Salam all,
Seperti tahun-tahun lalu tahun ni saya masih meneruskan lagi tradisi my mum menjual kuih raya traditional iaitu kuih belanda a.k.a kuih sepit dan juga kuih lidah buaya a.k.a kuih kapal terbang yang dibuat sendiri oleh emak saya. Since last year I managed to sell 50 botol kuih belanda dan almost 20 pek kuih lidah buaya so this year nak kembangkan sikit market di alam cyber pula supaya target tahun ni nak jual 100 botol kuih belanda akan tercapai.
Harga :
Kuih belanda satu botol besar - RM17
boleh pilih nak jenis gulung atau lipat
Lidah buaya - satu pek besar RM10
So pada kawan2 disekitar Putrajaya, Menara TM, kajang, bangi, bandar seri Putra (En. Din wajib beli ni sebab dah mentioned), bukit mahkota, Uniten, UPM, UKM, Serdang, Seri Kembangan dan kawasan yang sewaktu dengannya yang ingin membuat tempahan silalah jangan malu-malu jangan segan2 moh lah buat tempahan mulai sekarang. Kepada yang berminat boleh sms atau call KS di 019-3714425
Pada yang tak kenal kuih belanda ia adalah kuih traditional negeri Melaka bentuk dan rasanya more or less mcm love letter but ada pada kuih belanda yang pure traditional ada satu taste yang bila kita makan then we will said yup this is memang pure kuih belanda sebab aduannya ada sejenis rempah yang wangi dicampurkan. Dinamakan Kuih belanda kerana menurut sejarah asal kuih ini dibawah masuk semasa zaman pemerintahan belanda di melaka. Tapi kalau tengok pada acuan I would say kuih ni asal dari negara cina sebab acuannya memang unik.
Kisah kuih belanda dan diriku memanglah dah sebati sejak kecik lagi. Setiap kali raya ini adalah kuih wajib yang mak akan buat dimana masa kecik2 aku akan jadi tukang sibuk bila mak mengetuk telur dan mencampur adunan. Dulu2 adunan kuih belanda mak buat dalam tempayan kecik pastu ketuk telur pakai pengetuk telur yang mcm spring tu. Sekarang ni pengetuk telur tu dah jatuh dalam kategori barang antik. Mak tukang bakar aku tukang gulung sampai sebal2 tapak tangan menggulung kuih ni tau sebab kena gulung cepat2 time berasap2 tu time panas2 masa kuih masih lembik kalau tak nanti tak cantik kuihnya. Time kena buat kuih tu mulalah kecur2 air liur maklum le puasa specially bila tengok kerak2 kat tepi acuan yang garing2 dipanggang. Part tu pun yang paling sedap dimakan. Bila aku dah dewasa sikit aku plak le jadi tukang bakar memang lah panas giller bergagang depan api nak mengawal 20-25 acuan yang di bakar serentak. Silap pusing acuan silap bukak acuan ada yang makan tangan. kalau tak teror dan lembap memang akan hitam sentiasalah jawabnya kuih tu nanti.
Ada sekali tu dah dekat2 raya masa tu aku dah kerja tapi masih bujang. Kak Aquil (where are you) one of my blogger friend ikut balik bercuti bulan puasa kat umah aku di melaka. Kebetulan that weekend memang mak nak buat kuih belanda. So as usual aku jadi tukang bakar. Tapi ntah macam mana hari tu nasib tak berapa baik tangan aku sebelah kanan kena acuan panas (selama ni sejak kecik buat kerja ni tak pernah pun kena besi panas) biasalah besi panas sekali kena memang le mengelembung tapi sib baik tak banyak. So sampai sekaranglah tangan aku bertanda dan adalah kenangan aku bersama acuan kuih belanda. Nasib baik tak obvious sangat kalau tak kurang hantaran lagi 2000..heh heheh.
Begitulah al-kisah kuih belanda. Aku ingat 10 tahun lagi ntah jumpa ntah tidak kuih ni lagi kan. kalau korang mintak aku buat aduan kuih ni hampeh..memang mak tak pandai. Samalah mcm kalau korang mintak aku masak rendang perut cam mak selalu masak...heehh hampeh aku fail lah benda2 ni semua. Tolong2 boleh lah nak buat sendiri memang tak de lah jawabnya.
Jadi sokonglah business mak ok....buatlah tempahan anda hari ini.
Thank you



2 comments:
Salam Kopisuam...lama rasanya tak berkunjung kemari...berniaga kuih gulung rupanya. Kalau orang melaka mereka buat kuih tu mesti masukkan sediri rempah cinnamon yang dibeli di kedai...wangi dan sedap rasanya....kak lady masa anak dara dulu rajin menolong nenek buat...tapi bila dah kawin semua dah stop....
Semoga perniagaan KS akan berjaya...Insyaallah
SELAMAT BERPUASA KS
salam.. ko ada jual kuih apam balik tak?
Post a Comment