Wednesday, March 19, 2008

Melawat HM

Rancangan nak melawat HM ni sebenarnya was my idea. The idea came when one nite I called rizal (my schoolmate my negeri mate kat muo) just to get some update pasal dia and family plus tanyalah pasal HM (Tuan/Datuk Hj Yaacob Ideris) sebab HM adalah ayah saudara rizal. Dapatlah cerita serba sikit pasal Tuan Haji. Then I shoot email to black our pengerusi then email was shoot kat group. Mula2 sambutan memang menggalakkan untuk pergi on the weekend yang aku sibuk dengan persiapan untuk ke US. So aku pun katalah korang go ahead la coz aku memang tak dapat unless korang buat on the 15th march which aku dah selamat landing kat Malaysia. Then the date remains on the 15th.

Maka Saturday pagi tu after dapat green light from hubby so aku sibuk la..dengan jet lagged yang tak habis then hantar deena and ilman ke sekolah..I was lucky that Saturday sekolah bebudak ni bukak. Mulanya dah kecoh2 kat diorang aku terpaksa jugak hangkut beg tangan sebab hunny memang kerja Saturday. Tapi bila anak-anak tak ikut maka aku lega giller. Lega becoz mama nak pergi melawat aje kan bukan nak enjoy2 pun. Maka kami berkumpul dulu di nilai breakfast…hmm aku satu2 nya wakil wanita yang datang untuk mejenguk HM selain black, rosham haizel and wak lan…the rest ramai yang sms tak dapat hadir dan berkirim salam. Then jumpa wak lan and wife dan anak kat seremban..at least ada sorang lagi kawan pompuan. Maka kami berenam sama-sama menuju ke Rasah seremban.

Dah lama kami tak jenguk HM kali terakhir aku melawat masa raya time bujang2 dulu adalah 8-9 tahun dulu dengan haizel, hafiz, rizal, zai. Tuan haji masih mcm dulu Cuma semakin dimamah usia. Melihat beliau membuatkan aku insaf ya ALLAH cepat sungguh masa berlalu terasa alamak dah tua lah aku ni… aku macam dalam teka teki rasa baru aje sehari dua meninggalkan sains muar yang tercinta. Kami bersembang sambil mengimbau nostalgia di sekolah suasana adakalanya sedih adakalah sayu dan ada masanya lucu and kadang-kadang aku control macho menahan airmata dari menitis…Ya ALLAH rindu siutt kat sekolah…aku bila masuk pasal sains muar ni memang ada sadis sikit sayang sgt kat sekolah tu.

Suatu ketika dulu ketika aku 16 tahun inilah ayah yang sentiasa memberi amanat, peringatan dan mandat kepada kami semasa perhimpunan supaya menjadi pemimpin. Inilah tuan pengetua yang penuh dengan sifat kebapaan dan kami memang kagum dengan kredibiliti beliau sebagai pemimpin. Hari ni aku berdepan lagi dengan ayah yang sama yang makin dimamah usia. Kali ini mandat dan amanah beliau berbeza antara peringatan beliau yang masih mengiang2 di telinga jagalah anak bangsa kita kukuhkan maruah bangsa kita. Apa-apapun peringatan beliau utamakan anak bangsa. Buatlah sesuatu yang boleh bantu anak bangsa kita. Jangan lupa perjuangan bangsa jangan lupa ajar anak sejarah perjuangan bangsa melayu. Amat memberi kesan yang sangat mendalam lagi-lagi bila dikaji kedudukan bangsa kita di malaysia sekarang ni yang semakin rapuh.

Kepada Tuan Haji Yaacob Ideris terima kasih yang tak terhingga diucapkan dengan didikan dan tunjuk ajar yang diberikan. Dengan tamparan dan rotan yang dihadiahkan menjadikan kami anak-anak bangsa yang Tuan Haji boleh banggakan kerana SPM 100% pangkat 1 telah menjadi sejarah batch kami. Kawan-kawan yang lain yang tak hadir rasa rugi sgt tak bersama kami. Sedar tak sedar 3 jam kami bersembang. By pukul 1.00 kami pun berangkat pulang. Tuan Haji pernah menjadi ketua warden Mozac then jadi pengetua Sains Muar then Pengarah Lembaga Peperiksaan.

3 comments:

zino said...

dulu selalau le ke sains muar tu masa along blajar kat situ..

NBK466 said...

Kalau most of anak2 murid cam KS.. tak sia2 pengorbanan Tuan Haji..

Kopi Suam said...

zino..
oo iye ke...satu2nya sekolah yang ada kubur dalam kawasan sekolah..tapi pagar kat kubur tu le yang jadi tempat bebudak ni fly....

NBK,
kerana guru itu adalah ibarat ibu bapa rohaniah kita jadi jasa mereka memang harus kita kenang dah memang tidak terbalas.