Monday, July 30, 2007

Tak sihat



Aku tak sihat, sejak khamis tu aku memang dah tak sihat. Hari Khamis aku dapat MC dari Az-Zahrah walaupun abah dan ajam ada dirumah, walaupun aku MC tapi aku keluar juga.Dalam keadaan pening-pening lalat aku gagah memandu ke KL. Tujuan aku satu aje ke Masjid Wilayah. Aku dah janji dengan mejar salleh untuk berjumpa beliau di sana. Mejar Salleh adalah anak murid Dato Harun Din. Dah lama aku janji nak jumpa beliau dua minggu sebelum ni, janji untuk bawakan air zam zam untuk tawarkan ajam. Tapi kesibukan kerja membuatkan aku tak sempat untuk menyelinap walau seketika.Alhamdulillah Khamis tu dapat juga aku jumpa beliau dalam Masjid wilayah. Di situ juga beliau tawarkan air zam zam untuk ajam.


Harini aku masih tak sihat juga. Suara aku ibarat itik serati. Harini aku pergi interview dalam keadaan separa sihat dengan suara kejap tenggelam kejap timbul tapi alhamdulillah aku rasa aku dah buat yang terbaik dalam interview tadi. Interview hmm aku dah tak sempat nak gelabah walaupun sedikit berdebar. Semoga adalah rezeki untuk aku disitu. Ramai yang mendoakan selain mak, ayah abah dan mak serta ustazah. Thanks pada yang mendoakan untuk interview aku. Selebihnya aku berserah kepada ALLAH kalau ada rezeki adalah kalau tak jangan berputus asa cuba lagi dimasa akan datang.


Aku nak kongsi pengalaman masa ajam kat umah. Khamis tu sebelum aku ke KL sempatlah aku duduk rumah sekejap. Kesempatan tu aku ambil untuk bersembang dengan ajam. So aku panggil dia duduk di meja makan. Aku mengibaratkan dia seperti ajam yang biasa dulu yang senang aje nak bersembang. Sambil tu aku tanya mana buku catatan dia.Buku yang dibawa kehulu ke hilir. Buku yang diguna untuk meluahkan isi hati Aku pun selak buku catatan yang dia tulis satu persatu dan aku minta dia explain. So dia ceritalah katanya setiap yang dia tulis didalam itu berkait antara satu sama lain. Cth SHAH ALAM. Aku tanya kenapa tulis shah alam. Katanya sebab ada perkataan ALAM. Apa kaitan ALAM tanya aku lagi. Dia kata ALAM dekat Melaka. Hati dia ada kat Melaka. Sangat puitis dan simbolik orang-orang seperti ini.Banyak sangat tulisan dia sampai bila aku baca aku senyum sendirian.

Sepanjang dia dirumah aku memang tak duduk diam.Abah kata kejap-kejap keluar. Pot kegemaran dia ialah di rumah guard taman sambil bersembang-sembang dengan guard di situ. Masa kat kelas malam jumaat geng2 kelas semua tertanya-tanya. Diorang ingat ajam tu hunny. sebab muka mereka memang seiras pun tapi tak mungkin hunny sebab dia nak bercakap dengan orang pun payah sedangkan ajam ni memang peramah orangnya. Hmm kalau cik abang aku peramah camtu tak tahu le nak kata kanJ. Sekarang abah dan ajam dikampung InsyaALLAh kalau tak de aral esok mereka datang lagi untuk check up di HUKM. Aku call MIL katanya ajam dah ok mak suruh dia pergi kedai beli ridsect. Aku harap dia ok lah sampai bila-bila. Kesian kalau dia camni perjalanan hidup masih panjang. Aku ingat nak ikut diorang gi check up esok. Kalau abang jali singgah umah aku so aku ambik half day petang so bolehlah tahu apa kata doctor.

Begitulah kisahnya orang yang tengah depress atau tension they need someone to talk to. Kalau nak harap hunny yang sembang dengan adik dia memang lah tak de jawabnya. Bila dia dah ok mcm tu sikit aku biar aje deena ngan ilman main2 ngan cik dia tu at least dia boleh le jugak bercakap-cakap dengan bebudak tu Cewaahh cam leh jadi pakar kaunseling plak aku ni. Masa malam dia nak balik tu aku rasa dia memang almost 90% dah tu to diri dia yang sebenar Cuma ada 10% tu kesan ubat yang dia ambil.

Apa-apa pun kalau kita ada masalah janganlah pendam2 dalam hati ok. Find someone yang kita boleh percayai dan luahkan lah segala yang terbuku di benak fikiran kita.Nanti kalau makin disimpan disimpan disimpan tu yang sampai otak kita pun tak boleh nak menilai mana yang baik mana yang buruk.

Till then

4 comments:

Mak Su said...

mak su kalau demam ubat cara tradisional mak su guna daun bunga raya, ramas2kan dalam air kasik keluar lendir2nya tu dan usapkan airnya tu ke kepala, badan, tengkuk, muka. minum plaks cari air kelapa muda jgn taruh gula or ais

WRA said...

salam Zira...lama tol tak jenguk sini....tak sihat yer? dah makan ubat lom? jaga diri baik2 tu...

kesian plak baca cerita ajam tu...tapi takut pun ada...

Anonymous said...

zirap..apa gambo opis aku masuk blog nko nih? hahahahahahaha glamer jap blok buruk tu!

visit le akak kat http://therisenfall.blogspot.com/

ku doakan bil hang cepat baik...cian dia

Kopi Suam said...

mak su thank with the petua. Ingat juga dulu2 kalau makwe KS demam atau pitam dia ambik daun bunga raya campur beras campur bawang dan ramas2kan pada dahidan seluruh badan.

Kak We,
Sihat dah alhamdulillah.Hmm memang kesian kak we..harap-harap dia ok lah...

Mate,
Saja show off heeh heeh.. Cantik lor permandangan ofis hang from masjid wilayah tu. Mak snap pakai HP aje tu...