.jpg)
Aksi KUNYIT melawan LENGKUAS
Lega alhamdulillah kerana Technical Day sudah berakhir. Lega kerana sok sek sok sek pasal t-shirt sudah berakhir kan mak ketua AJK t-shirt hmm tahan telinga aje dengar orang komen pasal t-shirt. Lega kerana pasukan rumah kami HALIA menjadi juara keseluruhan. Lega kerana team street soccer kami menjadi johan dengan jaringan bergaya dari aku yeahh but final kami menang penalty 2-1 anyway tahniah pada Kak Zab dapat best player memang hangat team kami. Tapi tak lega sebab aku jalan terhencot2 penangan bermain street soccer tak hengat dunia boleh giteww. Maka kembali semula ke zaman sakit lutut bila mana kalau nak solat tu muka pasti berkerut2 lagi2 bila tiba part duduk antara dua sujud dengan tahiyat awal. Boleh korang bayangkan tatkala lutut yang tegang dilipatkan ho ho ho sakit banget. Tak lega sebab muka aku gelap ibarat jula juli bintang 7 sendiri tengok cermin sendiri mahu gelak. Lama dah tak bermuka gelap2 macam ni rasa cam pelik pulak :)
Buku2 Grolier yang aku order dah sampai. Tapi hanya buku2 tertentu sahaja yang aku baru buka dari kotak. Memandangkan aku ada seorang anak bujang yang sangat berilmu kerana namanya Ilman lagi cemerlang lagi terbilang kerana namanya Abqaary maka untuk menyelamatkan buku2 itu dari dikoyak diconteng maka aku perap aje dalam kotak dan biarkan di rak buku. Yang aku dah buka pun lepas bagi deena baca atau aku bacakan untuk deena aku masukkan semula dalam kotak dan terbalikkan kotak itu as if belum berbuka. Ooohh anak yang bujang itu bila kakaknya bermain logical games dia pun turut sama sibuk wah memang hebat betul. Bila kakaknya membaca buku dia pun sibuk sama merampas nak baca buku yang sama. Buku lain yang kita bagi dicampaknya.
Irdeena Maisarah & Muhammad Ilman Abqaary
Logico Picollo yang sgt berat untuk diangkat oleh kanak2 berusia 2 tahun lebih dia boleh angkat dan seret. Nasib baik hunny nampak dan berjaya menyelamatkan board dan kad2 dalam beg tu kalau tak sure bobot dah tabur kad-kad itu seluruh rumah. Kerana kalau nak tahu hobi anak bujangku yang kreatif ini adalah buat sepah supaya mama dia banyak bergerak sikit untuk menyapu dan mengemop lantai dan menjadi lebih kurus. Hobi ilman buat sepah cthnya susu yang elok tegak diatas meja atau dilantai saja2 ditepis supaya jatuh supaya air susu terpercik dan terbuang. Atau saja2 tunggang susu yang penuh depan muka pintu. Saja2 siat2 kertas apa juga jenis kertas. Saja-saja ambik losyen dalam bilik mama sapu2 depan tv sapu2 kat cermin sliding door (huarghhh sabar aje lah) saja-saja ambik bedak dan tabur2 kan atas karpet. Saja2 baling mainan dari tingkat atas. Bila kita kata adik man ni suka buat sepah nanti dia jawab “mana de” dengan muka seposen dia tu. “Adik tak wat sepah kan mama kan”. Iyelah adik tak wat sepah. Paling kronik bila dia dapat idea untuk main air adus memang boleh banjir bilik sembahyang kat tingkat atas tu dikerjakannya. Semuanya memang memerlukan kesabaran. Apa-apapun syukur alhamdulillah kerana mama ada anak yang aktif cerdik dan bijak yang telatahnya bisa buat mama tersenyum sendirian muahhh sayang bobot. Amin.
Till then.
Gaya2 seorang pemain kampung - HALIA melawan SERAI
cehh lama dah mak tinggalkan kerjaya ini
Ok back to soal kerja. Sepatutnya minggu ni jadual aku penuh. Circular review bersama user plus ada beberapa outstation yang aku kena pergi. Esok dan lusa aku kena ke PD. Tapi jadual PD esok road show untuk project GPM* ditunda ke minggu depan. Khamis ni sepatutnya aku ke Pasir Gudang road show jugak tapi tunda juga ke minggu depan. Maka minggu ni aku habiskan untuk settlekan hal2 cicular review dengan users sebab final circular nak kena submit by this Friday plus ERP Customer Day buat kat kondo Rabu ni di PD seharian le kat sana jawabnya.
Technical games dalam dewan-memasang fiber
Kalau ikut jadual baru yang aku terima esok dan lusa patutnya kami ke Kenyir dan Paka. Huarghh tapi nampak gayanya aku memang tengah tak larat ni. Kami baru habis technical day semua orang memang patah pinggang patah kaki keletihan mana larat nak drive sampai ke trengganu tu tapi kalau fikir2kan best gak kalau gi trengganu ni leh cover CCM kami yang dikansel haritu. So we decided untuk ke PD, PG and kalau larat mungkin ke Gelugor Penang. Minggu depan PD pergi balik hari. Pasir Gudang bermalam semalam nak suruh hunny mengekor sebab sure tak larat nak drive sengsorang. Alangkah bestnya kalau Pasir Gudang tu depa buat Jumaat sebab leh terus bercuti di Johor sampai Ahad sebab sabtu ahad tu anak saudara hunny kawin di Kota Tinggi. Plus minggu satu lagi ke Gelugor Penang. Kalau tak larat drive penang naik flight aje la jawabnya.
Web Dev games -kusyuk peserta HALIA menyiapkan laman wed
Buku2 Grolier yang aku order dah sampai. Tapi hanya buku2 tertentu sahaja yang aku baru buka dari kotak. Memandangkan aku ada seorang anak bujang yang sangat berilmu kerana namanya Ilman lagi cemerlang lagi terbilang kerana namanya Abqaary maka untuk menyelamatkan buku2 itu dari dikoyak diconteng maka aku perap aje dalam kotak dan biarkan di rak buku. Yang aku dah buka pun lepas bagi deena baca atau aku bacakan untuk deena aku masukkan semula dalam kotak dan terbalikkan kotak itu as if belum berbuka. Ooohh anak yang bujang itu bila kakaknya bermain logical games dia pun turut sama sibuk wah memang hebat betul. Bila kakaknya membaca buku dia pun sibuk sama merampas nak baca buku yang sama. Buku lain yang kita bagi dicampaknya.
Irdeena Maisarah & Muhammad Ilman Abqaary
Logico Picollo yang sgt berat untuk diangkat oleh kanak2 berusia 2 tahun lebih dia boleh angkat dan seret. Nasib baik hunny nampak dan berjaya menyelamatkan board dan kad2 dalam beg tu kalau tak sure bobot dah tabur kad-kad itu seluruh rumah. Kerana kalau nak tahu hobi anak bujangku yang kreatif ini adalah buat sepah supaya mama dia banyak bergerak sikit untuk menyapu dan mengemop lantai dan menjadi lebih kurus. Hobi ilman buat sepah cthnya susu yang elok tegak diatas meja atau dilantai saja2 ditepis supaya jatuh supaya air susu terpercik dan terbuang. Atau saja2 tunggang susu yang penuh depan muka pintu. Saja2 siat2 kertas apa juga jenis kertas. Saja-saja ambik losyen dalam bilik mama sapu2 depan tv sapu2 kat cermin sliding door (huarghhh sabar aje lah) saja-saja ambik bedak dan tabur2 kan atas karpet. Saja2 baling mainan dari tingkat atas. Bila kita kata adik man ni suka buat sepah nanti dia jawab “mana de” dengan muka seposen dia tu. “Adik tak wat sepah kan mama kan”. Iyelah adik tak wat sepah. Paling kronik bila dia dapat idea untuk main air adus memang boleh banjir bilik sembahyang kat tingkat atas tu dikerjakannya. Semuanya memang memerlukan kesabaran. Apa-apapun syukur alhamdulillah kerana mama ada anak yang aktif cerdik dan bijak yang telatahnya bisa buat mama tersenyum sendirian muahhh sayang bobot. Amin.
Till then.
7 comments:
alamak...dia layan street soccer! boleh lawan akak gitewww...hahahhahah
aku lepas beach soccer satu round rasa cam nak pitam!!!.
amboi.. tengok gaya dia tackle bola tu dah dahsat dah tu... ada harapan ke arena antarabangsa ni
aku ni nama je minat gila soccer, akan tetapi skill blom teruji, last aku main masa kat skolah. Next reunion kita buat girls only nak ? Layan futsal...
ikan,
akak dah lama tak layan street soccer jadi skill pun tunggang langgang. Tapi kalau nak test boleh gak...lepas gian bukan selalu dapat main futsal ni :)
Maksu,
gaya memang lah no 1..heeh hehh kalau KS masih bujang sure dah wakil company agaknya sekarang ni. Apa-apa pun family first. jadi semua aktiviti sukan KS kenalah kuburkan dan very limited tak mcm dolu2 wakil sana wakil sini. Cuma sesekali bila ada peluang memang tak akan dilepaskan :)
Zie,
good idea lah makcik leh le war2kan kat geng2 kita. Sure dd pun sukanyer. seronot jugak kan kaum ibu sesekali turun gelanggang. Nape tetiba aku teringat kau bermain futsal dengan tuala key di kepala hah :)
key kat kepala time sambut belon air kat desa waterpark la...hehe futsal tu menareks kan, perasan ala2 gol & gincu muahahha
ks, baru kv perasan anak dara mu nama irdeena maisarah. Kv baru berangan angan nak taruk nama tu kalo dpt baby girl (tp jantina masih tatau). Hik hik... nak kena tukar ni. Huhuhu
Den nie pengalaman bertahun jadi AJK T'PAKSA big comp event like Annual Dinner & Family Day dah biasa..kalau ada masalah sikit..komplaint dia buleh bernanah telinga..kalau event jalan cantik susah nak dpt pujian..hu..hu..hu..
Post a Comment