Thursday, September 27, 2007

Alhamdulillah

salam..aku dah kembali semula. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. masuk ke opis juga walaupun dalam keadaan yang tak selesa sebab belakang aku masih sakit. sekali sekala aku rasa tulang belikat aku macam beralih-alih pulak.Ni dok menaip bahu kiri memang sakit dan lenguh. Hmm kalau jumpa Doc Fahmi ni memang ada harapan dapat MC lagi seminggu.

Keseluruhan minor operation haritu ok. Aku hanya diberikan LA aje so memang sedar. Sakit sikit masa injection di 5 areas. Lepas tu masa doc toreh kat tempat tu aku tak rasa apa. Kira sejam jugalah operasi membelah dijalankan tak panjang sangat torehan dalam 3-4 inci lepas proses godek menggodek sesekali aku tergeliat bila pisau toreh berlaga dengan tulang. Doctor siap syok korek2 nak cari akar benda alah tu yang dah tersorok bawah tulang belikat finally specimen dimasukkan dalam bekas then nurse tunjuk kan aku. Hmm ia adalah segumpalan lemak yang berwarna kuning kemerah-merahan hmm memang betul hampir sebesar sebutir telur ayam. After operation aku tak rasa sakit sampailah 3 hari lepas operate terasa sesekali bisa dan lenguh tulang.

Kepada geng yang datang melawat thank you very much. To fifah and june yang terakhir melawat sampai tunggu aku check out sampai zizi call kata june lama sgt merawat aku ke hape hehh heehh..to my opismate yang prihatin thanks for the hamper and buah tangan to makcik wokz yang tak hengat dunia ingat spital tu umah aku ke...heehh heehh lama tul kita tak sembang2 gittewww seronot jugak kan sembang tak hengat dunia sampai malam lebih2 lagi makcik wokz semua masih bujang trang tang tang balik malam pun tak de siapa nak membebelkan. Siapa nak masuk line dipersilakan :). Siapakah makcik wokz itu (delinn, chombie, norm, pijah and nora)

Untuk menambahkan perisa pada ceritaku ini. Mak tiba from melaka rabu petang. Khamis I was admitted to PMC mak and anak2 tido umah moklong. Sabtu discharge. Hunny was busy tak pe laaa dia sayangkan kerja dia dari kita kan what to do mak takmo komplen bebanyak walaupun bara jugak dalam hati. Aku kuo hospital sabtu petang. Siap-siap packing barang packing barang anak-anak balik melaka dengan mak. Aku biasalah kena jadi superwoman all the time mencabar sungguh hidup aku ni. So kenalah mak drive dalam keadaan takut ngilu senonya tak sakit pun waktu tu. Ok jangan salah anggap ok. Cik abang was busy tengah settlekan hal dia untuk outstation ke Labuan jadi katanya kerja terlalu banyak di opis sebelum berangkut on Monday tu. suka hati lah yang. Aku kat melaka sampai hari selasa sempat memulun buat kuih tolong sesikit aje tangan kiri yang sakit tgn kanan ok. Cik abang plak outstation to labuan from monday to Saturday.

Kalau mood mak baik haritu mau nak mengekor jugak labuan you labuan mak tak pernah sampaikan plus lama plak tu 5 hari puas hati kalau jalan2 cenggiteww… Tapi tengah mood tak baik tu mak malas le nak tanya ke nak nyuara ke kuasa mak sebab geram tul. Tak pe lah next time bila mak dah baik geram mak dan bara mak dah cool sejuk macam air batu mak pasti mengekor mana leh lepas peluang. Bara memang lah membara sakit hati sakit hati jugak ni tapi senonya kalau cik abang tak de susuh jugak dibuatnya sebab bab anak2 mak kena handle sengsorang adusss memang susah lah beb tak leh tahan lagilah si bujang tu dengan gelagat dia humang aiii. I wish dapat mc lama-lama sikit so dapat duduk kampung lama sikit so boleh buat kuih banyak sikit. Tapi risau jugak kedai kat lake town. Hmmm banyaknyer benda nak buat serentak ahak. So selama mak bercuti kedai di jaga oleh lina dan zaim. Business baru nak start nak tinggal camtu rasa sayang la pulak kan. Boss kena pantau banyak dah duit berhabis nak start business ni bukan senang kenalah susha2 dahulu.Begitulah kisah operation balik kampong outstation lake town dan juga kerja. Hmm kalau rasa tak tahan silap2 esok mc semula.

Till then

No comments: