Friday, December 14, 2007

Aku yang jahil tentang zakat

Alhamdulillah nasib baik kak Marlina ajukan soalan pada ustazah malam tadi. Kalau tidak aku pun mungkin tak ambil berat dan tak berkira-kira sangat pasal hal ni. Maklumlah orang yang jahil macam aku ni kalau tak diberitahu dan tak bertanya memang tak akan nampak jalannya. Lepas habis kelas malam tadi (kami baca kitab Sobiyaan malam tadi) mengenai sembahyang musafir. Lately kelas memang banyak tertumpu pada hal hal berkaitan umrah dan perkara yang terlibat dengan perjalanan jauh.

Baru-baru ni aku memang terniat tahun ni aku nak bayar zakat simpanan melalui asnaf yang pertama penerima zakat iaitu fisabilillah kerana zakat pendapatan memang aku bayar melalui potongan gaji bulanan. Ingatnya nak diserahkan kepada KAFA. Tapi amount yang aku cadang nak bagi tu aku ingatkan cukup. Setelah dikira-kira ya ALLAH memang tak cukup. Ni kira zakat simpanan aku untuk tahun ni termasuklah saham-saham serta unit trust yang ada juga duit simpanan koperasi dan sebagainya, Kena teliti ingat satu persatu apa yang ada Cuma malam tadi tak terfikir nak tanya ustazah mengenai duit insuran yang berkonsep simpanan. Dah dekat 10 tahun aku buat potongan insuran ni dan memang tak pernah terusik langsung dan tak tahu pun jumlahnya ada berapa. Kalau ustazah kata wajib bayar zakat insyaALLAH aku cuba selesaikan mana-mana hutang pada ALLAH yang masih tertunggak. Ni tak campur lagi zakat simpanan dulu2 masa jahil tahap gaban masa tak ambik tahu atau masa belum ada ilmu langsung. Ni dah ada ilmu sesikit dan dah faham ni kenalah bayar hutang zakat yang tertunggak sejak bekerja. Tu lah nak terima kasih pada kak marlina sebab kalau dia tak tanya mungkin aku dok ingat nak selesaikan segala hutang yang nampak secara zahir aje lah (hutang kredit kad heehh tinggal sikit aje lagi). Syukur juga kita ni saling ingat mengingati.

Isu ni timbul pun sebab perancangan umrah ni la. Kak Mar kata dia takut nanti masa nak buat umrah ada lagi perkara2 yang masih belum lepas dan juga hutang tertunggak paling dia risau adalah berkaitan hal zakat simpanan. Bila dia sebut mcm tu aku pun baru mcm tersedar. Iye tak ye jugak selama ni aku dok lepaskan zakat pendapatan aku aje tapi zakat simpanan macam tak berapa dipentingkan (memang ini ayat aku yang jahil) memang aku mcm tak ambil peduli langsung hal zakat simpanan ni sebab sana sikit sini sikit. Rupa-rupanya bila dicampurkan semuanya banyak juga jumlah zakat yang aku harus selesaikan 2 kali ganda berbanding jumlah yang aku nak zakatkan pada KAFA jahilnya umatmu ini Ya ALLAH. Dan malam tadi pun aku dah janji InsyaALLAH minggu depan saya akan bayar zakat simpanan saya kepada KAFA. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan perancangan kami.

Hati memang tak sabar menunggu hari untuk perjalanan yang jauh itu. Baru2 ni Ustaz travel agent menghubungi ustazah mengatakan yang kerajaan Arab Saudi bagi kebenaran untuk buat umrah bulan Januari ni. Aku memang dah melonjak keriangan. Memang rasa mcm dah menantikan saat ni dah lama dulu. Tapi apakan daya separuh dari geng tak boleh pulak bulan Januari maka kami stick pada perancangan asal bulan April. InsyaALLAH kalau diizikan ALLAH.

Dulu di dalam blogku yang lama aku pernah membahasakan dirinya sebagai cahaya. Kerana kehadirannya benar-benar membawa cahaya dalam hidupku. Tapi cahaya itu tak selamanya terang kerana adakalanya cahaya itu suram ada malap bila ditiup angin. Adakala ianya begitu malap, adakala ianya sederhana terang dan adakalanya ianya hampir-hampir terpadam tapi syukur selama ini ianya tidak pernah padam walau banyak dugaan yang melanda. Tapi Tuhan sesungguhnya kaulah yang Maha Kuasa. Kini aku dapat kemabali cahayaku yang terang benderang dan gemilang. Adakah kerana doaku telah dimakbulkan olehMu Ya ALLAH atau adakah cahaya itu di dalam jagaanMu. Jika benar terima kasih Ya ALLAH kerana memberi ruang dan peluang untuk aku menggamit cahayaku yang sangat terang dan benderang itu. Semoga kilauan cahayaku itu akan tetap bersinar dan berkekalan sehingga akhir hayat.

Yang belum selesaikan zakat tu jangan buat-buat lupa pulak yer. Sama-samalah kita ingat mengingati. Kelak di akhirat nanti diri sendiri yang perlu tanggung bila disoal tentang harta-harta milik kita yang membebankan jiwa

3 comments:

NBK466 said...

Den rasa den tak layak bayar zakat selain zakat fitrah & pendapatan..hu..hu..hu..

cikdinz said...

mcm ni lah baru hasil yg kita dapat tu berkat kan.....

Mak Su said...

tq peringatan