Sebelum tu mungkin ada yang beranggapan begini jika dia ada 3K di ASB, 5K unit trust, 5K koperasi, 5K bank rakyat dia tak perlu keluarkan zakat sebab kesemua nilai dalam akaun itu jika dikira berasingan tak cukup nisab (nisab ikut nilai semasa 6800). Jawapannya salah!!!!!. Pengiraan perlu dibuat dengan mencampurkan kesemua nilai simpanan tetap/nilai terendah dalam simpanan boleh ubah yang cukup setahun dan didarabkan 2.5% untuk tentukan nilai yang perlu dizakatkan. Jadi balik nanti masing-masing jangan lupa selak2 balik buku akaun simpanan masing-masing....semak2 balik sijil simpanan premium, selak2 balik potongan insuran, ASB dan juga buku simpanan anak-anak sekali jangan lupa.
Sebelum pergi kepada pengiraan kita kenalah tahu apa itu syarat wajib untuk seseorang mengeluarkan zakat – Ini subjek agama masa tingkatan 3 dulu. Betul tak. Soalan SRP pada tahun 1990 ada keluar tentang soalan zakat…heehh hehh kuat lagi ingatanku ini.
Syarat - syarat Wajib Zakat
- ISLAM - Zakat hanya wajib ke atas orang-orang Islam sahaja.
- MERDEKA - Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah, walaubagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
- MILIK SEMPURNA - Harta yang ingin dizakatkan hendaklah menjadi milik sempurna dan dikawal oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang dikongsi antara orang Islam dan bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira dalam pengiraan zakat.
- CUKUP HAUL - Genap setahun iaitu 354 hari (tahun Hijrah) dan 365 hari bagi tahun masihi.
- CUKUP NISAB - Nisab bermaksud nilai paras minimum yang menentukan paras sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat. Pada ketika ini di Malaysia, nisab ditentukan berdasarkan nilai emas yang bersamaan dengan 85 gram atau 20 misqal emas.
Jenis - Jenis Zakat
Zakat Wang Simpanan ;
Zakat Emas dan Perak;
Zakat Pendapatan;
Zakat Perniagaan
Dalil Wajib Zakat simpanan::
Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."
PENGERTIAN WANG SIMPANAN
Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan. Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.
Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan
Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
Soalan-soalan lazim berkaitan zakat:
SOALAN 1
Gaji bulanan saya dibayar melalui akaun bank dan hasil simpanan saya dalam akuan tersebut adalah 100% dari sumber pendapatan saya. Persoalannya, untuk urusan pembayaran zakat adakah ianya tidak berlaku overlap (pertindanan) bayaran antara zakat simpanan dan zakat pendapatan?
Dalam kes ini, zakat pendapatan dikira terlebih dahulu bila sampai akhir tahun, kemudian baki dari simpanan tersebut (jika telah mencukupi nisab) hendaklah ditunggu setahun kemudian baru perlu dikeluarkan zakatnya (zakat simpanan). Dengan kata lain, haulnya (tempoh) adalah berlainan walaupun dari satu punca.
SOALAN 2
Saya ingin tahu mengenai apakah asas pengambilan nisab zakat harta? Adakah nilainya sentiasa berada pada tahap RM3,000 sebagaimana yang dimaklumi ramai?
Nisab zakat harta adalah tetap iaitu berdasarkan 20 mithqal emas bersamaan 25 mayam @ 85 gram timbangan emas semasa. Manakala nilaian semasa emas berubah-ubah mengikut harga emas semasa di pasaran.
SOALAN 3
Saya ada meminjam sebanyak RM 50,000 dari bank untuk membeli sijil ASB. Adakah saya perlu membayar zakat?
Wajib membayar zakat mengikut kaedah ini: Jumlah pembayaran balik dalam tempoh setahun di darab dengan 2.5%. contoh: jika anda membuat pembayaran balik sebanyak 1200 setahun, maka jumlah zakat yang dikenakan ialah 1200 x 2.5%
SOALAN 4
Sekarang ini hasil-hasil pendapatan telah wajib dikeluarkan zakat bahkan telah ada sistem potongan zakat secara berjadual (bulanan). Saya ingin mendapat kepastian apakah hukum mendahulukan zakat pendapatan sedangkan ianya masih tidak cukup haul?
Hukum mendahulukan zakat sebelum cukup haul (potong gaji bulanan) adalah harus. Tambahan pula ia lebih memudahkan dan tidak membebankan umat Islam untuk menunaikan zakat
6 comments:
jgn ingat zakat tuh tak penting kan.
setiap yg kita dapat, perlu disalurkan sedikit pada golongan yg berhak.
barulah yg kita dapat itu berkat....
memang zakat itu penting sangat demi untuk keberkatan rezeki kita.
ARTIKEL YANG MENARIK, SALAM BAZ BUAH BATU BANDUNG
www.baz-buahbatu.com
zino biasa nya pi bayar zakat pendapatan pada 31.12. setiap tahun.. kena ingat tarikh tu..
Ye lah..cam ulangkaji utk exam SRP...he..he..he.. Thanks anyhow..
Despite this unfruitful endeavour to collect on royalties, Broadcast pandora jewelry Music Inc is now suing T-Mobile over ring back tones, alleging buy Pandora that the mobile carrier is selling them without licensing pandora bracelets and charms agreements. Unlike ring tones, which play publically when someone calls, ring discount pandora bracelets back tones are only heard specifically by the person calling. Instead Pandora necklace of hearing a cellphone dialing, the caller will hear a song that was chosen by the cell owner.Critics are pandora necklace beads quick to point out the apparent irony of this lawsuit. If ringtones, which can be heard by anyone around a Pandora necklace sale cellphone, do not constitute public performance, it seems ludicrous to sue the mobile carriers over a ringback Pandora charms tone that can be heard only by the caller. With record companies suffering from huge financial losses, it seems cheap pandora charms as though they are grasping at straws in order to collect any money that they possibly can.
Post a Comment