.jpg)
Antara peserta cilik yang mengambil bahagian - kategori playschool
Rasa macam tak de mood aje aku nak menulis hari ni. Mungkin email hunny pagi tadi sedikit sebanyak menyekat kegembiraan yang aku angan-angan. Tak pe lah tak semestinya segala yang kita rancang akan menjadi so untuk menjadikan keadaan tidak tegang aku ikut ajelah apa kata boss melawan berdosa tau. Pagi ahad tu 7.30 pagi dengan begitu terujanya kami ke padang Uniten untuk hari sukan deena. Ingatkan kitaorang lambat tapi ramai lagi parent yang anak2 tak sampai. Last2 almost 9.00 barulah acara bermula. Deena masuk acara tarian kemerdekaan. Pastu acara sukan rebut kerusi. Overall tak menarik sangat specially hadiah2 yang diberikan kepada kanak2. Kesian kat bebudak ni. Next year aku nak bagi cadangan agar semua kanak2 samada masuk acara ataupun tidak sekurang2nya diberi goodies. Baru le seronok dan riang hati anak-anak ni. Kami balik awal dari sukan deena.
By 10.30 abang jali call kata diorang straight ke rumah Saiful di gombak. Then kami bersiap untuk berjumpa diorang semua di dewan. Apa-apapun walaupun penat dan letih tapi kami seronok dengan kunjungan MIL weekend baru ni. Seronok dapat pergi wedding di Kepong. Maka dapatlah berkenal-kenalan dengan sepupu2 hunny yang aku memang tak pernah kenal. So adalah sessi2 berpeluk2 antara MIL dengan anak2 saudaranya antara abah dengan anak2 saudaranya. Kami anak-anak memerhati sahaja sambil bersalam-salaman. Mereka semua sudah level2 mak aku dan kira pangkat2 kakak-kakak pada aku. Kecuali yang bongsu itu aje laa. Kira lamalah kami melepak di dewan tu. Majlis diadakan di dewan sukan kepong. First time aku sana tapi mak tak sesat sebab dulu selalu gak ulang alik meeting kat opis di kepong tu.
Acara rebut kerusi -deena tak menang pun selalu latihan dia yang menang :) gabra mama tengok kot
Almost 3.00 kami balik kajang. Singgah Restoran Yus order satay kajang 80 cucuk dengan roti canai 10 keping sebab itu aje yang paling senang dan cepat dan ringkas pun. Heehh aku dari pagi keluar mana sempat masak. Lamalah jugak MIL melepak makan-makan rehat2 semua then 5.30 berangkat balik muo. Lepas aje diorang berangkat aku memang lepak gila. Sempatlah melelapkan mata sejam lagi2 petang tu hujan pulak. Lagilah syok.
Back to email hunny. Katanya boss tak approve cuti sampai 3 hari jadi Friday suka tak suka kena masuk opis juga sebab diorang tengah deal satu project baru. Sedihnya mak sebab plan tak menjadi pastu hunny kata weekend tu pun tak payah turun Kluang untuk wedding kat umah kak zie sebab dia ajak bermalam umah kak zie masa gi johor ni sekali harung alaaa tak bestnyer yang..puas den memujuk pueh den membaco doa jampi serapah tak jalan jugak..tak tahu le nanti khamis tu kat umah kak zie kalau kak zie berjaya pujuk dia. Mak tak kisah aje 2-3 kali turun johor heehhh den kan suko berjalan. Iskhh ni lah yang payah dengan cik abang den ni hah selalu ada conflict of interest. Lagi2 bila tiba bab2 berjalan bab2 cuti2 malaysia ni. Yang harap2 awak berubah fikiran. Mana nak sama hari bukan wedding dengan hari wedding nak lah tengok kak long jadi pengantin sekali aje pun kan.
Menunggu nenek yang masih sesat tak tiba
Esok mak separuh hari sebab traveling day ke Pasir Gudang. Tapi paling awal leh bertolak pun pukul 6.00 lepas cik abang tu balik kerja. So aku kenalah rehat jugak sebab kalau travel jauh2 ni selalu kami gilir2 drive lagi-lagi malam. Kalau cik abang yang drive mak memang tak boleh tido langsung walau mengantuk mcm mana sekali pun sebab cik bang ni sense of direction dia memang le lemah betul. Selalu aje nak tersesat kalau dia drive. Anak-anak dah so excited sangat ingat nak duduk hotel. Heeh tapi kali ni tak duduk hotel le. Banglo pun tak dan nak pergi sebab rancangan telah bertukar. Iskhh buang Karen aje mak palan sana sini bagai :)
Till then
p/s: Tahniah pada Tipah kerana telah selamat melahirkan baby girl pukul 3.00 tadi..huarghhh pot jeles kat ko. Tahniah dan alhamdulillah.
4 comments:
Salam KS ...
moga minggu ni ceria ceria sokmo ...
sokong utk goodies
bebudak ni seronok bila dapat hadiah hehe
Eh..kakak dgn 'penyokong kuat' eh tu ada 'apa2' ker..he.he..he..
Post a Comment