Wednesday, August 01, 2007

Lawatan ke HUKM

Pagi yang tidak memberansangkan, pagi yang tidak menenangkan dan pagi yang tidak produktif. Semalam aku ke klinik lagi hmm kali ketiga aku ke klinik dalam masa 4 hari.Kali ni aku diberi antibiotic yang lebih kuat bersama 2 lagi ubat lain beserta surat biru yeahh itu yang aku tunggu pun surat biru itu. Suara aku tak tahu bila nak baik. Tekak aku dah ok tak perit tapi batuk aku makin menjadi-jadi pulak. Perubahan cuaca yang membuatkan aku rasa tak selesa. Tapi syukur anak-anak berada dalam kondisi yang ok tidak seperti mamanya. Hunny juga ok kan yang kan..muahh I love you.

Maka semalam aku dirumah kelam kabut juga sementara menanti abah, abang jali dan ajam tiba dari kampung. Mana mungkin aku boleh duduk diam walaupun dalam hati kuat aje tarikan untuk aku nak berbaring dan bersenang-senang kerana bila batuk2 tu kepala memang berdenyut2 rasa nak pecah. Aku kan minah ligat walalupun tak sihat tapi cergas aje pergerakan dan kerja. Dah biasa mcm tu kecualilah kalau aku kena demam yang teruk sampai tak boleh bangun atau kecualilah aku kena athma attack yang sampai nyawa-nyawa ikan tu. Kalau macam tu memang aku surrender abis.

Bila abah sampai aku jemput mereka masuk hidangkan air sambil aku sibuk siap2kan untuk makan tengahari. Wah dah ada perubahan, dalam hati aku syukur alamdulillah biar le mamat ni baik terus kesian kat mak dan abah tu. Rambut dah potong pendek dan kemas semakin hensem dan jalan pun dah agak cergas berbanding beberapa hari sebelum ni but still masih seperti robot part ni memang kesian kat ajam sebab bila dia jalan mcm tu orang memandang dia dengan pandangan yang pelik. Lepas makan berehat2 sekejap dan abah suruh siap-siap. Aku pun tanya abah boleh ikut ke sebab teringin nak tengok macam mana prosedur plus tak pernah sampai HUKM tu walhal geng2 aku kat sek sains ramai berkampung di sana. So 1.15 kami bertolak ke HUKM sebab appointment pukul 2.00 petang. Lepas register dan bayarkan semua aku ke tempat abah dan ajam menunggu sementara nama ajam dipanggil untuk berjumpa doktor. Sementara tu aku dok lah pot pet pot pet dengan ajam memang he is 99.5% ok kecuali pergerakan ajelah still not 100% ok.

Kebetulan depan kami ada seorang cina pompuan yang very educated. I was made known that she was a lecturer from UM dan menulis banyak buku. Dia duduk sebelah abah dia tanya.Pakcik pakcik tahu berbahasa Arab. Aku dengar aje perbualan dia dengan abah. She speaks English very well plus aku tengok husband dia mat salleh. Kesian juga kat cina tu..dia asyik bercakap aje.Lepas satu soalan satu soalan. Aku ngan ajam dok pasang telinga. Dia tanya kat kitaorang bulan islam bulan ni bulan apa..macam-macam lagi. Pastu dia tanya colour combinatation untuk jadikan warna hitam. Dia tanya aku kerja kat mana then dia kata kat company aku ada tak boss yang creative. So aku kata adalah my dato CEO is a very creative person pastu dia kata boleh tak bagi no telefon dato sebab dia nak contact. Heehh heehh nak gelak pun ada.

Almost 45 minit menunggu baru nama ajam dipanggil. Jumpa doctor about 20 minit aku tanya apa doctor tanya. Ajam kata chemical kat brain still imbalance so still dia kena ambik ubat lagi. Dia dah 100% ok tapi still kena buat check up next month kat hospital muo. Doktor bagi injection untuk lembut kan sendi2. Dia jadi macam tu sebab overdose injection by hospital muo tempohari. Mana taknya masa kat muo kan dia asyik mengamuk aje kerjanya tendang pintu tendang katil pecahkan itu ini sampai kena kurung dalam bilik sebab mengamuk. After injection tunggu lagi 30 minit dalam masa tu nampaklah dia jalan dah bertambah laju dah macam orang normal jalan. Tangan sebelah kiri dah soft sebab dia kata doc bagi injection sebelah bahu kiri tu yang kiri bagi reaction lebih cepat. Aku ambilkan ubat kat farmasi dan bayarkan all related bill. Pastu kena turun farmasi utama ambik ubat kat bawah pulak. Hehhh tapi abah kena bayar ubat kat bawah sebab dok tengok duit dalam wallet tak cukup ni. Ubatnya bukan murah pulak satu ubat aje dah RM100. Tu yang aku kata kat ajam make sure this is your last time here. Abah pun kata kalau lepas ni ajam buat hal lagi abah dah tak nak layan. Dia senyum aje. Memang anak abah betul. That is him kalau dia ok anak yang baik manja dan mendengar kata.

All and all kami bertolak dari hukm dah 4.00 petang. Singgah ambik deena kat tadika. Cikgu2 deena dok menjenguk2 tengok sebab cik ajam pun sibuk keluar sekali…heehh heeh. So balik umah kajang dulu aku buatkan air goreng keropok potong buah untuk minum petang. Ajam sampai2 aje umah katanya nak jumpa kengkawan dia dulu. Kengkawan kat pondok guard tu lah tempat dia melepak masa dok umah aku dulu. Lepas solat asar dekat 5.30 barulah bertolak balik kampong.

Aku ni cam busy body aje kan. Sebenarnya bukan busy body Cuma kesian kat abah yang dah berumur tu. At least kalau dapat tolong dapatlah ringankan beban abah tu. Plus pengalaman perkara2 seperti ini bukan dapat dibeli dimana-mana. Benda seperti ini jarang berlaku ni kira macam peluang jugalah. At least in future mana tahu perkara yang sama berulang so we know what to do. Plus masa menunggu tu aku kesian sebab ada juga kanak2 yang ada penyakit psikologi yang agak kronik. Ada sorang anak cina ni aku rasa baru 8 tahun bercakap aje tak henti2. nampak mcm normal tapi mungkin jiwa dia tertekan. Ada tu masa tengah menunggu dia pakat menangis sekuat2nya. Memang bingit pun aku jadi stress dnegar budak tu nangis sebab aku kan tak sihat jugak. Aku tanya ajam dia rasa apa. Dia kata dia ok tapi kalau dulu masa dia tak ok mungkin dia dah bangun lempang budak tu. Aku gulp..telan ayaq liuq bila dngar dia confess mcm tu sebab teringat masa dia nak sepak deena kat kampong dulu. Apa-apa pun syukur alhamdulillah dia dah sihat.

Till then

1 comment:

NBK466 said...

Emmm..syukur ler Ajam dah beransur pulih... Harap2 tak beluang balik sakitnya tu.. Org2 tua yg lebih susah hati..