Monday, March 24, 2008

Serabai dan lagi gambar US

Aku tengah dok kumpul2 maklumat tentang umrah ni maklum le orang tak de pengalaman macam aku ni memang hanya berpandukan pada maklumat masa kelas, internet dan kawan2 aje. Kalau korang yang dah pernah menunaikan umrah ada tips dan nasihat yang nak bagi kat aku amatlah dialu-alukan dan dipersilakan. Alhamdulilah insyaALLAH jika tak ada aral melintang aku akan berangkat menunaikan umrah pada 28 April 2008. Memang tak sabar rasanya sebab dah lama menantikan saat2 ini. Hati pun dah berbunga-bunga kembang semangkuk cumanya buat masa sekarang ni aku tak boleh le nak terover excited sangat. Memandangkan wedding adik aku pun dalam bulan yang sama jadi kenalah bagi sama rata. Pada mak ayah pun aku ada tanggungjawab pada diri sendiri dengan ALLAH pun aku ada tanggungjawab jadi macam satu rukun “tertib“ iaitu yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan.

Justify Full
Aku bukan pengumpul barang HRC tapi geng2 yang gi sekali tu semua dok collect t-shirt HRC
mak tumpang sekaki..dapat crayon free made in Malaysia

houston - down town waktu malam jln raya lengang giller


meeting with accenture


Meeting with Center Point energy

InsyaALLAH wedding di umah melaka pada 12 April 2008. Geng makcik woks yang mana mak aku kenal korang semua dijemput hadir Ina, norma, ayu, chombie, pinky, pinie (mak aku paling tak lupa hang le pinie). Geng yang mak aku ingat2 lupa tapi aku ingat sokmo korang juga dijemput hadir mai le datang umah aku ok jangan malu jangan segan...plus jangan lupa bawak pakaian untuk mandi laut di pantai puteri. Kot Zie, Ezzah, DD korang nak berpiknik dan berenang2 anak beranak kat pantai puteri mai umah aku makan nasik kenduri dulu lah weii ni ajak2 dinosour tau bukan ajak2 ayam...Pastu malam tu nanti korang bermalam le kat Everly resort atau Hotel Merak murah aje kat situ.
Westin Galleria - Peserta project runaway tinggal kat sini.
Seberang jalan is Banana Republic. The Galleria dalam building yang sama.
Banyak kedai untuk shopping tapi price mahal sikit.

Permandangan from my room - down town sayup2.

Walaupun wedding adik yang ni aku rasa mcm tak dapat nak bagi komitmen sgt maklumlah aku pun sama2 sibuk plus dengan opisnya pun bukan kat KL lagi tapi sekurang2nya aku dapat tolong le mana2 yang patut pun dah kira selesai sikit tanggungjawab ni. Hujung minggu ni mak kata nak buat kumpul waris. Aku rasa kumpul waris ni macam adat orang Melaka aje. Maknanya hari tu nanti berkumpullah saudara mara adik beradik sepupu sepapat belah mak dan ayah duduk berbincang macam mana perjalanan majlis 12hb nanti. Kali ni kumpul waris aku nak request mak buat serabai dengan kuah pisang atau kuah durian.



Pan cake with strawberry


Penangan Ihop






Kalau ke Houston tak pergi sini memang rugi - entry fee 18 usd
tapi kat certain2 pamplet ada discounted price.
We paid for 13 usd after discounted 5 dollar.

Bukan apa dok teringat masa kat US tu kami makan di Ihop (pan cake house) one of my fren ni order le pan cake with banana…laa aku rasa sebijik mcm serabai yang mak aku buat. Kalau komersialkan lempeng ni kat Malaysia korang rasa ada sambutan tak. Kalau Ihop ni merata2 kat US tu…banyak cawangannya. Ada tak yang minat dengan proposal aku ni..kalau resepinya tak de masalah…pan cake yang aku makan kat ihop tu memang sebijun rasa serabai yang mak aku buat.

Q sebelum berlepas- continental

Btw kalau ada geng blogger yang tersesat ke Melaka 12 April tu jemputlah yek ke rumah KS di Tangga Batu Melaka…

Till then…

8 comments:

DeLinn said...

zira

aku nak gi lah, sebab aku ada plan nak g melaka, umah yaya. Aku ingat nak ajak norma, nora, cik lee dgn isz. ko ok dak?

ikan said...

nengkiu menjemput kami....
mcm best jek mandi pantai kna...ish..ish...

ina - kim salam nora

Kopi Suam said...

ina,
aku tersangat lah ok nyer makcik sebab aku pun dah jemput yaya sekali....tapi dengan syarat bawak hadiah besar2 jangan lupa...kih kih.kih..ajak norizan sekali wei kita buat small gathering..pastu nanti korang gi piknik2 kat pantai...

hello mate,
jom le mai umah mak aku..ke hang dah lupa jalan...hang baru balik cuti2 melaka kan..heeh heeh

ya2 said...

oh zira,
aku sanggup cancelkan hajatku nk g kl sbbkan wedding adikmu itu..

tak sabarnya aku nak jumpa kwn2 kita.huhu

so jumpa di sana ek.
psst..jgn lupa bg add.kang aku sesat lak!

NBK466 said...

Manggai...bosa eh exsos roket tuh...

Tukang Campak said...

TQ atas jemputan dinasour itu, apakan daya aku kena paksa gi teambuilding kat Putrajaya on the day. Aku slalu gak layan Melaka tgk2 adik aku kat UITM Bandar. Ada rezeki lenkali sampai la kami

bab umrah tu as long as ko pegi ngan guide yg regular insyaallah ok. Family aku selalu amek ngan Ust.Daud Che Ngah

KV said...

alhamdulillah dah sampai seru KS nak buat umrah. Giliran kv entah bila ler. Huhu

Kopi Suam said...

yaya,
kira jadi tau...nanti aku bagi ko full address dan contact number aku

nbk,
roket tu sebesar 2 padang bola sepak..memang bosa giller..den kagum.

Ok zie..no probs..kalau kau gi melaka call aku nanti aku bagitahu kat mana nak makan yong tau foo best..

KV,
amin....insyaALLAH kalau ada rezeki KV akan menyusul tak lama lagi..amin