Friday, September 28, 2007

Mana mood raya ku!!!!

Aku jumpa doc pagi ni di PMC untuk buka jahitan. Semalam tengah dok bergurau2 dengan si bujang ada ke dia tarik benang jahitan kat belakang aku…Humang aii terjerit mak siap nangis kuo airmata sebab sakit kerana si bujang yang sesuka hati menarik benang. Konon nak tengok aje katanya…jahitan tu memang pelik sebab ada benang biru yang dicantum dan dibiarkan terkeluar. Tadi benang biru tu lah yang doctor potong dan tarik keluar. Tak sakit ngilu sesikit aje. Menurut doc jahitan tu dah ok. tapi next week kena jumpa lagi sebab doc takut menanah bahagian dalam tu.

Harini dah masuk 16 hari berpuasa tapi kenapa tahun ni aku tak de mood nak raya. Memang zero perasaan itu aku memang takde perasaan nak menyambut hari raya apatah lagi nak memikirkan untuk menukar langsir baru mahu pun perabot baru mahupun menambah senarai baju baru. Nasib baiklah aku dah tempah baju raya sebelum puasa tempohari. Kalau ikut tempoh tahun ni memang dah tiba masa untuk tukar perabot baru tapi azam aku semenjak dua menjak menyengkek ni pakai aje mana yang ada sehingga lunyai…heeh hehh mampu-mampukah aku menahan nafsu itu. Itu aje persiapan raya aku tahun ni. Tentang duit raya nasib baiklah tadi kami terima berita sedikit ceria. Dengar khabar ada habuan separuh bulan gaji untuk hari raya. Maka adalah duit raya untuk anak-anak, anak2 saudara pakcik makcik, makwe dan sepupu sepapat. Kalau tak tahun ni aku rasa aku harus mendiamkan diri sahaja sebab ongkos semua dah labur pada business ROI masih belum nampak lagi ni.

Sebab tak de mood nak raya aku kira tahun ni biarlah aku senyap aje. Kalau nak ikut turn tahun ni raya melaka tapi raya ke-4 adik aku yang perempuan plak nak bertunang. So macam tu dah kira payahlah pulak. Sebab kalau raya melaka dulu raya kedua baru balik muo. Tak kan duduk muo seharikan nanti adalah pulak insan2 yang akan berkecil hati. Nak kenalah fikirkan jalan terbaik supaya orang disana tak terasa hati orang disini tak berkecil hati tapi confirm raya ke-4 mak ada di Melaka. Jemput2 datang jalan raya ke umah mak di kampong yek. Umah kajang tak de lah kot kuih raya pun tak berbeli lagi. Memang tak de persiapan apa-apa pun untuk raya di Kajang sebab mak tengah dalam mood malasnyer nak fikir malasnyer nak kemas umah yang macam tongkang pecah. Umah mak dah ibarat jadi stor kuih raya gamaknya. Apalah cerita raya-raya ni kan puasa dah le tak penuh…hmm tahun ni 10 hari le den keno ganti posa campur dengan cuti puasa masa operation tempohari. Apo nak di kato.

OK belum terlambat untuk mak war2 kan kepada semua..moh lah pakat beramai2 datang ke Lake Town Bangi sungguh istimewa mcm-mcm ada termasuk le sebuah kedai yang menjual kuih raya. Heeh singgah le kedai mak…tawar menawar nanti mak leh kasi diskaun. Dan belum terlambat kalau korang nak ode kuih belanda juga kuih kapit atau kuih sepit atau love letter ala-ala melayu. Stok masih ada tapi tak janji lah yek sampai bila. As usual mak niaga first come first serve. Ode jangan tak ode..cam biasa sms sahaja 0193714425

Till then

3 comments:

cikdinz said...

sempat buat iklan nampak...

semuanya dah ok ke. harap raya nnt meriah mcm dulu..

Mak Su said...

mungkin pagi raya mood datang kot?

NBK466 said...

Biasolah...dah makin tuo nie mood raya makin malap.. kanak2 ler meriahnyer..hu..hu..hu..