousin aku kawin oleh kerana cik abang tak cuti (alasan senonya dia yang takmo amik cuti….cehh tak aci sungguh) hari sabtu tu maka tak pe lah aku balik melaka aje 3 beranak. (biasalah tu kan) plus wedding tu buat belah malam jadi kalau nak balik muo pun memang tak dan. Berbalik kisah di Muo. Adik iparku yang pernah kisahnya aku ceritakan beberapa kali di blog ni sedang meroyan sakit adik ipar yang paling hensem yang tolong business kain dah berhenti kerja kerana sakit. Iskhh tak tahulah nak kata camner. hunny memang dua tiga kali hilang sabar nak naik tangan sib baik le aku jadi orang tengah menenangkan keadaan kalau dia tak sakit dai tak kan buat camtu kan. Iskhh terror gak laki mak tu walaupun pun kurus takut adik dia nak kena blasah dengan abang. Hunny kata BIL tu saja2 buat camtu sebab MIL tak ikutkan apa yang dia nak.

First day kat muo aku cam takut2 juga. Penyakit BIL sungguh pelik. Dia pakai baju kerja dia (overall ala-ala makenik) dengan pakai spek hitam (lagi bertambah hensem heeh heehh suka aku dok perati gelagat dia) sambil mulut tak henti-henti membebel pastu jalan sana jalan sini keliling umah. Time angin dia baik oklah…time angin tak betul tiba mulalah dia meroyan mengamuk tak tentu pasal tendang sana tendang sini pecahkan benda yang tak patut sampai genting penutup perigi pun dia sepak sampai hancur berkecai.. Sesekali dengar dia menceceh tu nak tergelak jugak tengok perangai dia yang pelik tu tapi bila lama2 tu kesian pun ada. Tak tahu lah tekanan perasaan ke stress ke plus kena buatan orang pasal makanan yang dia termakan, Tu lah payah orang hensem ni sebab ramai yang suka dan menaruh hati.

MIL kata before this dah berubat dah ok sikit dah nak tolong mak gi kebun tolong ambik kelapa tapi petang khamis dia minta izin mak nak ke melaka umah sewa lama untuk kutip barang2 dia mcm tv, tilam dvd player tu. So MIL izinkan sebab since dia dah ok weekend tu ingat nak le hantar dia umah my SIL kat Pasir Gudang kerja kat sana. Balik2 aje dari melaka petang khamis tu dia dah buat hal semula. Maka berlarutanlah drama semasa aku kat sana. Aku ni cam kecut2 perut gak sebab BIL ni mcm dendam ngan hunny jadi dia ugut2 nak hempas anak kami lah nak baling aku dengan batu la nak campak dalam perigi la. Tapi biasalah mak tak takut sangat pun selagi hunny ada cuma cuak aje sesikit specially bila tiba bab keselamatan anak-anak iskhh jangan nak memain orang camni kalau dia cakap takut dia buat betul2. Anak-anak aku ni pulak bukan dia tahu takut dengan cik dia tu dok jugak nak memain ngan cik tapi setakat masa kat sana dia melayan bebudak ni ok aje Cuma ada sekali tu angin tak betul tu tiba dia nak sepak deena…aku apa lagi melompat nak terkam dia berani dia nak buat camtu.

Jumaat petang selepas puas memujuk dan ugut2 MIL nak minta kunci kete finally MIL mengalah juga bagi kunci kereta dia..kalau tak dia asyik mengamuk sana sini tak tentu pasal. Iskhh geram jugak bila dengar dia dok ugut MIL tu. Last2 dapat kunci terus dia memecut ke melaka sikit2 nak ke melaka. Sampailah malam dia tak balik umah. Patutnya malam tu nak kena berubat. Last2 abah, hunny and adun turut dia kat melaka. Lebih kurang 1.00 pagi dia sampai umah bawak balik awek dia pulak Iskhhh sabor ajelah. Masa tu MIL kat luar umah tgh lecture awek tu aku plak tinggal 3 beranak dalam bilik mahu tak kecut sebab pakcik tu ada kat tgh rumah. Time tu hunny abah ngan adun lum sampai lagi Pastu dia panggil2 nama aku katanya mak panggil tapi panggil berhemah lemah lembut tu kira angina dia ok lah tu. Pisat2 aku kuo bilik weiii waktu ni takut nak tinggalkan anak2 dalam bilik tengah tido mana tahu kan kot angin dia datang. MIL suruh matikan enjin kereta dan cabut kunci. Pastu lekas2 aku masuk bilik dan kunci tapi still risau gak.

Gitulah kisahnya bila dikenang-kenangkan cuti kali ni memang tak terteram dibuatnya sampai aku 30-40 kali ajak hunny balik awal. Kemuncak cerita hari Sabtu seharian dia meroyan kat umah pecahkan cermin tingkap sebab abah pegang kunci kereta dengan handphone dia so dia tak boleh kemana-mana. Dia takut ngan abah sebab abah walaupun dah berumur but tenaga masih kuat. Plus abah memang garang pun walaupun pendiam. Pagi sabtu dia mengamuk kuat hunny ambik motor kami 4 beranak cabut pi pekan kundang. Tak berani dok umah sebab dia dah start pecahkan itu ini. Malam tu dia di rumah so dapatlah berubat ahad tu nampak cool sikit but coleteh pot pet pot pet masih ada.

Kesian betul kalau normal BIL ni tak mcm ni. Orangnya baik permah dan hormatlah kat kakak-kaka ipar. Selalu kalau aku balik kampong memang dia buat hal sendiri cakap dengan kita pun elok aje. Ni memang totally bukan diri dia pun tu yang bila hunny nak kasar2 dengan dia aku pun marahlah sebab tak kan lah dia saja-saja nak buat mcm tu. Sepanjang aku kat kampong ada sorang best fren BIL yang dulu kerja sekali dok ulang alik umah MIL. mamat ni lah yang dok pujuk BIL supaya control diri dia. Ikut kata mamat tu BIL frust sebab MIL tak setuju dia nak kawin ngan awek sabah yang dia baru dua bulan kenal bukan muslim lak tu plus ada case yang MIL memang tentang habis-habisan. Tulah orang muda ni kan suka sgt ikut perasaan. Jadi benda ni dah mcm berkait-kait. Yang janda dok gilakan BIL tu once dia dapat tahu BIL nak ke Pasir Gudang terus bagi notice berhenti kerja sebab nak kerja kat Johor. Iskhh pelik betul manusia ni.

Banyaknyer story nak citer

3 comments:

NBK466 said...

Ish kesiannya BIL KS jadi begitu.. pernah putus cinta ker? Moga2 dapat sembuh tak kisah ler berubat morden atau traditional..

lempoyak said...

hai sis,
aku pun simpati gak ngan kes BIL u ni. kesian dia, harap2 dia cpt sembuh sepenuhnya...

Kopi Suam said...

NBK,
Kisah ni bukan sebab putus cinta tapi sebab hubungan dia dengan awek sabah dia tu tak direstui oleh ibu mentuaku sebab minah tu bukan islam plus minah ni ada kisah silam yang buat MIL menentang habis-habisan.

lempoyak,
jika tuan hamba merasa simpati hamba merasa amat sedih dan kesian specially kat mak ngan abah mentua hamba..iskhhh tak tahu lah nak kata. Ni tengah beriktiar harap dapatlah mamat ni ditenangkan khati dan minda dia.