Monday, July 02, 2007

Update on business

Business proposal aku terhenti sekerat jalan. As for now aku ada dua business proposal yang aku tengah buat sekerat jalan sebab belum dapat masa yang sesuai untuk concentrate unless hari2 aku sanggup tido lewat mcm malam ni ngan malam semalam. Susah bila business dan kerja serentak kena sacrifice my own sweet time. Kalau tak bila lagi nak buat siang dah kerja malam ni ajelah yang aku ada. Jadi bersengkang mata sampai 2-3 pagi. Patut kata ustazah malam lebihkan ibadat ni malam sibuk dengan benda2 lain. Ustazah saya ingat pesan ustazah. InsyaALAH saya gagahkan juga diri ini.But sebagai manusia yang lemah tak tahan godaan tak kuat iman dan jahil selalu semangat memang tinggi last2 lepas solat Isyak terus lepak keletihan dan tido.

Kalau ikut plan aku dengan sorang lagi business partner kitaorang nak start kiosk end of Julai bukan kiosk kain sebab business kain tu ialah PJS aku sendiri. Any of you ada adik saudara perempuan yang cun2 yang pandai bercakap dan boleh buat marketing yang masih menganggur. Preferable yang ada diploma. Kami tengah cari duorang untuk jaga kiosk. Gaji boleh nego.Kalau kiosk ni menjadi aku bagi tempoh dua tahun untuk stabil then kalau ok buat full time business aje lah.Tak larat sungguh lah nak kerja kat opis. Memang kerja makin hari tak pernah berkurang. At least business aku jadi boss aku juga leh jadi kuli.

On my PJS tu sesiapa yang berminat nak jual kain ela and tudung untuk tambah pendapatan please let me know memang nak cari seramai mungkin supplier. Tak perlu keluar modal komisyen dibayar berdasarkan berapa jumlah kain dan tudung yang dijual. Memang senang Cuma perlukan sedikit keramahan budi bahasa dan budi bicara. Kebaikannya penjual tak akan rugi apa-apa.

tak keluar modal
dapat komisyen yang memang memberangsangkan
Tiada kerugian pada penjual
Kain tak habis, rosak atau reject boleh dipulangkan atau ditukar
Boleh tambah pendapatan 400-500 sebulan *bergantung kepada berapa banyak jualan yang dibuat.
Market memang senang nak dapat specially kat opis2
Kain yang dibekalkan memang latest design and up to date- very good quality at a very reasonable price.(testemoni akan menyusul)

Tomorrow nak hantar 40 pasang kain pada chombie plus tudung sekodi. Ni nurul pun dah request mintak nak bawa kain ke opis. So far alhamdulillah customer yang dah ambik kain sekali dari aku diorang datang lagi for the second third dan selanjutnya. So don’t be surprised kat taman ni ada member yang sekali ambil kain sampai RM 500 ada 300 lebih and 100 plus tu biasalah borong habis-habisan. Kain yang baru ni namanya sutera bidadari memang like hot cake. At one night lepas yaasin umah shima S I managed to sell 20 pieces pada diorang semua. Balik kampong baru ni pun selamat dekat 20 helai. Material dia alamak kena mintak hang buat testemoni le makcik :). Ayu aku still hutang hang kan. Nanti aku pass. Since bulan ni aku dah ambik kain 6 kodi = 120 pieces jadi modal pun dah kering. Ambik kain kena bayar cash jadi modal memang agak besar kalau nak kain yang banyak. Customer nak pilih pun puas hati. Apa-apa pun doakan lah PJS aku menjadi kenyataan amin. Tips of the day berniaga jangan ingat nak untung sakan. Kena betulkan niat business tu nak tolong orang at the same time nak baiki taraf ekonomi keluarga. Business kalau nak untung gila-gila sampai 2-00 - 300% ke atas tu nanti jangka hayat business tu jadi pendek. Jadi fikir-fikirkan lah.

New business proposal yang in progress bukan barulah lama dah plan benda ni cuma masih dok melingau2 cari pembekal yang boleh bagi harga yang cun2. Basically dah jumpa now tengah cari supplier plak untuk distribute barang kepada pengguna. Nanti aku cerita lanjut pasal this new business. Memang menarik. Sekali lagi objectivenya memeberi peluang pada golongan pendapatan sederhana untuk sama2 menikmati barangan berkualiti pada harga berpatutan.

3 comments:

mamasherry said...

isy.. rajin betullah zira buat bisnes.. teringin gak nak mencebur tapi tak tercebur-cebur..

mydailymumbling said...

Hi Zira, I nak jual kain ngan u boleh?
I kat penang?
Boleh tgk gambar kain dan price range?
Syamsyidar@gmail.com
0166521528

Kopi Suam said...

mama,
jomlah business seronok sambil meningkatkan ekonomi keluarga.

Syidar,
nanti saya sms awak ok :)