Aku benar2 sudah jatuh cinta sama itu pria Fahri. Sungguh memang aku sangat jeles kepada Aisah gadis yang telah berjaya menjadi ratu hatinya. Kan aku dah kata. Petang tu beria-ria aku mencari buku ayat-ayat cinta. Kebetulan waktu itu aku ke Metro sebab menemankan Is mencari Thomas hadiah untuk birthday Ilman. Kebetulan jodohku bertemu buku itu hanya di sebuah booth kecil ditepi tangga tak perlu aku menjajah ke toko buku yang gadang-gadang belaka. Tak sabar rasanya untuk menyelak helaian demi helaian merungkai apa yang tercatat di dalamnya. Memang benar ayat2 itu sungguh power sungguh terkesan di dalam hati dan mindaku sebagai seorang muslim. Pulun aku membaca hingga akhirnya aku khatam jua helaian terakhir jam 4.25 pagi ahad. Tapi tak perlu banyak tisu sangat pun..sehelai tisu sudah cukup, tersentuh sekali bila mana Fahri terkenangkan kedua orang tuanya di kampung
Kalian jika berkesempatan carilah buku yang aku nyatakan.Olahan bahasanya sangat undah dan puitis di selang seli pula dengan bahasa pertutran harian arab serta nota kaki maknanya sangat berguna sekali. Pasti kalian tidak akan menyesal. Terlalu banyak pengajaran dan peringatan yang aku dapat melalui novel ini. Malah aku menyarankan ibu2 yang punya anak2 kecil membaca buku ini sebagai motivasi untuk menanam serta menerapkan nilai murni fahri ke dalam jiwa anak2 kita. Malah leh le ibu-ibu tanam niat agar ada salah seorang anak menuntut di Al-Azhar. Juga par abaca tidak tugi jika kalian juga turut sama menghayati isi kandunggan novel ini. Sungguh aku juga mengangankan agar ada anak ku yang boleh mengaji di sana nanti boleh le ajar mama dan addy ilmu2 agama dengan lebih mendalam.
Peminat no 1 Thomas
Ketika aku membaca buku ini aku menggambarkan apa yang dilalui oleh Fahri. Kebetulan aku memang pernah melihat gambar keadaan pasar, jalanan, rumah di mesir, iskandariah, sungai nil dan juga Al-Azhar melalui seorang kawan yang kembali bercuti di sana tahun lalu. Malah watak Saiful di dalam cerita itu mengambarkan Saiful adik iparku yang kebetulan memang belajar di Universiti Kaherah kerana tungkahlaku yang lemah lembut tu emmang cirri-ciri sebenar Saiful pun. Tapi kenapa aku tidak boleh membayangkan antara sahabatnya Fahri itu adalah wujud watak Azly suami adik perempuanku yang memang betul2 belajar di Al-Azhar. Hehh heeh kerana perwatakan mereka memang jauh berbeza.
Inilah thomas for birthday Ilman. Ilman sampai2 aje nampak thomas ni terus grab dan takmo lepas. Nak bayo pun susah. Terbang duit aunty muna RM90. Kakak claim kat aunty muna juga for herself since adik dapat hadiah. Sejak dulu dok merengek mama belikan for her bag roda Power puff tapi mama rasa bag tu besar sgt untuk angkut gi tadika. Then aunty muna belikan juga for her yang brand swan tu RM40..hmm barang sekarang ni memang tak de yang murah-murah pun. Suka banget budak berdua tu. Sebagai balasan to aunty muna we had our lunch di Pizza hut mama belanja.
Pasti lepas ini buku2 bapaknya Habiburrahman El-Shirazy yang usianya muda setahun dari aku akan menjadi koleksi buku2 untuk santapan minda yang masih ketandusan. Jika Deena and Ilman sudah lancer membaca aku rasa buku ini adalah antara misi homework yang perlu anak-anak selesaikan sama-sama biar mereka sama berusaha menjadi umat Islam yang terbaik bukan Islam dari segi keturunan dan bukan Islam atas nama. Misi aku seterusnya ialah mencari buku Bila Cinta Bertasbih juga karangan beliau dan beberapa buah buku yang tajuknya sudah di dalam senarai. Dan misi aku menyiapkan buku (mengenal ALLAH melalui Asmaul Husna) masih jauh lagi perjalanannya. Baru masuk nama ALLAH Al-Ghaffar baru muka surat 50. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan lah segala urusan kita.
3 comments:
macam dah pernah tengok buku tu.. mungkin mem dah beli kot... dia ada selemari buku novel ni hehe
bleh geng ngan anak saya.
peminat thomas....
mak su takut nak start baca novel, takut nanti tak leh buat kerja lain dah
Post a Comment