Thursday, May 15, 2008

Masjid Nabawi - Kali pertama



Alhamdulillah selesai dua benda penting hari ni. I was terpanggil sangat nak menulis sebenarnya but due to time constraint and also my kesihatan yang tidak mengizinkan maka tulisan tentang Umrah masih tertangguh lagi Bagai ada satu benda yang masih belum selesai kalau belum share pengalaman masa membuat ibadat umrah baru2 ini. So here we go.

Alhamdulillah kami selamat menjejak di Kota suci madinah selepas hampir 9 jam perjalanan menggunakan Saudi Airline. Dengan perasaan gembira terharu sedih aku melangkah memijak bumi bertuah madinah buat pertama kalinya. Lapangan terbang madinah jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan KLIA yang begitu gah namun perkhidmatan pak arab yang sangat cekap dan nak cepat selalu menjadikan keadaan berjalan lancar dan cepat serta kelam kabut kami semua dibuatnya sebab takut pak arab yang garang. Setibanya kami waktu itu adalah waktu Maghrib. Sedang kami sibuk memilih beg sekumpulan pak arab sedang bersolat diruang kosong berhampiran.

Menunggu bas untuk ke hotel menjadi havoc. Dalam flight kami terbang bersama kumpulan Utas, Andalusia dan juga Tabung Haji termasuk kami dari Sakinah Travel. Jadi bila keluar untuk mendapatkan bas keadaaan menjadi agak kelam kabut. Sedang waktu tu tak de satu sign pun menunjukkan bas sakinah kecuali yang kami nampak hanya untuk bas dari kumpulan Tabung haji. Kami menunggu. Setelah hampir setengah jam barulah kami berjaya menghempas diri diatas kerusi empuk bas. Ada dua buah bas yang dikhaskan namun kami dah tak bertanya dek kepenatan terus melangkah naik. Aku mengambil peluang mengenali bumi Madinah buat petama kalinya

Perjalanan hampir 40 minit menuju ke hotel. Bila sayup kelihatan tiang Masjid Nabawi ustaz memalumkan kepada kami. Aku tak dapat nak gambarkan perasaan aku waktu itu. Aku rasa mcm bermimpi tak sangka ALLAH memberi aku rezeki untuk tiba di sini. Bukan semua orang mendapat rezeki ini tapi aku adalah antara yang terpilih amin. Dari dalam bas aku memerhati sayup tiang masjid Nabawi dalam hati tak sabar untuk menjejak kaki ke sana.Perasaan itu tidak boleh digambarkan lebih kepada sayu serta penyerahan diri. Perjalanan kami tertangguh bila mana bas tersekat oleh kereta yang memakir di tepi jalan. Akhirnya kami tiba juga di hotel. Naik tingkat atas untuk mengisi perut dulu. Bila aku bertanya ustaz rupanya hotel kami bukan disini. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan sebab tak ada sign kami belasah aje naik bas mana dan usaz pun tak maklumkan. Akhirnya terpaksa kami berbondong menarik beg sendiri ke Hotel Taibaa. Kelelahan kami tidak terhenti disitu. Tiba di hotel kami masih tidak mendapat kunci. Tunggu lagi hampir sejam itu pun aku hampir juga nak berkecoh-kecohan dengan ustaz yang menguruskan kunci sebab terlalu lambat sedangkan jemaah yang diuruskan di Hotel ini hanya 13 bilik sahaja. Masuk ke bilik kami merehatkan diri dan bersolat dibilik sementara menunggu untuk ke masjid subuh esoknya dan kami dilarang sama sekali untuk mandi pada malam itu.

Pagi seawal azan subuh pertama kami telah terjaga dan bersiap untuk ke Masjid. Jarak hotel ke masjid dalam anggaran 200-300 meter sahaja memang dekat sangat. Kedinginan pagi Di Kota Madinah sangat menyamankan. Sampai di pintu masjid kami diperiksa oleh pengawal wanita. Kawalan di Masjid Nabawi sangat ketat. Kami mengambil tempat. Alhamdulillah perasaan itu aku tidak dapat gambarkan ianya lebih kepada penyerahan diri kepada ALLAH kerena memang itu niat aku sejak dari Malaysia dahulu. Aku solat tahiyatul masjid, beritikaf, solat taubat dan aku menangis sesuka hati aku. Airmata tu ntah dari mana datangnya. Aku tak dapat gambarkan betapa aku manusia yang paling bersyukur waktu itu kerana cita-citaku telah tecapai iaitu solat di dalam Masjid nabawi. Pagi itu kami menghabiskan masa sehingga langit cerah di dalam Masjid nabawi. Perasaan ketenangan itu tak akan dapat aku cari di mana-mana.

bersambung......

2 comments:

Anonymous said...

madinah mmg lebih sejuk drp mekah kan. saya dulu pergi ke mekah utk tunaikan haji, selepas tunaikan ibadah haji baru ke madinah. jadi mmg terasa sgt2 kesejukan madinah. tapi both mmg best perasaan dan rasanya, kita blh saja berikan penyerahan total pada Allah. hmm... moga berkekalan diberikan kekhusyukkan dlm ibadah sehingga ke akhir ayat walaupun berada beribu2 batu drp haramain. ameen.

Kopi Suam said...

Amin seronoknya sebab dah menunaikan haji semoga giliran saya seperti yang saya rancang akan tiba. Saya masih menghitung hari dan mengumpul duit insyaALLAH target 2011 nanti.

Madinah memang lebih sejuk dari mekah plus lebih aman dan tidak sesak. Mekah sekarang terlalu berdebu akibat kerja2 runtuhan hotel2 lama.

Rindu nak ke sana lagi...kalau boleh nak buat umrah lagi untuk betulkan mana2 ibadat yang masih rongak sebelum full swing untuk haji. Doakan untuk saya sekeluarga...amin