I just try to hide my sad feeling. Sad feeling due to hunny’s leave dah habis. Baru tahu harini maaaa…Huargghhh baru plan baik cuti raya haji ni kononnya balik muo dulu (excited nak tengok banjir) then baru balik melaka then the BBQ plan and also the kenduri plan..habis punah le macam ni. I’m in the midst of memujuk hunny to give permission to me for balik Melaka with anak-anak. Tapi nampak gaya kat tepon macam tak bagi aje. Aduh lahh sedihnyer camno ni. Tak de harapan le den nak makan rendang mak den di pagi raya. Actually orang tu tak bagi sebab nanti dia dok umah sorang2 bila balik kerja melangut tanpa anak-anak (yang penting) dan tanpa isteri (kedua penting) :) plus aku nak minta izin cuti straight sampai krismas..tapi kalau tak boleh xmas sampai ahad pun tak pe lah yang..aci tak giteeww.
Senja di umah Muo - peh nyaman dan mendamaikan
Last week doc Su (adik hunny) sekeluarga singgah umah kami. Bermalam satu malam dalam cuti mereka yang panjang. Diorang menghabiskan allocation Country Height yang mereka subscribe I think dah 5 tahun kot. Bermalam di Golden palace kat The mines 3 malam pastu bermalam di umah adik beradik yang lain dan rumah kami destinasi terakhir sebelum berangkat pulang ke Kelantan esok paginya. Malangnya Pahang dilanda banjir teruk. Ikut kata Doc Amin mereka akan balik melalui Grik.
Senja di sungai Muo - Tenang sungguh air sungai waktu ni - Subhanallah...
“Balik pun tak boleh kerja jugak. Klinik saya tutup sebab banjir. Air naik” . Kata Su
Antara perbualan kami masa lepak-lepak tengok tv selepas makan malam. Doc Su bertanya lagi “akak balik kampong ke raya haji?” Aku jawab “Kena Tanya boss dulu akak memang ok aje”. Aku berpaling kearah hunny sambil berseloroh “Boss kita balik kampong tak raya haji ni?” Boss yang ketika itu sedang bersandar di sofa dengan muka maintain menonton tv terus mendiamkan diri seperti selalu :) tanpa sebarang reaksi. Aku dan Su senyum2 kambing kerana dah faham dah pasti itu jawapannya. Su lebih arif kerana itu abangnya..dan aku pun memang dah arif. Diam dalam situasi kami ini bukan beerti setuju ok. Pepatah melayu zaman dahulu tak boleh digunakan dalam kehidupan seharian aku kerana diam hunny memang belum ada kata putus. “kita orang tak balik lah kot, ni dah cuti lama”. Tambah Su lagi. Aku berkira-kira siapa lagi yang balik muo raya haji nanti yek.
Senja di Pantai Puteri - My fav port
Pagi yang begitu sedih bila mana wawa (anak Su yang tua) berusia 5 tahun meronta2 (yup guling2 kat lantai) menunjuk perasaan sebab takmo balik. Sian kat kak wawa kan kakak ngan adik man. “Wawa seronok nak duduk umah cik azira lama-lama” dengan alasan “nanti wawa boleh belajar dengan deena kat umah cik azira.” Terharu cik dengar wawa sungguh ikhlas pengakuanmu itu. Memang malam itu mereka bertiga pulun bermain. Seronok sakan wawa kerana deena ada koleksi buku yang banyak yang boleh dikongsi bersama. Akhirnya wawa mengalah juga bila Doc amin dukung masuk dalam kereta.
Pantai Puteri - Ketenangan ku temui di sini
“Bila nak pergi kelantan, nanti singgah lah rumah” pelawa su selepas kami bersalam-salaman. “InsyaALLAH tahun depan memang pantai timur ada dalam senarai perjalanan kami. Pasti kitaorang singgah”. Jawab aku begitu yakin. Tapi itu semua kuasa ALLAH sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Sediakan duit , jika masa sesuai budget sesuai insyaALLAH tiba lah nanti. Tapi sebenarnya aku rasa seperti harus ke pantai Timur juga lagi-lagi bila mak dan ayah memang beria nak ke Trengganu ke umah Mak ngah Nor.
Perbualan-perbualan itu mengingatkan aku pada kedua-dua kampong muo dan melaka. Aku suka kampong muo kerana persekitarannya yang masih menghijau masih hutan belantara masih suci, masih dara dan jauh dari noda-noda kota jalan rayanya jarang-jarang kereta lalu, waktu petangnya begitu cepat berlalu, jam 6 dah bisa dengar cengkerik bersiulan. Malamnya sungguh meriah dengan suara unggas malah sesekali suara siamang juga kedengaran. Jam 4 pagi dah bias dengar si jantan berkokok kemegahan Aku suka muo dengan gerai-gerai kayu ala-ala zaman dulu masa ketika aku berusia 5-6 tahun.
Pantai Puteri : Tanah bekas tapak umah arwah makwe (mak ayah)
Tapi aku pasti lebih suka melaka kerana itulah kampong tempat tumpah darahku…tempat aku di lahirkan. Melaka dah tak ada hutan belantara malah pokok getah sebatang pun sukar nak ditemui. Tapi melaka tetap istimewa kerana ada pantai puteri yang indah di depan bekas tapak umah arwah mak we. Hmm sungguh rindu nak balik kampong walaupun balik selalu tetap gak rindu kenapa yek.
Taman Sutera
2 comments:
iye sekarang musim banjir..
hati2 dijlnraya.. me tringat bisnes perencah mee bandung muar me yg x menjadi beberapa tahun lampau.. alahai
yginsaf,
terima kasih insyaALLAH...hmm pasal business tu mungkin boleh adjust mana2 yang patut. Perencah mee bandung muo mmg ada prospect besar cuma marketing strategy kena betul and network kena besar...apa-apa pun good luck and all the best in your business.
Post a Comment