Wednesday, September 12, 2007

Salam,
kepada semua pembaca Kopisuam yang dikasihi. Dikesempatan ini KS ingin memohon ampun dan maaf diatas salah silap KS selama berkecimpung dalam dunia blog ini. Ramadhan kembali lagi. InsyaALLAH esok kita semua akan mula berpuasa jadi kepada semua selamat menjalani ibadat puasa. Malam ni lepas maghrib kita dah boleh berniat puasa. Sedikit peringatan yang KS pelajari masa niat puasa di dalam hati mulut tidak boleh berkumat-kamit walaupun suara tidak kedengaran. Kalau berkumit sedikit pun maka tidak sah niat kita tadi. Malam ini juga kita akan mula terawih. Tahun ni nampak gayanya KS kena ojos lah dengan hunny.Kalau hunny dah pegi dulu nampaknya KS berterawih kat umah aje.

Suka juga KS nak ingatkan kepada sahabat semua. Kalau yang sebaya ks ni tentu anak-anak dalam lingkungan umur 5 tahun kebawah. Kalau kita ke masjid tak perlulah bawa anak-anak kecil bersama. Dikhuatiri anak2 kita ni berlari-lari dan membuat bising serta mengganggu jemaah2 untuk sedang bersembahyang. Nanti tak pasal2 niat kita yang kononnya nak bagi pendedahan kepada anak terus jadi dosa kita sebab menjadi gangguan kepada jemaah lain. Samalah juga ke dalam majlis ilmu fardhu ain. Jadi bila tiba bab2 mcm ni berbincanglah suami isteri baik2. Mcm ks kami terpaksa selang2 ke terawih sebab dua2 nak pergi. Tahun ni rasanya KS lebih banyak terawih sendiri di rumah.Mana-mana pun sama sebenarnya Cuma kalau jemaah tu pahalnya berlipat kali ganda.

Kejarlah sebanyak ibadat yang kita mampu didalam bulan seribu rahmat ini. KS sentiasa berdoa agar ALLAH memberi KS dan rakan-rakan kekuatan fizikal dan mental agar kita semua dapat memanfaatkan 24 jam yang diberi ALLAH dengan begitu sempurna dalam ramadhan ini. Kalau diikutkan jadual KS sepanjang Ramadhan memang pack giller.Tapi InsyaALLAH sedaya upaya sama-samalah kita mengejar bulan mutiara setahun sekali ini.

Ramadhan baru memberi salam tapi kita lihat cuaca dalam dua hari ini begitu panas dan terik sekali. Oleh itu kawan-kawan jangan lupa jaga kesihatan masing2. Masa berbuka tu jangan lah pulun makan sampai kekenyang dan tak boleh bangun untuk solat terawih. Baru2 ni masa kat kelas ustazah pesan seeloknya berbuka dengan bubur jadi perut kita yang mesinnya berehat tu tak de lah terperanjat sangat bila menerima makanan waktu berbuka. May be korang bolehlah variasikan bubur tu. Kalau KS memang suka sangat bubur Chinese style dengan bawang goreng memang sedap sangat. May be boleh try jugak bubur letak santan cair bersama serai dan juga seafood. Atau style bubur lambuk yang ada campuran sayur-sayuran dan kekacang. Kalau nak ikutkan mcm2 jenis bubur kita boleh pelbagai. Dah boring makan bubur boleh makan nasi pada kadar yang berpatutan. Tapi bila masak nasi tu masaklah style lembik2 sikit.

Lagi satu pesanan KS kepada semua bulan puasa ni kalau beli food janganlah terlalu mengikut nafsu. Nampak semua benda nak mcm boleh makan. Kekadang tu balik pasar Ramadan penuh tangan dengan beg plastic kiri kanan. Seeloknya kalau ada rezeki lebih bulan ramadhan ni buatlah sedekah dan amal Jariah dengan banyak. InsyaALLAH sedekah yang kita berikan ALLAH akan lipat gandakan lagi rezeki kita itu nanti.

Oklah bagi ceramah free plak makcik ni kan. Jadi Ahlan wahsahlan Ya Ramdahan.

Till then

Salam Ramadhan
Azira Mohamd Amin a.k.a Kopisuam
Kajang Selangor

4 comments:

NBK466 said...

Thanks atas peringatan & perkongsian KS. Selamat B'puasa buat KS sekeluarga.

WRA said...

Selamat berpuasa utk Zira sekeluarga...insyaAllah kita cuba kurangkan pembaziran tahun ni yek?

tee said...

selamat berpuasa untuk zira sekeluarga. moga-moga ramadhan tahun ni adalah lebih baik dari tahun lepas.. :)

Mak Su said...

mak su kat umah aje.. tengok2kan baby w