Tuesday, November 27, 2007

Happy 3rd Birthday Muhammad Ilman Abqaary

Mama yang memilih namanya Muhammad Ilman Abqaary bin Ishak yang bermaksud terpuji, berilmu, beriman cemerlang dan gemilang Orangnya cerdik berpewatakan lucu serta sangat manja. Nama panggilan addy padanya ialah bobot tapi mama memanggilnya dengan panggilan Muhammad atau kadang kala membahaskan dirinya sebagai Adik Man.

Hari ini genaplah 3 tahun usia Muhammad Ilman Abqaary. Alhamdulillah terima kasih ya ALLAH kerana memanjangkan usia anakku sehingga hari ini. Doa mama semoga Muhammad dipanjangkan usia sehingga mama tiada di dunia ini, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal sehingga akhir hayat, menjadi anak yang soleh dan taat perintah ALLAH, cemerlang di dunia dan akhirat serta menjadi kebanggaan agama bangsa dan Negara.
Happy birthday Adik Man
Mama, addy dan kakak sayang kat adik...muahhhhhh
ps: tak de special celebration pun but choc cake yummy2 mama dah order 2 bijik untuk family and untuk taska.

3 comments:

cikdinz said...

hepi besday ilman.
semoga menjadi anak yg soleh...

Liz Aziz said...

Aamin

Liz Aziz said...

Aamin