Thursday, November 22, 2007

Ikan bakar

All arrangement was done. I did call my mom pasal nak tinggalkan anak minggu ni. Already got approval for my cuti esok. Then tetiba dapat email from partner yang nak kena ke CH Monday ni. Outstation was postponed to next week due to unavailability of the engineer in charge at the site. Berbelah bagi le pulak nak balik kampong ke tak nak ni. Balik kampong pun best jugak sambil rehat2 kan kepala yang tengah bengong ni…tapi minggu depan memang mak datang pun. Anak2 dah excited sebab mama dah sibuk lobi nak balik kampong. What say you?

Half day aku di NLDC jumpa Nadzri and Pian discussion on back up procedure and recovery. Sambil2 tu menekek bilik kak dal sambil buat kerja-mobile. Lunch time kak dal ajak lunch di ikan bakar belakang istana. Jangan terkezut yek that was my first time there. Seriusss beb kalau geng2 kat sini ikan bakar tu tempat biasa diorang lunch…aku selama ni dengar aje. Aku dok imagine tempat tu mcm masa aku makan ikan bakar kat kuala perils nun. Imagine mcm sebuah restoran yang sediakan makanan laut. I was wrong Ia adalah beberapa buah kedai-kedai biasa yang serve nasi berlauk campur plus ada ikan bakar yang pelbagai serta sotong bakar gergasi tapi orang memang penuh giller.

Kami memilih gerai tengah Seri Melaka semangat hang tuah dan Tun Fatimah memang le tak pernah padam dari jiwaku ini…cewahhh orang melaka le katakana. Sebagai permulaan aku makan terubuk bakar sekerat ekor aje dengan nasi berlauk taugeh goreng serta apple jus susu. Harganya RM12. Korang rasa mahal ke ok harga tu. Ikan bakar tu memang sedap pun…huarghhhhh tak dinafikan….jadi bleh le korang mencuba kalau korang blom pernah sampai sana key. Ikan bakar tu kat Jln Bellemy belakang istana.

Ketersepitan di project kian ketara. Harini ada lah plak incident yang tak sedap hati berlaku kat project. Aku memang totally tak terlibat tapi aku telah dilibatkan secara tak sengaja oleh orang lain. Serba salah bila kena jadi orang tengah ni. Apa-apa pun keadaan kena dibetulkan. Tak best kalau kita satu team tapi ada perasaan yang tak selesa. Nak buat kerja pun rasa tak selesakan tapi masalahnya kat mana yang boleh dibetulkan sebab puncanya dari orang lain tapi tempiasnya terkena kat kita. Aku buat aje kerja2 aku sampai siap. Tiba masa project siap harap-harap dapat le keluar dan kembali bertapak di COIT.

Macam mana cara terbaik untuk kita tegur kawan2 yang rapat dengan kita yang suka cakap besar dan banggakan diri yek dan berasa bagus dengan diri sendiri. Kekadang bila orang cakap berlagak depan aku memang darah tu tersirap tapi aku membeku mendiamkan diri tanpa sepatah perkataan pun yang keluar sebab takut nanti aku cakap akan menyakitkan hati pulak. Kalau korang camner korang tegur.

Till then

4 comments:

cikdinz said...

cakap sambil berlawak pun ok gak. orang susah nak kecik hati.
paling kuat pun dia sedar atau buat-buat tak sedar...boleh gak...

jgn sakitkan hati sudah ler....

zino said...

lama tak pekena ikan bakar belakang istana tu..

NBK466 said...

Tak pernah cuba ikan bakar belakang istana..selalunya turun Melaka (Umbai) or PD which is lagi dekat dgn laut..he..he.he.. Tapi so far kat Bagan Lalang paling besh..

Kopi Suam said...

cik dinz,
masih belum berjaya :( harap2 satu hari ALLAH bukakan lah hati mereka.

Zino & NBK,
tetiba aje teringat ikan terubuk bakar tempohari sedap sihhhh iskhhh