Thursday, February 21, 2008

20 yang istimewa


Adik tumpang sekaki

Alhamdulillah…kalimah pertama yang aku jerit sambil usap-usap muka ditangan. Masa tu hunny pun tengah duduk disofa tengok buletin utama. Mulalah aku ngendeng-ngendeng kat dia sambil pujuk-pujuk…boleh lah yang.

20 is a very important number in these two days. 20 feb (semalam) was deena birthday. Sambutan birthday kecil-kecilan dibuat di sekolah kakak. Happy birthday kakak semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan dengan rezeki yang halal. Semoga menjadi anak yang solehah beriman dan beribadat kepada ALLAH. Semoga menjadi anak yang taat dan menghormati serta menyayangi mama dan addy sampai akhir hayat kami. Semoga menjadi anak yang cemerlang dan gemilang di dunia dan di akhirat.

I bought this kek at bakery melayu yang baru mula business. Oklah siapa lagi nak support orang kita berniaga kan.

20%...yuuuuuu aku menjerit keriangan…hunny cam biasa no respond at all maintain and mantap menatap monitor tv tanpa sebarang perkataan walhal baru aje dengar Bank Rakyat mengumumkan pemberian dividen sebanyak 20% walla..wah dalam hati syukur sangat ya ALLAH terima kasih dengan rezeki yang tiba di saat aku amat memerlukannya.

Kawan2 nyanyikan ALLAH selamatkan kamu and happy birthday untuk deena

Aku pun pujuk2 lah cik abang sambil mengurut2 kakinya. Boleh lah yang apa kata awak sponsor umrah kita berdua. Tak payah guna duit saving lain div yang baru dapat ni cukup siap semua sekali dengan belanja kita sekali kat sana. Nak buat benda baik ni yang mudah-mudahan dengan awak sponsor saya bertambah murah dan berlipat ganda lagi rezeki awak. Begitulah serba sedikit ayat memujuk aku…and seperti biasa keadaan senyap dan sunyi…alaaa mak dah biasa dah…kih kih kih…

Portion dividen aku cam biasa sikit aje 3k lebih sebab savingnya pun sikit tapi cukup buat aku lega (siapa nak kasi 3K for free). Half of it is for mak ngan ayah half lagi for myself tambah2 duit shopping gi US..aci giteww..bape sangat lah kan bila dah convert ke usd. Iskh kalau orang tu nak sponsor umrah aku kan…huishhh tak dapek den nak bayangkan…heeh heehh lagi copek le tercapai hajat den nak buat haji…sponsor la yang sponsor laa please…kena carik ayat2 yang lebih power lepas ni.

Aku ada masa seminggu aje lagi for my US trip preparation. Flight is on the 1 Mac. Where can I get a long jacket at a very reasonable price…siapa tahu please let me know. Siapa yang pernah gi US bagi sket advice apa yang patut…mak ni pherraaak sket first time le katakan. Btw I’m lucky my schoolmate masa kat sains muar ada duduk di Houstan…jadi mesti aku ayak kau satu Texas tu nanti Mag…you get ready dear.

Till then

6 comments:

mikamusz said...

bestnya kak KS dapat gi US, saya gi US masa thn 2003, dah nak dekat time autumn, masa pegi bawak baju byk sbb nak duduk 6 bulan, nyesal sket jelah sebab sana leh beli t-shirt and blouse yg ok dgn sangat murah dan berkualiti, walaupun brandnya cam x familiar kat mesia.. kat sana kalau dekat ngan china town, boleh dapat mcm - mcm tuk masak, tips tak pandai sangatlah, saya main redah je dulu, lagipun ada member tunggu sana (tapi bila saya sampai, dia pulak balik), ganti - ganti ler cegitu.. kalau nak tanya paper tu boleh ler kot.. :D

ya2 said...

zira, bestnye ke US.oh aku sungguh jeles,sbb aku masih x cukup lg duit nk jalan ke sana!

dulu masa mak aku g paris dia ada beli jacket n segala baju sejuk kt mid valley.aku x ingat nama kedai tu.tpi harga oklah.

so selamat jalan beb!cousin aku ada kt california, dia kata baju budak murah kt US.x tau la betul ke idak.

congrates beb !

Mak Su said...

sila ler belajar mengayat dari sekarang, ahaks

Anonymous said...

saya cadangkan cuba carik sesapa yg selalu ke oversea utk pinjam je winter coat, especially those yg dulu duduk lama kat US, lecturer ke, sbb depa ni selalu ke sana. tak sure texas ni sejuk mana, kalau ada kawan, cuba tanya sejuk mana, tapi kalau setakat pakai satu winter coat (80% wool), dan cukup kalau panas, blh pakai t-shirt/shirt biasa je kata dlm. kalau sejuk, blh tambah satu cardigan/baju sejuk ataupun sweat-shirt. tak perlu baju banyak2. tak peluh hehehehe...
so in a nutshell, cukup lah satu winter coat + satu cardigan. oh yea, yg penting jugak ialah utk dptkan gloves, hah yg ni penting sgt2, boleh nak tercabut jari jemari kalau angin sejuk bertiup. dan jugak scarf wool utk balut hidung dan mulut kalau angin sejuk bertiup.

kadang2 fleece + wind-breaker pun cukup. tu yg kena tengok temperature kat sana. kalau 5 degree celcius ke bawah mmg perlukan yg saya tulis kat atas, 5-10 degree celcius blh kurangkan number of layers baju sket. but then again, bergantung jugak kpd individu this is just as a guide from someone yg mcm dah adapt dgn cuaca sejuk ni.

Anonymous said...

Cuba check weather online, kalau tak silap skang tengah tak sejuk sgt, dalam 23 celcius. So, tak perlu beli winter jacket okeh. Jacket nipis jek dah okay. Or maybe u don't need any jacket at all. Tanyalah member yang dok kat sana tuh eh.

~busybee~

zino said...

bes nya dapat pegi berjalan jauh.. tapi kena lah bawa RM lebih sikit.. maklum lah tempat org..