Thursday, March 27, 2008

Ganu Kite

Dah puas call sana call sini...mcm-mcm klinik dah call ni...ada yang kata tak de stok ada yang kata kalau nak juga diorang kena order dulu then April baru boleh dapat. Aku nak kena ambik injection maningitis untuk dapatkan visa Arab Saudi. Suntikan ni adalah suntikan wajib bagi jemaah haji dan umrah. Oleh kerana suntikan ini tidak ditanggung oleh syarikat maka aku survey jugak mana klinik yang harga lebih murah (mak kan begitu). Aku memang tahu vaksin ni mahal sebab dulu masa deena dengan ilman baby kan diorang kena suntikan ni...dinamakan suntikan 3 serangkai. Ada klinik bagi harga RM120. Ada yang bagi RM88. kebanyakan klinik letak harga antara RM80-RM135. Last2 aku call Klinik kesihatan Kelana Jaya di tabung haji. Maka sah dah set appoinmentnya esok pagi sebab diorang buka untuk jab vaksin ni hanya hari selasa dan Jumaat sahaja. Harganya....hmmm tersangatlah murah berbanding harga2 yang di quote kan oleh klinik lain. So next time bila giliran korang pula buat umrah sila dapatkan suntikan maningitis anda di klinik kesihatan Kelana Jaya Tabung Haji.

Lunch time tadi aku gi training bowling untuk ketiga kali. Training bowling kami ditanggung oleh persatuan. Tujuan training adalah nak tempatkan kami dalam group mana.Kalau group 1 tu memang group yang score power2 laa then second group macam akunya score la. Tournament bowling insyaALLAH pada 5 April nanti di One Utama. Kali ni rasa nak target jadi juara sebab nak rebut cash money yang ditawarkan. Korang doa-doakan lah aku menang yek. Score hari ni agak memberansangkan. 5 games aku main tadi 132, 171,187,190 & 147 dengan evarage 164...quiet high..tapi kalau boleh nak target avarage 180 masa tournament nanti.

Tadi masa aku tengah makan mak call. Mak tanya nak tak join gi Trengganu bulan May nanti sekali dengan adik lelaki aku...Aku pun spontan le jawab nak....tarikh yang diorang pilih 16,17,18 dan 19 alamak masa tu aku baru seminggu balik dari umrah..nak berjalan lagi. Dah le depa plan nak ke pulau redang mencandat sotong tak tahan mak mendengarnya. Tapi bila difikirkan balik nanti le iskhh susah nak buat keputusan ni. Kalau ikut plan aku memang tahun ni pun nak bawak mak ngan ayah ke trengganu (memang belum bagitahu kat mak pun konon nak suprise le tu) lagi-lagi nak gi umah mak ngah kat sana. Tapi plan aku bulan 6 bukan bulan 5 cehhh encik Azmir ni potong line betul la...Orang ganu bagi sikit tips apa yang best kat ganu kite lama dah tak ke sana...dulu aku dah gi pulau kapas and kuala trengganu masa bujang2...heehh ngan elin (anak hang pun dah besaq kan), chombie, muna and iza...aku le tukang drebarnyer dioarang tukang tido dalam kete.. 9 jam konvoi masa tu kete wira iskhh rindu mak kat wira mak yang powerful yet hensem tu...heehh heehh..tapi kalau aku tak pergi ralatnyerrr....

Ganu kite...Kite tengok penyu telo....

No comments: