Tuesday, May 20, 2008

Mekah yang pertama


Permandangan di dalam Masjidil Haram - aku suka solat di atas sebab boleh nampak Kaabah direct


Selesai saei


Kenangan terindah di hadapan Kaabah


Alhamdulillah-dapat solat depan multazam

Aku rasa macam nak muntah hijau dah. Boss kata alaaa baru buat JD dah nak muntah hijau..mau tak muntah bukan 1 JD but 11 JD nak kena siapkan by today. JD untuk technical and application team Esok pagi dah nak kena discuss, by afternoon nak kena forward pada HR. Plus aku belum berapa sihat pun..lembik semacam aje sekarang ni. Serius longlai…boss satu lagi berseloroh tu la qada banyak sangat..iye laaa qada solat banyak boss memang laa…iskhhh sabar aje laaa diorang ni.


Dataran Masjidil Haram


Ok sambunglah cerita pasal umrah. The day kami tinggalkan Madinah kami dah bersiap2 untuk ihram berpakaian ihram serba putih kaum lelaki pun dah siap memakai ihram. Dari madinah selepas zohor selepas berselamat tinggal dengan Rasullullah dan masjid Nabawi memang sayu kami menuju ke Mekah. Kami miqat di Bir Ali berniat ihram tapi tak sempat untuk bersolat sunat ihram di sana kerana kesuntukan masa dan meneruskan perjalanan ke Mekah. Perjalanan hampir 6 jam kami tiba di kota Mekah waktu malam. Selepas makan malam ustaz kata kita selesaikan umrah malam tu juga. Tatkala mereka yang lain bergembira dapat dapat melihat Kaabah buat kali pertama aku pula uzur haritu. Ya ALLAH inilah dugaan umrahku. Aku ingat aku dah selamat kerana memang aku lewat bejot dah hampir dua minggu tu lah bukan rezeki aku dah sampai Mekah tapi masih ditangguhkan oleh ALLAH untuk membuat umrah dan melihat Kaabah. Hari2 aku doa supaya kering cepat2 hari2 kirim doa kat kawan2 yang dapat bertawaf dan bersolat dihadapan Kaabah. Petang2 aku jalan sendirian di dataran Masjidil Haram meninjau2 Kaabah dari pintu 1. Satu2nya pintu yang boleh nampak Kaabah terus. Hati memang sayu tersangat sayu dan tak sabar rasanya bila nak masuk dalam masjid bertawaf dan brsolat..


Permandangan dari bilik hotel- Al-Anfal - stesen bas bawah tu aje

Aktiviti di Mekah dipenuhi dengan ziarah. Kami ke Jabal Thur melihat dan mendengar kisah Nabi dan Saidina Abu Bakar di Bukit Thur seterusnya kami mengelilingi kawasan Jemaah haji seperti di Mina, Mudzalifah dan lalu di hadapan Jamrah yang masih dalam pembikinan. Hari kedua kami miqat di Ja’ranah untuk umrah kedua jemaah. Lalu di hadapan Jabal Nur gua Hira’. Seterusnya hari ketiga lawatan diteruskan ke Jabal Rahmah, Jabal Uhud tempat berlakunya perang Uhud dan tempat terkorbannya Saidina Hamzah dan para sahabat. Seterusnya kami ke Hudaibiyah untuk membeli susu unta dan akhir sekali lagi kami berniat umrah di Masjid Hudaibiyah untuk jemaah melaksanakan umrah. Semuanya aku termiss dengan perasaan sedih. Dalam perjalanan ziarah kami juga singgah dibeberapa buah masjid seperti Masjid Qiblataian dan juga Majid Quba.

Jabal Rahmah - bukit pertemuan Nabi Adam dan hawa setelah diturunkan oleh ALLAH ke dunia. Tapak tempat khutbah terakhir Nabi


Alhadulillah hari ke-4 semuanya dah ok. Pagi tu selepas solat subuh aku mengikut rombongan ustaz dan rakan2 jemaah lain yang hendak membuat umrah. Kami ke Tanaem menaiki van. Tatkala kaki melangkah masuk Masjidil Haram ada satu perasaan yang aku tak dapat gambarkan sayu dan sedih campur gembira perasaan bercampur aduk. Aku mencari Kaabah subhanallah Ya ALLAH aku dapat melihat Kaabah dengan mata kepala aku sendiri yang selama ini aku bersujud ke arahnya bila bersolat. Kak Sal membimbing aku untuk bertawaf kerana beliau dah beberapa kali selesai umrahnya. Aku dari Malaysia memang dah siapkan doa untuk 7 pusingan tawaf memang doa2 yang khas aku prepare khas untuk umrahku yang pertama. Tatkala membaca doa ketika tawaf hati sangat sayu aku memang mengambil peluang memohon ampun pada ALLAH. Waktu tu airmata memang tak boleh nak bendung. Sepanjang 7 keliling mengelilingi Kaabah aku memang tak henti2 menangis.

Ustaz TM Fauzi tuan punya syarikat Sakinah bercerita sejarah di Jabal Thur

Selesai tawaf kami ke Hijr Ismail untuk solat sunat tawaf dan solat hajat. Walaupun bersesak2 dengan jemaah lain tapi rezeki kami ada di situ. Alhamdulillah kami dipermudahkan dan senang sekali aku dapat ruang untuk solat di Hijr Ismail. Selesai solat sunat solat taubat dan solat hajat aku ambil peluang untuk mendekati Kaabah. Ya ALLAH harum sekali bau mu Kaabah aku rasa sayang dan rasa nak peluk Kaabah tu tapi tak boleh berlama-lama kerana kami perlu selesaikan Saei pula. Keadaan saei waktu pagi memang agak bersesak. Jemaah memang ramai yang membuat umrah waktu pagi. Saei pertama kami buat dalam keadaan yang santai. Hampir 1 jam kami ambil untuk selesaikan saei. Habis bersaei aku bertahlul sendiri. Alhamdulillah umrah perrtama aku selesai pada pagi itu jam 10.00 pagi.
Muzium Mekah dan Madinah - Kiswah

Selepas solat Zohor aku mencari sorang rakan untuk meneman aku ke Tanaem. Di Mekah bukan tempat untuk rilek2 sebab peluang begini bukan datang selalu dan kita nak ke sana bukannya mudah kalau tidak diizinkan ALLAH. Plus orang lain dah selamat 3 umrah berbanding aku yang baru terhegeh2 nak buat umrah kedua. Mulanya aku dah janji dengan jemaah lelaki yang memang nak ke Tanaem petang tu tapi last minit mereka tak jadi untuk membuat umrah. Selepas memaklumkan kepada kawan2 aku nekad aku dah Kak Ton dari Petronas kami bergegas ke stesen bas yang memang berhadapan dengan hotel. Nasib baik ada Nazri TV9 yang sudi temankan kami berdua Sambil menumpang jemaah Indonesia dengan bayaran sebanyak 2 riyal kami ke Tanaem untuk berniat umrah.
Walaupun hanya umrah tetapi jemaah memang ramai

Umrah kedua agak mencabar. Kami bertawaf selepas solat Asar dan menyambung Saei selepas maghrib. Waktu tu walaupun sedikit keletihan tapi aku gagahkan juga diri. Sebab nak kena kejar masa jadi kami kena bersaei dengan laju. Alhamdulillah kami selesai saei dalam masa 40 minit tatkala azan Isyak berkumandang. Tapi malam tu bila aku balik bilik kaki aku memang sakit sgt sebab kena musle pull. Sebelum tidur memang kena urut dan letak minyak selepas saei. Malam tu pulak mereka ada acara mendaki jabal Nur untuk masuk ke gua hira’. Walalupun hati meronta nak pergi tapi kudrat aku memang dah habis dah waktu itu.

Esoknya (sehari sebelum berangkat pulang) selepas solat subuh aku ingin membuat umrah lagi. Pagi2 lagi dah janji dengan Kak ton tapi malangnya kak ton tinggalkan aku dan pergi bersama kumpulan ustaz menaiki van. Hati memang dah meronta sangat nak buat umrah ni. Aku gagahkan juga diri sendirian aku ke stesen bas. Ambik bas no 2 kebetulan awal pagi memang tak ramai orang jadi aku bersama beberapa jemaah dari Iran menuju ke Tanaem. Dalam hati berdoa saja banyak2 semoga ALLAH permudahkan urusan aku. Alhamdulillah selepas berniat umrah sendirian aku terus tawaf dan saei. Lega seawalljam 10.00 pagi selesai umrahku pada pagi itu. Umrah yang terakhir untuk kali ini.

Kekuatan fizikal dan mental memang perlu bila nak buat umrah kalau haji lagilah perlu kan. Kalau tak kuat mental kebanyakan masa kita lebih selesa bersolat dibilik atau lebih banyak masa dihabiskan untuk keluar cari makanan atau cari2 barang instead of menghabiskan masa di masjidil haram mahu pun membuat umrah. Kekuatan fizikal perlu bila nak buat saei jadi kalau tak nak terkocoh-kocoh seelok-eloknya buatlah umrah sebelah pagi atau tengah malam kerana jurang masa sangat panjang. Tapi sekurang2nya kenalah ada fizikal preparation sebelum buat umrah. Jogging ke swimming sebab memang boleh tahan jugak mengah bersaei tu. Jarak antara Safa dan Marwah dalam 700m. Perjalanan adalah sebanyak 7 kali jadi anggaran jarak yang kita harus dalam lebih kurang 5km.

Niat umrah - masjid Tanaem

Semoga sedikit pengalaman dan coretan ini dapat memberi manfaat dan membuka hati kawan2 untuk menunaikan umrah dan haji. Perjalanan ini tidak datang secara spontan dan tidak juga akan berlaku jika tidak mendapat keizinan dari ALLAH. Apa yang kurang dalam ni memang definitely adalah kekurangan diri aku yang hina ini, Perjalana umrah atau haji ianya perlu disertakan dengan niat yang suci serta perancangan yang awal. Bukannya sekadar tangkap muat sahaja. Kalau nak dapat umrah/haji yang mabrur InsyaALLAH buatlah persiapan awal 2-3 bulan sebelum kita berangkat. Banyak lagi perkara yang kita tak tahu rupa2nya. Jadi cari le ilmu ye wahai kawan2. Apa-apa juga pun perkara yang kita nak buat carilah ilmu termasuk ilmu memperbetulkan solat kita. Itulah ilmu pokok dalam segala ilmu.

Till then.

4 comments:

Anonymous said...

mengikut pengalaman saya, the best time utk buat tawaf dan saie ialah selepas isyak, dan selepas tu, blh berehat sekejap sebelum subuh masuk. dan kawasan pun agak lengang sket.

terima kasih kerana kongsi pengalaman baru saya faham kenapa saya ada terdgr berita bagaimana ada jemaah haji yg solat di bilik hotel. betul rugi sungguh, tapi mcm yg KS kata mungkin preparation fizikal dan spiritual tak cukup. walau mcm manapun hanya Allah jugak yg menilai sesuatu ibadah kita itu, moga2 diterimaNya.

Kopi Suam said...

Menurut mereka yang sudah berpengalaman umrah dan haji dugaan semasa umrah amatlah sedikit berbanding pada musim haji yang panjang dan manusia selautan. Tetapi masa umrah pun dah boleh nampak perangai dan tabiat kita yang sebenar masa kat sana memang betul dan saya akui perkara itu.

Pengalaman yang saya kutip masa di sana buat ibadat semasa umrah atau haji tak boleh nak tunggu kawan dan bergantung harap pada kawan. Hati kena nekad dan mental memang kena kuat. Dapat kawan jenis kuat tidur alamat sebilang masa lah solat kat bilik kalau tak gagahkan kaki untuk melangkah sendirian sebab nak tunggu kawan punya pasal. Plus ingat ibadat kita adalah perhitungan kita dengan ALLAH bukan amalan yang bila ditanya ALLAH kita boleh kongsi dengan kawan. Maknanya jika kawan malas nak ke masjid kita kena ada initiatif sendiri untuk diri kita dan akhirat kita.

edrina said...

Alhamdulillah...dah sampai kau kesana yer zira.. Doa2lah pulak utk aku...ehehhe...aku pun nak kesana jugak...moga2 tuhan bukakan peluang & kesempatan utk aku...Moga2 kau dapat umrah yg mambrur..
eh boleh bawak masuk kamera yer zira kat kawasan kaabah tu?

Kopi Suam said...

InsyaALLAH Ed mesti ada rezeki untuk kau punya...aku memang sentiasa doakan kawan2 kita semua murah rezeki...amin

kamera tu kena bijak2 sendirik le ed...aku haritu masukkan kemera aku dalam uncang kasut. Kalau kat madinah memang strict so kalau dia detect kita bawak kamera dia suruh balik atau tinggalkan kamera kat tiang luar. Mekah senang sikit ada certain2 pintu yang memang tak ada orang berkawal.