Thursday, December 13, 2007

Cameron Part 2


















Kami selamat menjejak semula ke tanah rata dekat jam 8.00 malam. Ni kalau dah masuk rumah ni memang alamatnya tak kuo lah jawabnya. Suasana malam memang sejuk membeku. Hantar dulu abang jad balik ke apartment sebab anaknya dari tadi asyik call tunggu papa dia balik (kami naik satu kereta saja ke PS) then kami berdua terus keluar mengisi perut di kawasan kedai2 makan di pekan tanah rata yang begitu meriah maklum lah cuti sekolah. Perut waktu tu memang dah keroncong giller lagi2 suasana malam yang sejuk dan berangin. Kami pilih kedai hujung yang kebetulan tak ramai orang. Aku order ikan siakap 3 rasa, telur mata, kailan dan juga tomyam campur. Ode mcm nak makan 4 orang tapi sebab tak berapa sedap maka makan pun kureng le lajunyer walaupun lapar tahan gaban. Lepas makan dan tapau kerana tak habis makan kami meneruskan aktiviti malam ke pekan brinchang.

Masa turun ke PS kak ezu bawak baju sejuk dia tapi masa kami lepas hanto abang jad, kak ezu cari baju sejuk dalam kete dah hilang. Rupanya baju tu terjatuh masa abang jad turun. Aku memang masa pagi tu tak bawak turun pun baju sejuk masa gi keje. Sampai kat brinchang angin kuat giller. Singgah petronas dulu cari toilet. Kat toilet ni aku kesian kat seorang makcik cina ni yang dah tak tahan nak terkencing sangat. Dua2 toilet ada orang dalamnya dek kerana tak tahan bebeno makcik ni kunci main door toilet tu aku ingat dia nak kencing kat situ tapi tak sempat last2 dia terkencing dalam seluar. Memang sejuk sgt sampi kalau rasa nak wee wee tu memang tak boleh nak tahan2 dah.

Suasana di brinchang memang meriah macam pasar malam. Lokasinya betul2 di hadapan balai/kuaters polis brinchang. Mata kami tidak terpaku pada deretan kedai yang meriah memanggil. Tapi telinga dan langkah aku lebih tertarik dengan lagu dentam dentum teriakan jualan murah berdepan dengan deretan kedai di brinchang. Mula-mula operasi mencari baju sejuk. Kebetulan memang tengah meriah jualan pakaian berjenama dan malam tu masa kami 2 jam setengah habis di situ sahaja memilih satu persatu baju. By the time kami singgah di pasar malam brinchang kedai2 dah mula packing untuk ditutup.

Balik apartment mandi solat then kononnya nak tido tapi kerana terlampau letih aku tak boleh tido pulak. Iskhh sabo aje lah. Buka laptop sambung manaip kerja-kerjaku yang masih banyak. Last2 jam 3 lebih baru berjaya melelapkan mata. Sedar2 kak ezu kejut bangun solat dah dekat jam 7.00 pagi.

Pisat2 bangun gagah juga walaupun mata tak boleh bukak. Pagi ni janji abang jad nak check out jam 11.00. Mr Raju will come and collect the payment dan kunci. Lepas mandi bersiap-siap packing. Tak tunggu jam 11.00 kul 9.30 kami dah siap packing dan bayar serta meninggalkan apartment. Mula-mula isi perut dulu dengan nasi lemak di deretan kedai yang kami dinner malam tadi tapi sebelah belakang. Memulakan perjalanan untuk pulang ke KL. Destinasi pertama strawberry park. Maka terkenang nostalgia indah honey moon 6 tahun dahulu di banglow sebelah strawberry park tu.

Makan ice cream, snap picture, beli baju for deena (baju lebih murah di atas kat strawberry park berbanding gantung2 kat gerai payung kat bawah) beli strawberry 3 pek dan meneruskan perjalanan. Cuaca sungguh baik dan nyaman sekali. Destinasi kedua brinchang cari cenderahati dan juga pokok bunga untuk mak. Seterusnya ke kea farm untuk memborong sayur-sayuran dan juga The. Tak puas shopping singgah lagi satu stesen tak tahu nama untuk beli cenderahati dan juga dry fruit.

All and all kami tinggalkan CH dekat jam 2.00 ptg. Waktu tu perut memang dah berkeroncong. Kami balik ikut highway simpang pulai. Memang agak jauh sikit perjalanannya berbanding melalui tapah tapi permandangan sangat indah terpakau dibuatnya dan jalan pun tak de le lengkang lengkuk sangat. Perhentian untuk solat dan isi perut ialah di tapah. Lepas makan rehat beli buah potong then kami teruskan perjalanan.

Alhamdulillah aku sebagai supir sorento (dari tapah) selamat memandu sampai ke kajang pukul 6.00 ptg. Waktu tu mak pun dah bersiap2 nak balik melaka. Sib baik sempat bagi buah tangan dan juga pokok bunga yang aku belikan untuk mak kat Cameron. Begitulah kisahnya. Bila difikirkan apasl le aku tak terfikir nak bawak mak ngan ayah outstation ni. Tapi kalau bawak pun nanti kesian diorang masa aku gi kerja. Nanti lah tunggu memang ada plan pun nak berjalan2 lagi ni.Memang dah lama sgt kami tak ccm.

Till then

1 comment:

cikdinz said...

kesian kat makcik tuh. sampei terkencing dlm seluar....heheheee...

shopping sakan nampak. borong stroberi bapa banyak ni kak....