Hunny accident dan aku hanya tahu cik abang aku ni accident bila aku dah sampai rumah. Bila disoal siasat katanya motor langgar masa dia nak masuk simpang. Waktu tu pagi lagi masa nak gi opis. Aku cam bengang le jugak sebab bukannya nak call ke bagitahu hello mak geram betul mcm ni. Hmm sib baik tak teruk cuma lutut aje lah yang belubang...lain2 luka2 kecil pada jari jemari dan kuku tapi aku rasa part kaki kanan kat lutut tu agak ngeri gak sebab tulang tu cam bengkok dan bengkak tu memang la jangan cerita. Balik tu aku lah cam doktor sat cek sana cek sini iskh betul ke dia ni tak de apa-apa. Cik abang ni kalau sakit mana pernah nak bagitahu...sakit pun mcm orang tak sakit aje lagaknya sebab nak buat kuat2 kan badan tu. Tengok kat x-ray tak de tulang patah atau pun retak. Motor dah tak de kat umah..katanya tinggal kat opis. camner le motor tu gamaknya. Balik umah semalam pun opismate hanto kan. Hari ni cik abang MC la...dia boleh jalan tapi dengkut2...solat pun duduk kat kerusi. Semalam aku balik tengok nasi pun dah mask kira ok lah tu masih boleh uruskan diri. Aku fikir nak cuti gak hari ni tapi petang ni aku ada presetation nak kena buat so tak leh le.
Tapi esok memang kena cuti lah gamaknya sebab nak bawak dia ke Az-Zahrah untuk cek kaki. Nak bawak motor pun memang tak leh lagi pakcik tu camner nak gi kerja...duduk umah berehat aje lah dulu yang...kalau betul sibuk sgt ngan projek sekarang suruh aje En. Zul tu hantar laptop kat umah buat kerja dari umah.
malam tadi kelas memang best..kami baca hadis pasal Malaikat Jibrail mcm mana rupa bentuk Jibrail yang sebenar sampai suatu ketika hampir sebulan Jibrail tidak bertemu Rasulullah (hanya kerana waktu itu Rasulullah terlupa memotong kuku baginda yang terpanjang sedikit - bayangkan orang yang simpan kuku panjang berapa lama malaikat tidak datang menjenguk mereka) bila Jibrail datang menjelma beliau datang dalam bentuknya yang asal lalu bila Rasulullah melihat Jibrail baginda terus pengsan, bila jibrail menjelma dalam bentuk manusia lalu beliau memangku kepala Rasulullah dipangkuannya dan baginda tersedar dan tahulah baginda yang menjelma sebentar tadi adalah rupa asal malaikat Jibrail.
Jibrail itu duduknya dibawah Arasy dua kakinya terbenam ke tujuh petala bumi. Kepalanya ada seribu, setiap satu kepala sebesar dunia. Setiap satu kepala ada seribu mulut dan setiap satu mulut ada seribu lidah yang tidak henti2 bertasbih, tasmid dan tamjid. Apabila malam lailatul qadar tiba Jibrail akan turun ke baitullah mengetuai beribu-ribu malaikat yang lain dengan panji2 hijau sambil mengembangkan 600 sayapnya (jika hari2 biasa malaikat Jibrail akan menutup dua sayap dari 600 sayap yang dimiliki). Pastu kami baca hadis tentang malam lailaul qadar dan pengiraan jatuhnya malam lailatul qadar mengikut kiraan yang sahih. Since aku tak bawak buku hadis jadi tak berani nak ulas apa yang aku ingat malam tadi. tapi ada pengiraannya mengikut alim ulamak pada zaman Rasullullah. Cthnya sekiranya mulanya puasa itu jatuh pada hari Jumaat maka malam lailatul qadar itu jatuh pada malam yang ke-29 berpuasa. InsyaALLAH jika teringat aku akan senaraikan masa permulaan puasa dan jangkaan Lailatul Qadar jadi kita boleh lah sama-sama merebut peluang malam seribu rahmat.
till then
3 comments:
K ler tuh sekali sekala berehat kat umah..buleh gak tolong2 masak ker...basuh baju ker..he.he..he..
leee sian hubby ko..
weiii baca emnail.. ade perubahan agenda sket
hopefully ur hubby semakin sihat.. bahaya kan skang ni naik motor.. w/pun kit aberhati-hati still ada orang nak rempuh.. hmmmm
Post a Comment