Tuesday, April 01, 2008

tahniah boss - moga sentiasa murah rezeki.

To my boss datuk A..walla you manyak kaya laa harini bosss….tarikh keramat sungguh harini InsyaALLAH kejap lagi nak dapat baby baru (wife boss tgh sakit2 nak bersalin ni) and berkuatkuasa harini boss naik pangkat dapat title baru. Rezeki manyak murah ini olang…tahniah-tahniah semoga sentiasa dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal dunia akhirat.

Pagi ni tetiba aje my boss called me ni lah dia orang kaya yang berlagak miskin tak aci sungguh but I’m happy with that title…amin semoga doa boss menjadi kenyataan jika apa yang boss maksudkan itu adalah kekayaan dan kemiskinan dari segi meterial. Walla boss mana ada berlagak miskin tapi saya memang miskin pun. Miskin I think what was my boss maksudkan ialah sederhana kot. For me bersederhana in everything is something yang memang dituntut dan diutamakan di dalam Islam. Whay must berlagak kaya kalau memang kita tak kaya pun. One thing yang you should know is memang saya orang miskin pun boss jadi selama ni bukan saya berlagak tapi inilah sebenarnya diri saya yang miskin di sisi ALLAH.

But I really like the tittle…I kaya hati yup as far as I know memang I kaya hati (tak payah elobarate la maksud kaya hati takut nanti orang kata tujuan kita nak berlagak pulak) tapi miskin harta benda, miskin ilmu, miskin amal, miskin iman banyaknya miskin dari kaya mahu tak miskin di sisi ALLAH. Tapi miskin harta benda tu tak kisah lah tak nak kejar sangat pun (berapa banyak sangat harta kekayaan yang kita boleh kendung pun nanti mati tercicir semua tu) apa yang ada sekarang ni pun dah melebihi dari cukup alhamdulillah…tapi yang aku dok risau tu miskin ilmu, miskin iman (yang ni kejap malap kejap terang) maklum le kita ni golongan orang kebanyakan yang kalau nak solat pun sikit punya liat. kalau nak keluar duit untuk sedekah tu sikit puya ketaq tangan..tapi kalau beli handbag baru tu laju aje swipe kredit kad..aku le tu.

Malam tadi kelas kami belajar kitab tassauf Hidayatul Salikin yang membincangkan tentang kelebihan solat sunat muakkad awaabbin dan rawatib. Seronok balajar sampai letih2 ustazah membaca kitab, kami ni tak nampak2 lagi sign nak berhenti kelas. Last2 ustazah mengalah sebab dah letih kesian kat ustazah bab tassauf kalau belajar memang seronok dan leka jadinya dekat 10.15 baru kami stop kelas….tapi aku dok sambung bincang2 masalah2 lain chit chat ngan ustazah dengan cik ram and kat marlina sampai tak sedar jam dah 11.30 malam.

Antara kelebihan solat sunat 4 rakaat sebelum zohor (kabliatan – 2 salam) fadhilatnya sama seperti solat tahajjud. Ada 7 kelebihan yang ALLAH kurniakan kepada orang2 yang mengerjakan solat tahajjud ni.antaranya kuburnya terang, malaikat mungkar nangkir tidak menyoal semasa di alam kubur ..selebihnya korang cari sendiri. And ada satu fadilat atau kelebihan antara solat sunat ini yang ALLAH ampunkan dosanya sehingga 50 tahun. Ustazah kata kejar dan amalkan sebab kami semua belum 50 tahun. Amalkan solat sunat ni siang2 dosa2 kita sepanjang 50 tahun telah diampunkan oleh ALLAH siap-siap…

Kelebihan solat sunat awaabin – hafizul Iman – solat yang akan menjaga iman kita dan menarik kita membuat ibadat dan kebaikan dikerjakan diantara waktu maghrib sebelum waku isyak sebelum berkata-kata. Dikurniakan dua buah mahligai disyurga yang mana setiap satu mahligai luasnya sejauh perjalanan seratus tahun. Fadhilat solat sunat rawatib 4 rakaat selepas Isyak (ba’diatan – 2 kali salam) fadhilatnya adalah seperti solat di malam lailatul qadar. Sedang kita tahu begitu besar sekali fadhilat orang yang bersolat di malam lailatul qadar. Iskh alangkah ruginya jika kita tidak mengejar segala keuntungan yang ALLAH janjikan termasuk le diri aku ni yang kurang istiqamah ni aku pun sama aje macam orang lain ada masa rajin ada masa longlai dah nama pun manusia yang memang serba sangat kekurangannya. Adakalanya berperang dengan nafsu diri itu lebih berat dan susah berbanding berperang di medan perang. Itulah sebabnya pahala berperang dengan diri untuk membuat amal dan kebajikan pahalanya adalah seperti fisabillilah.

Tips of the day- pujuk diri untuk buat ibadat dan amal kebajikan dengan mengingatkan segala ganjaran yang akan dikurniakan oleh ALLAH. Ingatkan diri tahan ke dengan siksa kubur kalau nak lengah2 solat. (yang cakap ni pun sama) kekadang solat dah sampai hujung2 waktu. Ingatkan diri di akhirat nanti kita dah tak de masa nak fikir pasal orang lain masing2 semua dalam keadaan ketakutan nak menentukan buku amalan diterima dari tangan yang mana nak menentukan mcm mana cara aku nak meniti titian sirat. Waktu tu hati berdebar2 ketakutan yang amat tak hirau dah orang keliling yang semuanya berbogel dah tidak ada masa tak tanya mana anak mana suami mana emak, sedang dalam hati ketakutan yang amat sgt menentukan nasib yang hanya bergantung kepada amal semasa hidup didunia.

Pesanan ustazah selagi kudrat kita masih kuat (kita masih muda) selagi tenaga masih bersisa buatlah amal yang terbaik sedang kita pun tak tahu bila masa kita nak padam entah esok entah lusa entah hari ni jangan tunggu sampai hari tua umur 50-60 tahun baru nak belajar baru nak berjinak-jinak dengan ilmu agama itu pun kalau sempat kalau kiok tengah jalan dah tak sempat dah. Wallhualaam berdoa sahaja semoga ALLAH panjangkan umur kita, sempat untuk kita bagi ilmu pada anak2 menjadi orang yang beriman dan soleh sempat tengok dioarng membesar dan berkeluarga dan kita bercucu adalah bonus, sempat untuk kita tunaikan tanggungjawab pada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka, sempat untuk kita bayar segala hutang piutang (qada solat, qada puasa qada zakat, sempurnakan rukun Islam sepenuhnya) kita pada ALLAH mudah-mudahan bila Izrail datang memanggil kita berada dalam keadaan yang bersedia tenang dan senang.
Jadi ada masa ke lagi kita nak fikir dan sibuk2 kan diri dengan hal orang lain?? tepuk dada tanya selera. perumpamaan rapuhnya nyawa kita adalah ibarat seperti telur dihujung tanduk.Kalau kita berfikir tentang azab siksaan ALLAH berbanding amalan yang kita ada pada harini...ya ALLAH boleh ke aku survive di akhirat nanti. Tak de orang lain yang akan tolong kecuali 3 perkara yang kita tinggalkan semasa hayat.

Sekadar renungan

2 comments:

Mak Su said...

tq for the perkongsian ilmu ini.

Kopi Suam said...

sama-sama kasih...