Monday, March 31, 2008

Realitinya

Ya ALLAH semoga apa yang kami bincangkan serta apa yang aku luahkan di dalam kereta semalam adalah semata-mata Ilham darimu serta keikhlasan yang lahir dari hatiku. Aku berdoa semoga semua itu akan memberikan kami manfaat yang baik di dunia dan di akirat. Amin

Debarannya kian terasa...lebih kepada ketidaksabaran nak berteleku dibumi para anbiak sebenarnya. Hopefully tarikh yang diberikan tu tetap seperti jadual yang asal. Sebab aku dah isi borang cuti. Klinik yang aku ceritakan di dalam entry lepas ialah pusat kesihatan petaling Jaya yang teletak di Glomac Business Center bayaran yang dikenakan hanya RM5 sahaja. Jumaat tu aku amik cuti sebab nak pergi ambik jab tu la...ingatkan lama sgt tapi tak sampai pun setengah jam. So alang2 dah cuti tu aku pun singgah le Giant Kelana Jaya untuk beli barang2 untuk balik kampung Muo. Perancangan untuk balik Melaka telah bertukar menjadi perancangan balik Muo kerana majlis kumpul waris minggu lepas tidak jadi dibuat dan hanya buat mesyuarat adik beradik aje. Maka sempatlah aku spend time beli barang and dapat tukar duit Saudi 1000 riyal = RM865 di situ. Aku pun tak pasti berapa banyak nak tukar duit ni..selalunya berapa banyak yang orang bawak untuk umrah yek..bukan untuk shopping tapi termasuklah perbelanjaan kita kat sana, sedikit buah tangan untuk kaum keluarga dan sahabat di malaysia dan yang kita nak sedekah2 masa kat sana. Kalau ikut perkiraan aku 2k riyal memadai agaknya...kalau nak sedekah lebih sikit mungkin 3k riyal sesuai lah kan.

Sebahagian besar proses umrah kami ustazah yang uruskan. Yang aku tahu bila ustazah suruh sediakan semua document, gambar, buku injection serta wang pembayaran penuh aku ikut aje. Alhamdulillah semuanya dah dibayar dan diselesaikan. Travel agensi yang menguruskan umrah kami ialah Sakinah Travel kerana ustazah mengenali ustaznya dan pernah beberapa kali buat umrah dengan egensi ini. Bayaran pakejnya ialah RM5090 untuk umrah selama 11 hari. InsyaALLAH tarikh bertolak ialah pada 28 April 2008. Apa-apa pun sahabat2 tolonglah doakan semoga semuanya berjalan ok. Aku doa semoga ALLAH bagi aku kesihatan yang sempurna supaya dapat beribdat dengan sempurna semasa menunaikan umrah nanti.

Balik Muo- mak dengan abah seronok sungguh melihat cucu2nya menjenguk. Masa kami tiba mak, abah dan ajam yang dah bersiap untuk ke tempat kerja sedang menonton tv. Tak ada orang lain yang balik sepi pondok kecil mak yang disirami cahaya kalimantang. Mak kata Dr Su ada balik masa mengundi tempohari. Rumah mak masih belum ada perubahan. Nampaknya bantuan kebajikan yang dijanjikan masih tinggal janji. Hmm dari sebelum mengundi sampai le habis mengundi. Kira dah genap 3 bulan kebakaran tu berlaku. Sisa2 rumah yang terbakar masih pun belum ditolak dan belum dibersihkan, dulu penghulu juga yang tak bagi bersihkan katanya nanti bantuan akan datang kalau dibersihkan nanti hilang lah buktinya. Mak dan abah masih lagi duduk dipondok kecil yang kami siapkan tempohari pondok yang memang lah serba kekurangan. Mak kata kalau kita nak harap orang bantu memang tak berumah lah sampai raya jawabnya. Malam tu kami anak beranak tidur bawah kolong (area bertingkat) kat pondok. Best gak tidur kat kolong tu sejuk sungguh..bumbung dengan lantai kolong tu tinggi sikit dari deena aje jadi kalau nak masuk situ kena bongkok.

Esoknya abang jali datang dengan pelan rumah baru dan minta idea aku. Hmm aku ok aje. Kalau ikut pelan rumah tu 5 bilik. Bolehlah tu perlahan-perlahan. Setelah dikira2 oleh tukang kosnya melebihi 100k juga. kalau betul ada bantuan yang nak diberikan nanti suruh aje diorang tambah bahagian belakang tambah lagi 2 bilik. Kalau 5 bilik bila semua balik raya sebahagian besar kena tidur bergelimpangan di tengah rumah. Anak mak kan ramai 12 orang semunya 10 dah bekeluarga. Setelah perbincangan dibuat mak kata proceed aje..InsyaALLAH selasa ni kerja2 pembersihan akan dibuat. Susah juga nak dapat bantuan kerajaan ni kan...kalau kita dengar kat berita tu mcm senang aje bagi bantuan rumah sana sini. In realitynya humang aaiii..3 bulan kalau perkara yang sama jadi pada orang yang miskin dan susah dengan anak-anak kecil lagi mcm mana lah keadaan keluarga tu agaknya.

Haritu bila kami bincang2 aku setuju sangat kalau mak minta anak2 support sorang sikit at least aku kata satu family bagi 5k mana yang gaji besar tu terpulanglah nak kasi lebih ke. Memanglah ada yang mak tak minta pun akan support tapi biasalah dalam adik beradik ni memang ada mcm2 perangai yang pelik2. Kan kalau muka tu asyik muka tu aje yang kena support kan..so aku pun cakaplah kat mak..kali ni kalau mak nak mintak kena mintak pada semua jangan ada yang mgelat2 pulak kan. Kesian sungguh pada mak dan abah tu. Aku pun bagi hint jugak le kat cik abang...harap2 dia bagilah banyak2 kat mak abah tu untuk buat rumah. Janganlah takut duit kita habis kalau kita tolong orang tua kita..ingat sahaja janji ALLAH insyaALLAH ALLAH akan melipat gandakan rezeki kita dalam berbagai cara. Kalau bukan rezeki wang, rezeki anak, rezeki kebahagiaan rumahtangga, rezeki kesihatan, rezeki naik pangkat itu semua rezeki yang ALLAH berikan yang kita ni memang jarang2 sekali nak bersyukur. Jadi takut sangat ke duit habis kalau nak bantu orang tua kita....jasa diorang masa kita kecik tu belum tentu habis kita dapat balas sampai akhir hayat kan.

Ikhtibar dan pengajaran layari hidup ini dengan mata terbuka dan fikiran yang terbuka..jangan kita hidup ni tanpa tujuan setakat makan minum enjoy tido kerja dan tak berfikir langsung tentang benda lain. Yang penting gunakan otak yang ALLAH bagi ini untuk berfikir setiap kejadian, ketentuan, musibah kelebihan yang ALLAH berikan. Semuanya ada hikmat ilmu dan pengajaran yang tersendiri. Kalau musibah yang sama berlaku pada keluarga anda cucuk sikit penghulu atau wakil rakyat supaya buat kerja bagi rumah kat orang yang ditimpa bencana dengan kadar segera. Zalim dan berdoa pemimpin yang membiarkan rakyatnya didalam kesusahan bermalam di dalam kesejukan dan kelaparan sedangkan dia kat rumah sedap aje tidur di atas tilam yang empuk dengan aircond lagi.

till then

4 comments:

Mak Su said...

tak sabarnya... moga yang baik2 saja kelak ya.

Kopi Suam said...

terima kasih maksu..insyaALLAH amin

Anonymous said...

Hi kak, first time post comment kat sini... actually I'm a loyal reader of ur blog since couple of years back... btw, saya junior akak setahun masa kat UUM... tp mungkin akak tak kenal.. sbb saya pun tak berapa perasan akak.. wpun sama matrik dan BIT later on.. urmm.. wpun ada org kata akak showing-off with your posting etc.. saya tak rasa gitu pun.. in fact i like to read them, hence the loyal reader that I am :).... wishing u all the best with your umrah..

Kopi Suam said...

thanks My..

* kerana menjadi pembaca setia kopisuam dan kerana ada pendirian sendiri.

Moh kita merapatkan silaturahim..

My boleh email akak di aziraa@tnb.com.my mungkin kita kenal cuma kita tak perasan. My satu batch dengan Azimah, Marina, Monet (my roommate), Nurul kan...akak kenal geng2 tu...dulu akak kat kolej pewaja sebab akak palapes.

btw terima kasih kepada pembaca setia kopisuam yang lain..ada jugak yang suka baca senyap2 mcm cik din kita tu and also ida kat serdang...

showing off/brangging tak sama dengan sharing. ALLAH dah bagi kita akal fikiran so kita sama2 lah fikir mana yang buruk mana yang baik. Kalau kita asyik nak dengar apa kata orang sampai bila2 pun diri kita tidak akan ada kemajuan.