Friday, August 10, 2007

Eh! dah bersawang rupanya :)



Baru aku perasan dah bersawang rupanya blog aku ni busy betul minggu ni sampai tak sedar dah hari Jumaat rupanya. Ini pun aku masuk opis kejap sebab nak discuss sikit pasal hal roadshow asyik bertukar jadual aje lah kerjanya. Btw kepada yang belum menjenguk sudi-sudikan lah jenguk kedai cyber aku di sini. Banyak kain terbaru yang telah dimasukkan. Panggilan telefon pagi tadi cukup untuk membuat aku sujud syukur seketika. Amin.


Masterbedroom

Back to cerita2 basi. Kalau korang nak tahu bertapa cikainya aku ni sebab tak pernah sampai kondo Tn* yang orang dok heboh bercerita sana-sini. Biasalah aku antara kondo dan banglo aku lebih suka duduk banglo kompeni sebab selalunya kalau kami menyerbu memang habis kaum kerabat aku semua aku hangkut sekali.


Petang selasa kami tiga beranak balik melaka. Tinggal addy sendirian dirumah. Rabu pagi seawal jam 7.00 aku bertolak dari umah mak sambil melaram kete ayah ke PD Kondo menghadiri ERP customer day maka seharianlah disana. Masa nak solat sempatlah aku meyibuk di bilik geng2 aku yang dok jadi urusetia yang bermalam di sana. Wah impressive le tengok bilik untuk manager tu. Kondo beso macam ni bukan setakat 3 family sebab ada 3 bilik 5 family pun boleh muat. Tapi masa aku di sana swimming pool tengah dibaik pulih. Lenkali leh datanglah kalau camni. Kata aku dalam hati…heeh heehh.


Petang rabu tu from PD sampai umah mak dalam 5.30 petang ding dong ding dong petik rambutan semua. Konon nak bertolak balik kajang kul 6.00 last2 lepas maghrib baru jalan. Cehhh kalau balik kampong memang le cenggiteww…nasib baik le kesian kat cik abang kalau tak mahu ambik cuti tapi tak leh pun sebab esoknya tu ada kursus…maka mengangkut berplastik2 rambutan. Humang aii siapa nak makan ni sedekah kat kelas satu plastic sedekah kat opis satu plastic kat umah ada lagi dua plastic. Hmm memang tak habis kalau melantak. Rambutan gading kat kebun aku tu sampai dah bertukar warna dari kuning kepada merah sebab tak berpetik. Tahun ni rambutan menjadi banyak sangat sampai masak dan kering kat pokok.


Memang keletihan banget minggu ni. Tak habis letih lagi ni kursus dua hari walaupun duduk aje dalam seminar room tu pastu makan sedap plak tu..iskhh habislah dietku camni asyik makan sedap aje kerjanya. Semalam dapat sms dari ajam. Katanya mak nak datang KL weekend ni sebab ada wedding di Kepong. Ingat baru nak bermalas-malas minggu ni tapi tak leh gak. Ahad pagi deena ada sukan di Uniten. Kat situ pun sure dah penat. Hmm ingat nak juga ikut mak ke wedding tu tapi tak tahu sukan cik akak tu habis sampai pukul berapa. Wedding kat umah cousin hunny. Kira anak saudara abah lah ni wat kerja kawin.. Hmm napak gayanya kena memerah kudrat lagi sebab lepas balik dari PD tu umah aku memanglah macam tongkang pecah. Bersedialah untuk keletihan mengemas umah dan mengemop dan bagai lagi. Mana leh MIL nak datang umahku bersepah tak leh tak leh..penat mcm mana sekali pun pasti aku akan buat jugak.


Dalam kepala aku sebenarnya dah plan best jugak kalau lepas habis session at pasir gudang aku ambik cuti dan berehat aje kat JB dua hari tu. Iyelah memang exhausted gillers sebenarnya. But tak pasti lah lah cik abang leh cuti ke tak. Kalau cuti dia ok boleh lah aku bermalas dan berehat aje kat JB sementara nak straight ke Kluang umah kak zie weekend tu.Wahh bestnya kalau leh berendam dalam pool saat-saat ini..

Till then

2 comments:

zino said...

yg bes masa seminar ni makan makan makan hehe

Mak Su said...

wah.. best kalu mandi kolam siap jakuzi